Tuesday, May 24, 2011

Lempeng Udang Kering Resepi Ibu


Rindunya dengan ibu umi, kalau kat kampung di kota tinggi...ini adalah salah satu fav. umi dan ayah umi...untuk makan pagi atau malam...umi tak tau orang lain panggil apa tapi yang umi tau, dalam lempeng ini ada guna udang kering...sedap makan macam tu je atau dengan pencicah seperti kari ayam, sambal bilis, atau pun kuah asam pedas pun boleh...nak buat lempeng ni senang dan tidak banyak bahan yang digunakan...kiranya masak ekspress la jugak...sekelip mata je boleh siap tapi jangan masa masak plak pejam mata ya...nnt lain jadinya....ok la jom tengok resepinya

Jom Cuba : Lempeng Udang Kering

Apa yang diperlukan?

300 gram tepung gandum
2 biji bawang besar - dipotong dadu
100 gram udang kering - direndam air panas dan ditumbuk halus
1 biji telur
Air secukupnya - untuk bancuhan cair sedikit dari bancuhan cekodok
2 sudu kecil garam
3 biji cili merah - dihiris (umi tak letak)
10 gram daun bawang - dihiris
mentega untuk melenser kuali

Jom Cuba!
Masukkan tepung, bawang besar, udang kering dan garam di dalam mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan cair sedikit dari bancuhan cekodok.
Pecahkan telur dan kacau sebati. Masukkan pula daun bawang dan cili merah. Kacau sedikit.
Lenserkan mentega di dalam kuali.
Ambil sesenduk bancuhan dan biar masak. Balikkan dan biar masak seketika.
Buat sehingga habis. Makan la dengan pencicah kegemaran.

Related Posts:

  • Super Moist Eggless Chocolate Cake Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua...Jangan jemu ya... umi masih lagi bercerita menu hari lahir keluarga kecil umi yang lepas...kali ini semasa birthday nazirah dan nafiz... umi cuma sempat sediakan kek SME… Read More
  • Cheese Cake Meleleh Kak Rahel Assalamualaikum dan Selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Harap semuanya ceria dan jangan sedih2 tau... bagi yang dah dapat result SPM dan STPM dengan cemerlang..teruskan perjuangan dan bagi yang kurang berjaya..usah… Read More
  • Homemade Seri Kaya Karamel Assalamualaikum dan selamat petang Apa khabar semua sahabat umi? dah makan tengahari?  Umi baru selesai makan.. Alhamdulillah rezeki... bagi yang baru nak makan, selamat menjamu selera...Dah fikir pasai minum petang.… Read More
  • Biskut Masin Cheese Lapis Assalamualaikum dan selamat petang Hari ini sudah hari yang ke 25, pesawat MH370 hilang... hati meruntum untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku..bukan mudah untuk ahli keluarga serta sanak saudara menghadapi.. selur… Read More
  • Puding Jagung Koktel Assalamualaikum dan selamat pagi   Apa khabar semua sahabat umi? macam mana dengan pagi ini..semoga ceria dan dirahmati Allah selalu... sekarang ni masih ada lagi yang memenuhi jemputan rumah terbuka dan opis … Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive