Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

Akhirnya ku temui resepi Sambal Belacan idaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Akhirnya umi dah jumpa resepi sambal belacan yang berjaya memikat selera suami umi..resepi ini pun umi dah banyak kali cuba dan hasilnya..suami minta buat lagi dan lagi dan lagi.. mesti ada yang kata resepi sambal belacan pun nak kecoh kan? tapi ini adalah untuk simpanan supaya jika akan datang..anak2 umi nak rujuk bila umi dah tak ada nanti...cuma umi tak letak mangga muda macam Kak Nor..mak mertua umi letak..mesti lebih terangkat... tak ada stok, jadi ini pun dah memenuhi selera kami sekeluarga.. Terima kasih tak terhingga pada Kak Nor...

SAMBAL BELACAN

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional

Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Wednesday, November 12, 2014

Pengat Labu + Jagung Manis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salah satu entry tertungak dari umi...hihi...sesuai untuk minum petang dan hasilnya amat puas hati...pengat ini sangat lemak dan berkrim dan in sha Allah disukai ramai...kerana umi bukan sahaja menggunakan gula pasir yang biasa tetapi  menambah gula melaka... cuba dan rasailah kelainannya...lebih2 lagi jika kita masak dengan ikhlas dan sambil zikirullah...apa tunggu lagi..semaklah bahan dan jom cuba....


Resepi Pengat Labu dan Jagung Manis

Bahanya:-
4 cawan jagung manis
1/2 biji labu 
1/2 cawan gula putih 
3 sudu besar gula melaka 

1 cawan pati santan 
3 helai daun pandan 
4 cawan air 
1/2 sudu kecil garam


 
Caranya:-
  1. Bersihkan labu dan potong dadu.  
  2. Masukkan labu dalam periuk dan rebus dengan 4 cawan air bersama daun pandan. Biarkan air mendidih.
  3. Apabila labu dah lembut, masukkan gula melaka,putih, jagung manis dan garam. 
  4. Akhir sekali masukkan santan dan kacau 5 minit.Matikan api.

Friday, May 23, 2014

Lontong biasa2 aje....Resepi kuah lodeh dan Sambal Ikan Bilis..

Assalamualaikum dan selamat pagi

Untuk hari ini menu sarapan merangkap makan tengahari... tetiba terasa nak makan lontong ikut selera sendiri..ye lain orang lain caranya..banyak jenis lontong ada..lontong biasa, lontong kering dan lontong goreng..tapi umi setiap tahun bila hari raya..lontong inilah yang umi tak jemu2 makan...
Ada pelbagai cara masak lontong sekarang ini.. terpulang ikut selera masak anda... ye la, yang nak makan pasti andakan.. ada yang makan dengan sambal tumis ikan bilis, ada makan dengan kelapa goreng dan kalau di Johor makan dengan sambal kacang,,yummy... cuma kali ini umi agak malas menyediakan sambal kacang..apa la kan...untuk makan sendiri pun malas..huhu...untuk sesiapa yang nak resepinya..umi ambil dari blog mat gebu..yang lebih kurang cara sedianya sebab umi main campak2 dan tak sukat...ikut apa bahan yang ada di dapur...selamat mencuba dan berhujung minggu...

KUAH LODEH......
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....
CATATAN MAT GEBU :- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....

SAMBAL IKAN BILIS.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  2. Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar. Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

Wednesday, December 4, 2013

Kuah Durian & Roti Naik Pahang

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat umi? Semoga semuanya dilindungi Allah terutamanya mangsa banjir di 3 negeri iaitu Johor, Pahang dan Terengganu... sahabat umi di Kuantan kata tak pernah banjir seteruk ini dan rumah ayahnya yang berpuluh tahun duduk pun banjir... ini semua pasti ada hikmahnya kan... Hanya kita perlu bersangka baik terhadap Allah...in sha Allah, semuanya akan baik...
ok la berbalik pada menu yang tak seberapa ni...umi buat kerana permintaan suami dan tak nak membazir buah durian yang kurang manis di beli oleh suami umi... resepi yang amat mudah... umi tak ada sukatan yang tepat, tapi bagi yang hendak mencuba... cara umi adalah sama macam resepi dari kak Nannie...kak nannie izinkan umi salinkan semula di sini ya...umi makan dengan roti naik pahang, kalau nak resepi boleh klik sini...kuah durian ini juga enak dimakan dengan roti jala, biskut kering...selamat mencuba...

Resepi : Kuah Durian
Oleh : Kak Nannie

Bahannya:-
  • 15 ulas buah durian
  • 3 cawan santan pekat
  • 1-2helai daun pandan
  • Gula secukup rasa ikut citarasa masing-masing la ya
  • Secubit garam

Caranya:-

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau kemudian masak sehingga kuah durian ini menjadi pekat . 
  2. Cuba rasa gulanya jika kurang boleh la ditambah , sedikit garam di masukkan dalam kuah ini bagi timbul rasa lemak manis buah durian ini . 
  3. Nak masak kuah durian ni ikut pada citarasa sendiri sebenarnya kalau tak suka kuah terlalu pekat tambah la sedikit air .

Jika suka banyak durian boleh la ditambah lagi durian ikut la pada cita rasa masing-masing

Wednesday, March 6, 2013

Bubur Lambuk Resepi Bonda Kak Chahaya Shiela

Assalamualaikum dan selamat pagi
Maaf la kalau gambar kurang memuaskan... Masak masa anak2 umi demam ari tu... nak masak bubur biasa kesian plak... so masak la bubur lambuk tradisi keluarga kak shiela... anak2 umi demam pun makan dengan penuh selera... sedap katanya dan minta buat lagi lain kali...
Cuma umi tambahkan lobak merah supaya anak2 umi makan sayur... tapi tak berapa nampak kan? hehe.. sedap sangat bubur ni sebab ada tumis darat tu... dulu umi rasa bubur lambuk ni susah sangat nak buat sebab tu la setiap kali bulan Ramadhan, suami umi tak pernah 'miss' belikan bubur lambuk kegemaran umi di Kampung Baru tu... masa kat tempat kerja lama, ada juga kawan umi rajin tolong belikan... rindu plak masa kerja di sana...
Apa pun, terima kasih kak Chahaya Shiela sebab sudi kongsi resepi temurun yang sedap ni..mohon share kat sini pula ya... Jasamu dikenang..hehe..

Resepi : Bubur Lambuk Resepi Bonda
Oleh : Kak Chahaya Shiela

Bahannya:
2 cawan beras
500 gm daging/tulang
Sedikit daun sup dan daun bawang
12 ekor udang basah
1 sudu besar rempah soto 'Tok Mak' atau rempah sup
1 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
1 inci halia - diketuk
1 sudu kecil lada hitam - jika suka (sebiji2 atau diketuk sedikit)
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk

Caranya :
Rebus daging/tulang bersama bahan tumbuk serta rempah soto Tok Mak sehingga empuk.
Masukkan beras, serai dan halia yang telah diketuk.
Bila beras dah kembang, masukkan santan dan lada hitam.
Bila hampir masak, masukkan udang dan garam secukup rasa.

Bahan Tumis Darat :-
6-8 ulas bawang merah - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
Sedikit halba
1 sudu besar minyak sapi
Sedikit minyak masak

Caranya:
Setelah bubur siap masak, boleh dibuat tumis darat.
Panaskan kuali kemudian tuang minyak masak dan minyak sapi. Minyak hanya sedikit untuk menumis saja.
Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan.
Bila nak dekat perang, masukkan halba. Tutup api.
Tuangkan ke dalam bubur yang telah siap dimasak tadi.
Tutup periuk bubur supaya aroma tumis darat dapat diserap ke dalam bubur.
Bila hendak dihidangkan, tabur hirisan daun bawang dan daun sup,

Friday, October 19, 2012

Bubur Nasi permintaan Nazirah

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar? Semoga semuanya sihat..kalau ada yang tak sihat, jangan lupa makan ubat...dan sebelum makan ubat tu, pastikan perut tak kosong..makan la sedikit sebagai alas perut...Bagi yang sihat, marilah kita bersyukur pada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik...Alhamdulillah
Hari ini dah tak ada entry coklat ya...jemu pulak orang tengok...kalau nak tengok jugak entry coklat, boleh tengok kek Hari Lahir Che Mat, Suami kak Siti Delima yang jatuh pada hari ini...kek yang amat menarik dengan hiasan yang ringkas tapi penuh kasih sayang...

Bubur yang umi buat ini adalah permintaan nazirah untuk di bawa ke ruamh pengasuh...dah lama tak makan katanya...apapun, layan gambar je la ya...bubur semua orang pandai masak, tapi bagi yang nak tau juga, umi kongsikan di sini....

Jom Cuba : Bubur Nasi












Apa yang diperlukan?
  • 1 1/2 cawan beras wangi/ beras biasa
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya (1500ml kurang lebih atau secukupnya)

  • Baby carrot secukupnya- dihiris
  • 2 Biji kentang - dihiris
  • serbuk lada hitam secukup rasa

Jom Cuba!
  1. Cuci beras, kemudian masukkan kedalam periuk, tuang air dan masukkan sedikit garam. Jerang atas api hingga mendidih, perlahan kan api dan biar merenah hingga beras kembang, jika pekat bolah tambah air lagi. Kacau sekali sekala bila beras kembang untuk mengelakkan dasarnya hangus.
  2. Masukkan karot dan kentang serta serbuk lada hitam. masak hingga sayur empuk.
  3. Atau boleh guna slow cooker untuk memasak bubur nasi dan di masukkan sayur sekali. Makan bersama lauk kegemaran.
Resepi ini untuk nazirah..kalau umi makan ada tambah cili padi mcm kat gambar...lebih sedap
jumpa minggu depan...da....

Thursday, July 26, 2012

Puding Nata & Two Melon

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Alhamdulillah telah enam hari kita menjalani ibadah puasa tapi jangan kita lupa untuk bersedekah al-fatihah untuk yang telah tiada...Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda umi, Alias bin Jamal...Kali pertama kami sekeluarga menyambut ramadhan tanpanya disisi...mungkin ada yang mencemuh umi tapi blog umikan sebagai diari umi, jadi umi ingin abadikan sedikit catatan berkenaan ayahanda umi..maaf jika beremosi sedikit..
Baiklah..berbalik dengan resepi puding nata & two melon ni asalnya Puding tapai ubi dan rock melon oleh zila...ampun zila ya sebab umi ubah kerana bahan tu je yang ada dirumah kecil ni...nanti kalau umi tulis nama puding yang sama ada yang bertanya mana tapai ubinya...hehe..tapi umi 'kepil'kan sekali versi zila dan versi umi ya..terima kasih zila sebab puding ni sedap sangat dan keluarga kecil umi ni suka sangat dan minta  buat lagi...puding ni sesuai untuk berbuka puasa...
Puding Tapai ubi dan rock melon
Sumber; Zila4ever
 
Bahan kuah puding
1 tin susu cair atau susu segar
2/3 cawan gula pasir atau gula merah
1/2 cawan air
1 sudu teh essen vanilla
1 helai daun pandan


Bahan Kuah 
Campur semua bahan dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, perasakan kemanisannya..sejukkan.
 
Jom Cuba : Puding Nata & Two Melon
 
Bahan kuah puding
1 tin susu cair atau susu segar
1/2 cawan air
1 sudu teh essen vanilla
1 helai daun pandan
 
Buah-Buahan
2 cawan nata de coco dan kuahnya sekali
Buah tembikai susu secukupnya - potong dadu
buah rock melon secukupnya- potong dadu


Cara penyediaan Kuah 
Campur semua bahan dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, perasakan kemanisannya..sejukkan.
 
Untuk hidang
Campurkan buah-buahan kedapa mangkuk kuah dan kacau sebati..sedia untuk dihidang...enjoy...

Monday, July 16, 2012

Bubur Lambuk Daging + Telor Masin Kak Jee

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Apa khabar? Semoga semua yang sudi berkunjung di blog umi ni sihat walafiat dan sedang bersedia untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia tidak lama lagi...tak sampai seminggu lagi kan....
Al kisahnya buat bubur ni semalam kerana terliur sangat bila kak jee sebut, ramai yang suka bubur ni...umi memang suka makan bubur..lebih2 lagi bubur lambuk..tapi bubur lambuk ni tak masin walaupun guna telur masin sebagai bahan...betul kata kak jee..memang bubur ni sedap...nazirah dan ahnaf pun makan bertambah2...sesiapa yang nak resepi, umi tampalkan kat bawah ni ya...selamat mencuba....
Jom Cuba : Bubur Lambuk Daging + Telor Masin Kak Jee

Apa yang diperlukan?

  • secawan beras
  • daging ikut suka banyak mana
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • kayu manis & bunga lawang
  • telor masin
  • ½ cawan pati santan
  • garam dan aji (kalau perlu)
  • minyak bijan


Jom Cuba!

  1. cuci beras. kemudian jerang atas dapur. bubuhlah air banyak2.  kemudian daging dipotong kecik-kecik dan dimasukkan bersama beras tadi. campakkan sedikit kayu manis dan bunga lawang.masaklah sampai beras betul2 hancur. kalau tak cukup hancur, tambah air lagi sampai bubur jadi halus. kjee ni guna pressure cooker. 10 minit jer. masukkan sekali dengan daging tau dalam periuk tekanan udara tu. 
  2. kemudian bila beras dah cantik hancur, masukkan sedikit santan. susah nak agak banyak mana. tapi kalo satu cawan beras tu yang dah jadi bubur nasi, masukkan setengah cawan santan pekat. masak lagi sampai mendidih. bubur ni tak usahlah buat pekat atau cair sangat. kalau rasa pekat sangat bubuh air lagi dan masak. begitu juga kalau cair, masaklah bagi dia pekat sikit. 
  3. apabila bubur sudah mendidih, pecahkan telor masin ke dalam bubur perlahan-lahan. satu cawan beras tu, bubuhlah dalam empat biji telor asin. masak dengan api pelahan kerana kuning telor masin lambat sikit masaknye. kacau perlahan2 takut telor kuning pecah. guna senduk dan angkat telor masin  utk pastikan ia sudah masak. rasalah. kalo perlu letak garam, letakklah sikit. ada suka bubuh kicap cair sewaktu makan. ada suka bubuh sikit msg masa masak. kemudian tutuplah api. 
  4. tumis halia yg telah diracik halus bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yg sikit. garing jer, tuangkan keatas bubur dalam periuk. tumis darat orang kata? hidangkan dalam mangkuk, bubuh kuning telor masin satu dan taburkan daun sop, daun bawang ker atau bawang goreng. jgn lupa titiskan sikit minyak bijan. ini penting nak bagi aroma yang power.

Thursday, July 12, 2012

Bubur Kacang Durian & Biskut Cheese

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Apa khabar? Semoga sihat dan dalam lindungan Allah...Dah sarapan? Umi baru je makan bubur kacang durian...al maklum la bila musim durian, ini salah satu menu yang umi suka buat...makan suam2 dengan biskut cheese yang lemak2 masin...sedap je masuk ke tekak ni...
Pastu bila ada lebih, umi buat jadi aiskrim malaysia versi kacang hijau...musim panas ni, sejuk tekak...tapi kena la buang biji duriannya dulu ya..tak muat masuk dalam plastik aiskrim tu nanti...sedap tau...ok la umi kesuntukan masa nak tulis panjang2...umi tepekkan resepi Blog Dapur Tanpa Sempadan yang umi selalu guna untuk baut bubur kacang durian ni...selamat mancuba...
Jom Cuba : Bubur Kcang Durian
 
Apa yang diperlukan?
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam 4 - 5 jam (kalau guna pressure cooker tak perlu rendam)
1/2 ketul gula melaka, potong kecil*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya
1/2 camca teh garam
Gula (jika kurang manis)
Air jika perlu
Jom Cuba!
  1. Rebus kacang hijau hingga empuk dan kembang. Masukkan air gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau rata. Tambah durian dan biar mendidih. Masukkan garam dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Dan jika suka bubur kacang cair, tambah air secukupnya. Masak sekejap.
  2. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau biskut tawar. Sedap juga dimakan sejuk. Kalau tak habis, boleh dijadikan aiskrim malaysia.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda gunakan pressure cooker atau periuk tekanan, masa yang diambil untuk merebus kacang hijau sekitar 6 - 7 minit dan tak perlu direndam dahulu.

Tuesday, February 21, 2012

Bubur Kacang Durian - Resepi Warisan

Assalamualaikum dan selamat pagi

Pagi2 lagi umi dah tunjukkan bubur kacang hijau..sebenarnya dah lama buat cuma tak masukkan dalam post je..umi buat banyak sikit sebab makan banyak versi, maklum la peminat durian...umi makan panas2 dengan roti...dan bila disejukkan, umi makan dengan biskut lemak tapi lebih sedap bila di'frozen' kan..macam makan aiskrim...lemak berkrim dan disukai ramai...

Macam biasa umi ambil resepi 'melayu' ni dari dapur mat gebu, resepi yang sama cuma banyak kali dan itu yang terliur sangat tu...senari post dari mat gebu ialah seperti kat bawah ni...

Banyak kan..dan senang cari....bila la agak nya dapat jumpa sifu si mat gebu ni kan...perasaan selalu mengebu cuma siapa la umi..hanya melukut di tepi gantang je la...hehehe..jom semak resepi best ni..


Jom Cuba : Bubur Kacang Durian

Apa yang diperlukan?

  • 2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
  • 1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 helai daun pandan*
  • 2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
  • Sedubit garam
  • Gula, jika kurang manis
  • 1 liter santan
  • Air jika perlu
Jom Cuba!

  1. Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
  2. Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Juga sedap dimakan bersama roti atau biskut krim kraker..

Tuesday, January 17, 2012

FILIPINO GINATAANG MAIS / BUBUR JAGUNG FILIPINA

Assalamualaikum dan selamat pagi

Hari kedua dalam minggu ini...hari yang agak sibuk...jadi umi schedule entry ni ya...dah sarapan? pernah makan bubur jagung Filipina tak? umi pernah makan sekali di Restoran Nasi Kerabu yang terletak di Prima Seri Gombak...sedap dan memenuhi citarasa umi...then, umi nampak kak Paty buat...apa lagi, tak sabar nak cuba...bubur ni manis, masin dan lemak..semuanya bersatu...dan yang paling utama, mengenyangkan...nazirah memang suka makan jagung, dia cakap pandai umi masak sup ni ada jagung banyak...eh, sup? bagi nazirah semua yang berkuah, dia panggil sup..ikut la sayang, yang penting makan sampai kenyang ya...resepi umi ambil dari kak paty...sila la



Filipino Sweet Corn Dessert - Ginataang Mais/ Bubur Jagung Filipino
Ingredients:

4 cups coconut milk
1/2 cup glutinous rice (malagkit)
1 cup whole kernel corn
3/4 cup granulated sugar

Cooking procedure:

Combine coconut milk and glutinous rice in a cooking pot then turn on the heat. Let the coconut milk boil.

Once the coconut milk is boiling, stir the mixture to prevent the glutinous rice from sticking. Set the heat to low and let the rice cook while stirring once in a while. This will take approximately 12 to 15 minutes.

Add the whole kernel corn and cook for 5 minutes.

Put-in the sugar and stir thoroughly. Cook for 2 more minutes.

Transfer to a serving bowl and serve.

Thursday, November 24, 2011

Bubur Putih, Bubur Merah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Resepi ni umi cari kat Myresepi.com dan alhamdulillah ada juga sebab banyak panggilan nama bubur ini dan umi pun kurang pasti namanya apa, tapi masa kecik2 dulu selalu makan dan tetiba teringat, tu yang umi cari kat myresepi.. resepi ni umi ambil dari Mrsdayat..terima kasih sebab sudi kongsi menu yang macam nak hilang ni..tapi mrsdayat panggil bubur pulut lemak hitam putih
umi biasa panggil bubur putih bubur merah..tak kisah la apa namanya...yang penting lepas la hajat nak merasa bubur ni..rindu zaman duduk kat johor selalu jugak dapat makan bubur ni masa kenduri doa selamat...umi tak pasti d negeri lain ada ke tak...atau ada tapi nama lain juga...bila umi suruh suami umi teka nama bubur ni, suami umi terus jawab bubur pulut...hehe, biar apa pun namanya, yang penting umi boleh rasa bubur ni walaupun tak duduk johor...
resepi tak manis sangat dan rasanya boleh dikategorikan sebagai lemak2 manis la..bagi yang suka manis, boleh tambah lagi gula putih tapi bagi umi sekeluarga, sudah sedang elok je manisnya......bagi yang tak pernah atau tak tau, boleh la cuba..senang je dan yang penting sedap...
Jom Cuba : Bubur Putih Bubur Merah

Apa yang diperlukan?
  • 1 cwn beras pulut
  • 3 cwn air **
  • 3 tbsp santan pekat (sy gune yg dlm tin tu..)
  • 3 tbsp gula merah
  • 1 tbsp gula pasir (omit kalau tanak manis sgt)
  • garam secukup rasa
  • ** air ni..ikut suka nak byk mane. kalau pekat sgt..bule tambah 1 cwn air lg..=) kalau suke pekat..3 cwn dh cukup
Jom Cuba!
  1. Pulut dan air..di rebus sampai pulut kembang- umi rendam semalaman pulut supaya cepat kembang, betul ke teori ni? tapi kalau tak rendam atau rendam sekejap pun ok juga..
  2. Masukkan santan pekat..kacau sebati
  3. Tambahkan sedikit garam. Kemudian asingkan 1/4 bhgn dr bubur pulut tu dlm bekas lain
  4. Masukkan pula gula pasir dan gula merah dlm 3/4 bhgn bubur pulut yg tinggal.kacau sampai rata
  5. Bila nak makan, cedukkan sedikit bubur pulut putih ke atas bubur pulut merah..

Thursday, May 5, 2011

Bubur Cha Cha Bersama Jagung Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Resepi bubur cha cha ini umi ambil dari Majalah Rasa (Gambar bawah ni) tapi ubah sedikit memandangkan kat rumah umi tak ada stok Keledek Manis, jadi umi tukar dengan bahan2 yang ada kat dapur je la..memandangkan umi dah terliur sangat nak makan bubur cha cha....selain jagung manis, umi juga tambah sagu biji yang telah dibersihkan dan direbus dahulu untuk memendekkan masa memasak bubur cha cha...kawan2 opis suami umi pun suka makan bubur cha cha ni sebab rasa yang lembut dan manis...jom kita tengok resepinya

Jom Cuba : Bubur Cha Cha bersama Jagung Manis

Apa yang diperlukan?

  • 1 tin kecil jagung manis
  • 100 gram cha cha
  • 100 gram sagu biji (bersihkan dan rebus hingga jernih)
  • 150 gram gula pasir
  • 100 gram gula Melaka
  • 300 ml santan
  • 2 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
Jom Cuba!
  1. Satukan jagung manis, cha cha, sagu yang telah direbus, gula pasir, gula Melaka, santan, daun pandan dan air(ikut citarasa : kalau suka pekat, air tidak terlalu banyak).
  2. Didihkan dan kacau rata.
  3. Pastikan bubur dimasak dengaan api yang perlahan dan dikacau selalu untuk mengelakkan berketul di dasar periuk.
  4. Akhir sekalai perasakan dan didihkan sehingga masak.
  5. Sedia untuk dimakan. bubur ini boleh dimakan suam2 atau sejuk, ikut kepada selera masing2.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive