Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Nasi Hujan Panas Pak Engku

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog ni..walau pun cuti bersalin 3 bulan..rasa macam tak cukup pulak..hihi... apa khabar semua sahabat umi...walaupun umi kurang update blog tapi umi agak rajin update instragram umi iaitu Siti_khairiah2105...meh la follow umi kalau sudi...

Hari ni umi nak story mory tentang Nasi hujan panas yang sedap hasil perkongsian kak Azlita masam manis...lebih manis dalam senyuman... resepi asal dari Pak Engku... umi buat tempahan dari jiran umi semasa meraikan ulang tahun pernikahan yang ke 20 tahun...Alhamdulillah... Hasilnya ramai tetamu cakap sedap...lain kali umi akan buat lagi..memang puas hati...

Kak su tempah untuk nasi 2kg, jadi umi gandakan resepi yang dikongsi Kak Ita...tapi kat sini umi kongsikan semula resepi dari kak ita untuk jumlah keluarga yang kecil...Jangan silu dan jangan segan..selamat mencuba sebab hasilnya gerenti puas hati...In sha Allah..Masak lah dari hati dan dengan zikirullah...

NASI HUJAN PANAS
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin

Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.

3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul

Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia


Caranya;-
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai

Tuesday, November 12, 2013

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah lagi....dan lagi...

Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua sahabat dan pengunjung blog umi's cup cake... akhirnya umi berkesempatan meng'update' blog umi ni... Hari ni merupakan hari lahir allahyarham ayah umi, Hj Alias bin Jamal... mohon sedekahkan al-fatihah buat beliau.. Semoga Ayah tenang di sana...
Hari ni juga ada jamuan akhir tahun untuk kelas tabika Nazirah, anak sulung umi... umi cuma buat kek coklat resepi kegemaran umi iaitu kek coklat lembut kukus Chef Zubaidah...tapi umi suka bakar (malas nak kukus)... kek ni tetap lembut dan sedap sangat...untuk tempahan coklat pun umi guna resepi yang sama...kira ni resepi rezeki umi la...alhamdulillah dan terima kasih buat Chef Zubaidah... bagi yang inginkan resepinya, boleh tengok di sini... dan umi salinkan semula resepinya di bawah...

untuk deko pulak....umi malas nak guna ising, jadi umi hias kit kat disekeliling dan taburkan coklat m&m kat atasnya...umi tengok kat youtube... macam comel je..macam ceria je...

Resepi : Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah
Bahannya;-

  • **100 gm serbuk koko
  • **1 tin susu cair
  • **200 gm minyak masak / minyak sayuran / butterdicairkan
  • **250 gm susu pekat
  • 250 gm gula kastor -umi letak 200 gm aje
  • 4 biji telur - pukul hingga berbuih
  • 150 gm tepung gandum
  • 1st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder

Jom Cuba!
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
  2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati
  3. Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Kek ini sesuai juga dibakar. Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing atau ganache.

Tuesday, July 2, 2013

Happy Birthday My Boys - Kanda & Ahnaf

Asslamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua sahabat umi..hari ini masih lagi bercerita pasal hari lahir..tapi kali ini untuk dua hero keluarga kecil umi... Ahnaf (1hb Julai) dan suami umi pada 29 Jun... kami buat sedikit high tea bersama-sama jiran tetangga umi...sekadar meraikan...dan yang penting untuk mesra bersama jiran..
sambutan ini tak dirancang sebab suami umi telefon dalam pukul 11 lebih semalam dan nak buat dalam pukul 6 petang...Umi cuma buat kek birthday, kek tiramisu dan puding roti bersama sos kastard... jiran umi bawa pelbagai makanan... antaranya cucur jagung, rempeyek, biskut, sumi dan lain2 lagi...dan yang paling istimewa, Teh O yang direneh secara perlahan2 untuk mendapatkan aromanya...
Meriahkan...di pondok ini juga la nazirah dan anak kak su, Nafiz menyambut ulangtahun sebab berkongsi tarikh lahir pada 27hb Jun yang lepas... esok akan umi kongsikan gambar2nya ya... Alhamdulillah.. kuasa Allah dah la rumah sebelah meyebelah, tarikh lahir anak pun sama... perancangan Allah memang terbaik... untuk dua jejaka umi, Selamat Hari Lahir dan semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga kita selalu... umi sayang semua...
 Best dengan angin sepoi2 bahasa
 Dua jejaka terengganu mari...
 semangat kejiranan yang utuh
 Senyuman manis...
Kenangan terindah

Friday, June 7, 2013

Puding Roti Kak Aida & Blogger ELC


Assalamualaikum dan Selamat pagi
Apa khabar sahabat umi? pejam celik..pejam celik..dah hari Jumaat dan penghujung cuti sekolah... minggu depan..mula la rutin harian seperti biasa... apa yang bermula, mesti ada akhirnya... setiap pertemuan, mesti ada perpisahan... begitu juga dengan budpraktikal di ofis umi... hari ini merupakan hari terakhir praktikal di sini..jadi semalam kami satu ofis, berpakat untuk membawa makanan..apa orang kata tu 'potluck'...

 Antara menu yang ada ialah Nasi kerabu, agar-agar pelangi....
  Sate ayam dan daging
 Kek cawan Baldu Merah
 Kuih Kaswi
  Kuih Ketayap dan Cara Manis
 Kuih Talam
 Dan yang paling sedap, Puding Roti Kak Aida
Kunjungan serta langkah kanan, rakan yang pada mulanya umi kenal di blog dan tak sangka rupanya dulu sebelum umi pindah di sini...Blogger ELC adalah kakitangan di sini... Kecil betul dunia ini kan... Akhirnya dapat juga ambil gambar bersama...Ini membuktikan bahawa Enginner juga pakar memasak... dan seorang lagi Blogger yang umi akan kongsikan resepinya ialah Blogger Dari Dapur Ibu aka Kak Aida.. mohon share resepi puding roti ya kak aida (yang tersenyum malu tu).. selain berbakat memasak, Kak Aida juga berbakat menjahit....
Resepi : Puding Roti Kak Aida
Oleh : Rohaida

Bahannya:-
4 @ 5 keping roti - disapu marjerin
2 cawan susu segar
4 biji telur
4 @ 5 sudu besar gula
kismis secukupnya
1 sudu kecil esen vanilla

sos :-
whipping cream
Air secukupnya
sedikit gula

Caranya:-
  1. Pukul telur sampai kembang, masukkan gula dan esen vanilla.
  2. Masukkan 2 cawan susu segar dan koyak-koyakkan roti kedalam bancuhan
  3. Masukkan kismis boleh dibakar didalam oven yang dialas air dibawahnya.
  4. Gunakan api 180 darjah c.bakar dalam masa 40 atau sampai bila dicucuk puding tidak melekat.

Untuk sosnya :- whipping cream dicampurkan dengan air dan gula, masak atas api yang perlahan. selamat mencuba.....

Wednesday, June 5, 2013

Selamat Pengantin Baru Kak Chik (Azizah) dan Abg M Murali

Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah.. tertunailah hasrat hati nak upload gambar sempena Majlis Perkahwinan sepupu umi di Kuantan pada 1hb Jun 2013... Meraikan cinta antara Pn. Azizah Onn (sepupu umi) dan pasangannya M Murali Abdullah.. semoga ikatan cinta ini terus mekar hingga ke syurga...
Percintaan selama 12 tahun akhirnya tersemi pada pertengahan 2013 ini... seronok kami sekeluarga... berseri wajah pengantin...buat Abang M Murali selamat datang ke keluarga kecil kami...
Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata

Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bersama Mak long dan sepupu dari Muar
Ini pula Mak Su dan Kak Zaiton

Bersama ahli Keluarga Abg M Murali

Tak lupa juga gelagat anak2 saudara umi



Ad, adik bongsu pegantin

Mak Awa, Mak pengantin perempuan

Hai.. Mr Keyaan dah sampai...
Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Wednesday, October 17, 2012

Happy Bithday Hakimi dan Kek Sachertorte

Assalamualaikum dan selamat pagi
Comel kan Hakimi ni...hari ini hakimi menyambut ulangtahun ke 5 tahun...punya la seronok dapat kek sachertorte...kanak2 memang teruja dengan kek coklat dan lebih2 lagi dengan coklat warna warni atas kek tu...
Selamat Hari Lahir ya Hakimi, semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi penyejuk mata dan hati mak dan ayah...Hakimi adalah anak sulung dari 2 beradik dan anak kepada kawan umi, Zubaidah...kawan dari zaman sekolah lagi...seronok bila zue dan anak2 datang ke rumah umi...Terima kasih daun keladi, jangan serik datang lagi...hehe...
Nampak tak muka tak sabar nak makan kek...seronok kan jadi budak2
Kek sachertorte yang tak sempat di 'make up''...
Seorang sepotong kecuali Hakimi sampai 2 potong...birthday boy, makan puas2 tau
Wajah anak yang suci dan tulus...



ops, resepi umi masukkan esok ya...ada kerja sikit..hehe...

Friday, September 7, 2012

Emmmm...Sedapnya...

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Hari ni ofis umi buat potluck (betul ke ejaan ni?) untuk pelajar praktikal yang akan tamat belajar...tempoh praktikal hanya 2 bulan sahaja... umi hanya bawa makaroni kari bakar...
 Antara menu yang ada ada ialah nasi lemak sotong, nasi lemak rendang daging, nasi lemak ayam disamping....
 Puding Roti
 Kek Coklat Lembab
 Biskut Raya
 Kek Batik dan Strawberry Cheese Tart
 Puding Buih
 dan tidak ketinggalan, keropok keping...
 Ni pun ada, best tau...
 Nanti umi kongsikan resepi yang entah apa2 utuk makaroni kari berkeju bakar ni

 Sebahagian opis mate umi..hehe

Monday, July 2, 2012

Selamat Hari Lahir Ahnaf ke 2 Tahun & Rainbow Cupcake Angry Bird

 Assalamualaikum dan selamat pagi

Bertemu kembali kita minggu baru...alhamdullillah..selesai sudah tugasan umi setiap tahun untuk buat kek untuk meraikan hari lahir keluarga kecil umi ni...semalam hari lahir ahnaf yang ke 2 tahun...

 
Umi buatkan kek pelangi tema angry bird...sesuai untuk besday boy...
 
Ok, sekarang semua angry bird ambil tempat duduk masing2
 Semua angry bird sila jaga telur supaya tak kena ambil
 
 Kek pelangi angry bird dah siap...untuk besday boy
 Senyuman besday boy umi... Muhammad Ahnaf
RAINBOW CAKE
Rujukan : Azlita Masam Manis

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Jom makan2 kat rumah mama yang





Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive