Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label bekal. Show all posts
Showing posts with label bekal. Show all posts

Monday, January 19, 2015

BURGER SAMBAL a.k.a BURGER MALAYSIA Bekal ke Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dah samapi minggu kedua persekolahan, anak2 umi pun dah boleh menyesuaikan diri dengan alam persekolahan.. semoga segalanya dipermudahkan Allah s.w.t. .. Amin.. setiap hari, sebelum tidur dan hujung minggu memang umi agak runsing memikirkan apa menu tengahari dan bekal untuk anak umi bawa ke sekolah...sebolehnya umi nak anak umi makan apa yang umi masak... walaupun bekerja, itu hasrat umi...
Salah satu yang umi buat adalah pau sambal ini untuk dibawa bekal sekolah waktu petang yang anak umi nak... nazirah minta yang agak ringan tapi kenyang... sebab sudah makan tengahari... untuk hari ini, umi sediakan kuey teow sup sahaja... In sha Allah esok umi masukkan... semoga ada idea yang ringkas tapi mengenyangkan untuk ibu2 bekerja seperti umi... yang di rumah pun boleh buat... tiada masalah... berkongsi ilmu yang memanfaat... ok lah..umi ambil resepi ini dari Blogger terkenal, Qaseh Honey... Kalau nak tengok gambar2 yang menarik boleh la klik sini... Selamat mencuba
RESEPI PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA
Bahan² untuk doh
2 cawan tepung gandum
2 sb margerin
2 sb susu tepung
2 sb gula halus
1/2 sb bread softener
1 st bread improver
2 st yis
125 ml air suam
Cara² Penyediaan Doh
1. Gaulkan semua bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air suam sedikit lagi.
2. Biarkan seketika hingga naik 2 kali ganda. 
3. Bila dah naik, tumbuk² adunan untuk buang angin. bulatkan adunan sebanyak 16 - 18 biji sama besar, leper²kan sket... 
4. habiskan membentuk  baru digoreng. mulakan gorengan dengan bulatan doh yg mula2 dibentuk tadi hingga kuning keemasan. 
5. toskan dan biarkan sejuk sebentar.

 
Bahan² Untuk Sambal Tumis
*15 tangkai cili kering
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
 segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris 
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam
Cara² Penyediaan Sambal Tumis
1. Blend bahan bertanda * hingga halus. Pannaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² yang di blend tadi hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.  
3. Masukkan juga ikan bilis dan bawang hiris. Kacau hingga bawang layu. Matikan api dan hidangkan. :)
 
Bahan Pelengkap
Telur Rebus Secukupnya- hiris – QH guna telur dadar - umi tak letak
atau timun secukupnya – hiris – QH xletak - umi letak

Cara² Penyediaan Pau Sambal @ Burger Malaysia
1. Belah tengah pau yang siap digoreng. - umi belah tak putus
2. sudukan sedikit sambal dibahagian yang dibelah tadi.
3. letakkan hirisan telur @ timun.
4. cover dengan belahan kedua. siap untuk dihidang.

Thursday, January 31, 2013

Creamy Choc Oreo...yummynya

Assalamualaikum dan selamat pagi
Alamak..baru berapa hari umi tinggalkan blog ni dah bersawang la pulak...hehe..jap ya...umi kemaskan.. ops lupa...Apa khabar semua sahabat umi di luar sana? Semoga semuanya dalam lindungan Allah...umi baru baik dari demam..Alhamdulillah..memandangkan cuaca panas sangat ataupun umi terlampau banyak makan yang sejuk macam dalam gambar tu...hehe
Bila musim panas, mula la ligat nak cari minum petang yang manyejukkan tekak sedikit...tapi menu ni memang TERBAIK dan SEDAP serta MENARIK... suami umi kata macam makan aiskrim...laju je masuk ke  mulut...tak sedar, dah 2 cawan sekali makan...anak2? kalau abi dan umi nya syok...anak2 apa la lagi..nak lagi...nak lagi...
Apa kata sahabat umi semua cuba menu yang sedap dan mudah sangat..semudah 1,2, 3...Creamy Choc Oreo tersedia..ia juga sesuai untuk tetamu yang tetiba sampai di rumah...meh la tengok caranya....

Resepi : Creamy Choc Oreo
Sumber : FB Jom Masak

Bahan:
Fresh Cream
Cruch Oreo
Sos Choc
Buah Strawberry & anggur
Choc untuk diparut

Caranya:
1. Pukul fresh cream hingga kental.
2. Paipkan fresh cream ke dalam bekas.
3. Masukkan sos coklat.
4.Taburkan oreo crunch.
5. Lapiskan fresh cream lagi.
6. Paipkan sos coklat, potongan buah-buahan dan parutan coklat secukupnya.
7. Sesuai di makan sejuk.

untuk buat sos coklat sendiri...
bahannya :
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 sdb minyak masak
2 sdb susu cair

Caranya:
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas.
2. Masak secara double boil sehingga sebati dan larut.
3. Sejukkan dan boleh di makan.

Thursday, July 14, 2011

Homemade Roti Burger

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ha...mari sarapan burger pagi ni...roti tu umi buat sendiri...yang lain beli je...daging tu beli jenama Ramly...dulu, kini dan selamanya...resepi roti burger tu umi ikut resepi dari buku roti, kek dan pastri kelolaan Noraini Sidek....buku tu macam kat bawah ni

tapi umi derhaka skit sebab resepi asal bukan roti burger...rasa nak makan sangat roti burger, derhaka la skit...ok la jom tengok resepinya

Jom Cuba : Roti Burger

Apa yang diperlukan?
  • 11 gram yis mampat
  • 2/3 cawan air suam
  • 600 gram tepung roti atau tepung protein tinggi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 125ml susu suam
  • 1 sudu besar golden syrup
  • mentega cair untuk dilenser pada loyang
  • bijan untuk ditabur atas roti - umi tak letak sebab tak ada


Jom Cuba!

  1. Campurkan semua bahan kecuali mentega dan bijan.
  2. Uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan elastik.
  3. Biarkan doh mengembang dua kali ganda dari saiz asalnya.
  4. Bentukkan doh bulat2 dengan saiz yang dikehendaki (ikut saiz daging burger yang digunakan).
  5. Aturkan di dalam loyang pembakar yang telah dilenserkan dengan mentega. Biarkan 10 minit.
  6. Bakar roti dengan suhu 175 darjah selama 25 minit atau sehingga masak.
  7. Gliskan dengan mentega ketika roti masih panas dan tabur la dengan bijan secukupnya.
  8. Makan la roti tu dengan daging atau ayam, keju, timun, tomato dan sos kegemaran.

Tuesday, June 28, 2011

Stew Daging Chef Hanieliza

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah makan? hari ni umi masak bekal 2 in 1...kenapa 2 in 1? Haaaaa.....bukan air segera je ada 2 in 1 tapi umi masak untuk bekal di makan sarapan dan tengahari....umi masak stew daging untuk dimakan sarapan pagi dengan roti dan separuh lagi makan dengan nasi putih...sedap...ini kali pertama umi masak stew, rupanya macam sup cuma ada ditambah tepung jagung untuk memekatkan kuah kiranya macam sup versi 'omputih' la ni..hehe...

stew sedap dimakan panas2...maksud umi suam2 la bukan panas sangat sampai masak lidah...meriah bahan2 untuk stew ni....ada kentang, carrot, tomato dan lada capsicum...akak kat opis umi cakap sedap stew ni sebab dia pun kali pertama makan...ok la jom kita tengok apa yang diperlukan untuk masak stew ni...

Jom Cuba : Stew Daging Chef Hanieliza

Apa yang diperlukan?

Bahan A
  • 500 gram daging (dibasuh, ditoskan dan dihiris)
  • 400 gram kentang (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)-umi potong bulat
  • 2 batang saderi (dipotong pendek) - umi tak letak
  • 5 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu makan tepung jagung dan 1/2 cawan air (dibancuh bersama)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 biji capsicum hijau (umi campur merah sikit dan kuning sikit-meriah)

Bahan B(dihiris)
  • 1 labu bawang besar holland - umi guna bawang besar biasa je
  • 1 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan halia dan bawang putih sehingga layu.
  2. Masukkan daging, kentang, serbuk rempah sup, lobak merah, daun saderi, lada hitam dan air secukupnya. Masak sehingga semua lembut.
  3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih dan pekat.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Angkat dan hisakan dengan lada capsicum.
  6. Sedia dihidangkan.

Friday, May 6, 2011

Roti Putchi Kentang

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Aik, takkan umi diet kot sebab makan roti..tak la, umi buat roti ni untuk bekalan sarapan keluarga umi..roti ni sedap...cuma umi tak ada oregano atau pun hirisan daun pasli jadi umi gantikan dengan daun rosemary kering yang ada kat dapur ni je...rasa kentang lenyek dan mayonis yang lemak2 tu memang menambat selera...alhamdulillah...jom tengok apa yang diperlukan untuk resepi ni...opsss sebelum terlupa, umi ambil resepi ni dari onigiri@myresipi.com...selamat mencuba


Apa yang diperlukan?( menghasilkan lebih kurang 10 biji bun )

  • 200 gram tepung roti
  • 4 gram yis ( lebih kurang 1 sudu kecil)
  • 80 ml air suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gram gula
  • 40 gram butter atau marjerin
  • 1 biji telur
  • sedikit oregano atau pun hirisan daun pasli
  • *untuk inti kentang*
  • 1 biji kentang direbus dan dilecek+ 1 sudu besar mayonis dan sedikit lada sulah.

Jom Cuba!

  1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
  2. Perap sehingga naik dua kali ganda, kemudian tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. bahagi doh pada 10 bahagian kecil dan biarkan 8 atau 10 minit.
  3. Bentukkan doh bentuk bujur dan potong tengah-tengah doh dengan pisau dan isikan inti kentang tadi. Taburkan sedikit oregano atau pun hirisan daun pasli. biarkan selama 40 minit baru dibakar. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit ataupun sehingga permukaan roti menjadi perang.
  4. ATAU Boleh juga dibentuk bulat, letak isi kentang dan gunting permukaan atas doh ( bentuk X)
  5. Sejukkan atas redai dan amat sesuai sebagai breakfast ataupun minum petang.

Thursday, March 31, 2011

Angel Hair Goreng Sardin


mungkin ada yang gelak bila dengar nama resepi ni..resepi ni sebenarnya resepi yang umi reka sendiri sebab tak tau nak bagi nama apa bila orang tanya...umi masak untuk bawa bekal..alkisah mee angel hair ni sebab mee kuning kehabisan stok dan wujudnya resepi ni sebab kemalasan melanda umi...jadi terhasil la angel hair goreng sardin ni...sesiapa nak cuba sila la...resepi yang mudah dan ringkas dan yang palin utama, sesuai untuk anak umi iaitu nazirah....

Jom Cuba : Angel Hair Goreng Sardin

Apa yang diperlukan?

  • 300 gram angel hair (direbus hingga lembut dan ditoskan) kalau tak ada, ,mee kuning pun boleh...
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 100 gram ayam (dipotong kecil)
  • 1 tin kecil sardin (dihancurkan)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1/2 tin kecil jagung biji
  • 5 ketul baby carrot (potong bulat)
  • sedikit garam
  • sedikit bawang goreng untuk ditabur
Jom Cuba!
  1. Tuang minyak dan biarkan minyak panas seketika.
  2. Bila minyak telah panas, masukkan bawang besar. biar hingga layu.
  3. Kemudian masukkan ayam dan baby carrot. goreng hingga masak.
  4. Masukkan sardin, sos cili, sos tomato dan jagung. buar masak sebentar. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
  5. Akhir sekali, masukkan angel hair dan sedikit garam mengikut citarasa.
  6. Bila hendak dihidang, taburkan bawang goreng.

Friday, March 18, 2011

Seri Muka @ Pulut Serikaya


umi buat kuih ni atas permintaan dari akak di opis yang cakap, makcik yang selalu jual kuih ni dah lama tak menjual..so umi pun cuba la buat..1st time, berdebar pun ada sebab takut tak jadi..alhamdulillah bila umi bawa bekal kuih ni di opis, akak tu kata 'kuih ni menjadi'..seronok dapat buat apa yang diminta...tak yah celoteh panjang...jom tgk resepi yang umi ambil dari CMG pakar dalam masakan tu...


Jom Cuba : Seri Muka @Pulut Serikaya

Apa yang diperlukan?

BAHAN LAPISAN BAWAH :
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca besar minyak makan

BAHAN LAPISAN ATAS :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1 camca besar tepung beras
  • 3/4 cawan gula melaka, potong kecil*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*
  • 1 cawan air* (*dimasak hingga gula larut, tapis dan sejukkan, buang daun pandan)
  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 sk garam
  • Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)


Jom Cuba!

  1. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Cuci beras pulut, rendam 20 minit dan toskan. Sementara itu panaskan kukusan, alas tin bulat berukuran 10 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Masukkan pulut dan ratakan. Satukan garam bersama santan, kacau rata dan tuang ke dalam pulut. Masukkan minyak masak, kacau sedikit biar rata dan letak sehelai daun panda. Kukus selama 20 minit - 30 minit (mat kukus 25 minit).
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk atau blender hingga sebati. Tapis adunan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi sedikit pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERIKAYA :- Pulut tadi, ditekan hingga padat, ratakan. Kemudian tuang lapisan atasnya, ratakan dan sambung mengukus selama 20 - 25 minit dengan api sederhana. Pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Mat guna kaedah menutup permukaan tin dengan tudung periuk semasa mengukus

Wednesday, March 16, 2011

Simple Cheese Cake


Nampak sedap kan?..hmmmm...rasanya memang sedap..buat skit je sebab 1st time buat..alhamdulillah, menjadi..resepi yang simple dan sedap. apatah lagi makan dengan blueberry filling..budak kat opis kata macam makan kat kedai...dia minta resepi..ha...jom tengok resepinya oleh biduri dari Myresepi.com..

Jom Cuba : Simple Cheese Cake

Apa yang diperlukan?( 18 cm )
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon(umi tak letak)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Jom Cuba!

  1. Panaskan oven 170 degree. (oven umi kecik, so 150 darjah je). Sapukan loyang dengan butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream.
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
Nota : Sedap makan dengan blueberry atau strawbery filling. Gambar kat bawah adalah cheese cake yang belum topping.


Wednesday, March 9, 2011

Nasi Impit & Kuah Kacang


Kalau tak sebut nama pun tentu semua orang tau nama makanan ni bila tengok gambar je kan? Ini salah satu makanan kegemaran suami umi...masak untuk bawa bekal...tak payah cerita panjang lah...tak de mood nak menaip, jadi jom tengok resepi kuah kacang ni...amik dari blog kak hana..


Jom Cuba : Kuah Kacang Nasi Impit

Apa yang diperlukan?

  • 20 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 2 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • 4 ulas buah keras (optional)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • sedikit belacan
  • ½ sudu teh ketumbar serbuk }
  • ½ sudu teh jintan halus serbuk }
  • ½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)


(kisar kesemua bahan di atas)

  • 600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
  • 3 cawan air (lebih-kurang)
  • sedikit air asam
  • 250 gm gula pasir
  • 2 sudu teh garam
  • air daging (dari perapan daging tadi)
  • secukup minyak

Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya.
  2. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam.
  3. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu.
  4. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.

Tuesday, March 8, 2011

Ikan Bawal masak sos


Ni la lunch umi dan famili di hari2 bekerja ni..masakan yang tak pedas sesuai untuk nazirah...ye kalau pedas, kesian plak..makan dengan nasi panas2...alhamdulillah kenyang...ok la jom tengok resepi untuk di cuba...

Jom cuba : Ikan Bawal Masak Sos

Apa yang diperlukan?

  • 1 ekor ikan bawal(sederhana besar)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas kecil bawang putih
  • 1 sudu besar cili boh
  • sedikit air asam jawa
  • 3 @ 4 sudu mkn sos cili
  • 1 sudu mkn gula
  • 1 gelas air
  • Sedikit garam
  • Sebiji telur yang telah dikocak untuk disalut pada ikan

Jom Cuba!

  1. Ikan bawal dipotong dan direndam dgn air asam jawa utk buang bau hanyir...biar seketika
  2. Kemudian toskan dan letak sedikit garam dan salutkan dengan telur yang telah dikocak.
  3. Goreng ikan tersebut hingga masak.Ketepikan.
  4. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
  5. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga masak atau berubah warna gelap sedikit.
  6. Kemudian masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi hingga naik baunya..
  7. Kemudian tambahkan air, sos cili dan gula.Gaul hingga sebati...
  8. Setelah menggelegak seketika, masuk bahan perasa dan garam secukup rasa.
  9. Bila kuah sos hampir pekat (jika suka cair, boleh tambah air).
  10. Tutupkan api dan tuangkan kuah ke atas ikan bawal yg telah digoreng.
  11. Siap untuk di makan

Thursday, March 3, 2011

sup makaroni


ok la, resepi sup makaroni ni telah umi olah mengikut bahan2 yang ada kat dapur ni...so ikut selera la ya

Jom cuba : Sup Makaroni (8 Orang)

Apa yang diperlukan?

  • 1 ekor ayam potong 16
  • 500 gram makaroni (direbus hingga lembut & ditoskan)
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Jom Cuba!

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak, biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bawang merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong panjang2
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup, bawang goreng dan makaroni yang telah ditoskan tadi. Tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang
Nota : Resepi asal diambil dari Myresepi.com dan tajuknya sup ayam special...

Thursday, February 17, 2011

Apam Mekar


Apam mekar ni umi sebab rasa tertarik dengan resepi dari salah satu blogger yang menarik...kak ita punya blog memang menyelerakan...rugi rasa kalau tak cuba..tapi apam umi tak la secantik kak ita..apa pun terima kasih kak ita sebab sudi nak kongsi resepi dengan orang baru macam umi ni...

untuk apam ni umi pilih warna merah, kuning dan hijau...harap-harap nampak menarik...alhamdulillah suami umi puji..kawan-kawan opis pun puji jugak...so lepas ni sapa nak tempah boleh la ya...


Bagi sesiapa yang tak boleh view resepi dari link kat atas, boleh la semak sini ya...

Jom Cuba : Apam Mekar


Apa yang diperlukan?

  • 250 gm tepung gandum
  • 230 gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 1 cwn aiskrim soda (minuman bikarbonat)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh ovalette
  • sedikit pewarna kegemaran

Jom cuba!
  1. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang.
  2. Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli.
  3. Setelah sebati bahagi kan kepada beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.
  4. Masukkan dalam cup cake dan kukus selama 15 minit.

Nota (dari kak ita) : Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nanti cantik dan mekar.
(dari saya : kalau nak kembangnya cantik di tengah2, jika guna kukus yang berlubang2 tu, letak apam betul2 di tengah lubang)

Thursday, January 13, 2011

Sandwich krekers sardin goreng


Panjangkan nama dia..tapi buat dia senang je...ringkas untuk dinner..umi buat ni untuk dinner dan ada lebih makan untuk bfast plak...suami umi cakap sedap dan ranggup..resepi ni umi ambil dari Myresepi.com...banyak resepi yang best2 tp tak sempat nak cuba..jom kita tengok resepinya...

Jom cuba : Sandwich krekers sardin goreng

Apa diperlukan?

  • 1 bungkus biskut cream cracker(tiger)
  • 1 biji bawang besar(potong dadu)
  • 1 tin sardin(dihancurkan isi sardin nya)
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu tepung kari
  • sedikit garam,perasa dan gula
  • bahan lain:
  • tepung gandum
  • tepung beras
  • sedikit garam
  • pewarna kuning@serbuk kunyit
  • minyak utk menumis dan menggoreng

Jom Cuba!

  1. Tumis bawang besar dalam sedikit minyak.
  2. Masuk serbuk kari dan sos cili.
  3. Kemudian masuk sardin yang dah dihancurkan tadi.
  4. Selepas itu masuk garam/perasa dan gula.
  5. Setelah itu sapukan sardin ke ats cream cracker dan lapis dgn 1 keping cream crackers. Buat sampai habis.
  6. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan tepung beras. Disatukan dengan air seperti adunan tepung pisang goreng. Campur sedikit pewarna kuning atau boleh ganti dgn serbuk kunyit.
  7. Celupkan cream creakers tadi ke dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang sederhana byk/panas sampai kekuningan dan ranggup.
  8. Angkat toskan dan potong 2 seperti sandwich. sedap dan simple kan?

Wednesday, January 12, 2011

Nasi Butter


nasi butter atau mentega ni paling umi suka buat sebab senang sangat bahan2 yang diperlukan dan prosesnya pun mudah..dah banyak kali buat tapi masa ada tetamu dan blur nak masak apa...yela kadang2 tetamu bagi tau dah lewat so nasi ni je la yang cepat nak buat....lagi pun nasi ni boleh makan dengan pelbagai lauk pauk yang kita suka..gambar ni masa umi sefamili nak bawa bekal makan tengahari ye la..untuk sarapan umi dah buat puding roti berkuah, jadi untuk tengahari ini la hidangannya..resepi umi ambil dari myresepi.com...boleh la jenguk ke web tu kalau nak resepi...kalau umi rajin nanti, umi postkan resepinya...mudah dan berkhasiat untuk keluarga..tapi umi ada tambah bahan2 yang umi gatal nak masukkan seperti badam atau gajus..tetiba biji jagung pun umi pernah tambah...tapi salah satu bahan utama yang umi tak lupa adalah kismis kegemaran anak umi, nazirah...suka tengok dia makan banyak...kadang2 di pilih kismis je..hai budak2...........

Puding Roti Berkuah


umi buat puding ni untuk bekalan nazirah dan suami, umi pun tumpang sekaki la...jemu rasanya sarapan di kedai...lagi pun saja tukar menu untuk nazirah...kesian kalau makan yang sama je kan? puding roti ni dibuat memandangkan ada lagi roti yang tak habis dimakan...dah tak larat nak sapu jem...lagi satu, fav nazirah adalah apa jua makanan yang ditambah kismis walaupun dia panggil kismis tu 'kurma'..kelakar plak...yang dalam talam tu umi buat masa pak cik umi yang tinggal di sarawak bersama 7 orang anak dia datang ke umah...meriah rasa..tambahan makanan kepada nasi goreng yang umi buat...seronok makan ramai2...bayangkan sepupu umi kan masih sekolah...sekejap je la licin kuih tu...bak kata orang putih 'the more, the merrier'..eceh...

Jom Cuba : Puding Roti Berkuah

Apa diperlukan?

Bahan A

  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)
Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Jom Cuba!

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti sejuk.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Resepi asal umi lupa ambil dari mana, kalau tak silap dari Myresepi.com...nanti umi update sumbernya ya...selamat mencuba.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive