Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label Sayuran. Show all posts
Showing posts with label Sayuran. Show all posts

Monday, September 14, 2015

Potato Fritters atau Cucur Kentang, Resepi mudah untuk anak2 belajar...

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...

Syukur atas nikmat yang Allah berikan.. masih boleh memperbaiki diri yang usia semakin sedikit dan dosa semakin banyak antara sedar atau tidak... umi macam biasa sibuk dengan tugas harian dan tempahan roti seperti kat sini... Alhamdulillah... hari ini masih jerebu... semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita...


ok la berbalik kepada potato fritters atau cekodok kentang ini... dah banyak kali umi buat tetapi lupa nak masukkan entry... masa kenkonon nak cari balik..eh, la... tak ade rupanya... resepi yang amat mudah.. boleh la buat bersama anak2 nanti... bagi anak2 yang baru nak belajar memasak... inilah salah satu resepi in sha Allah jadi dan sedap untuk dicuba... ia sesuai untuk sarapan pagi dan juga minum petang... makan bersama-sama keluarga lebih bermakna... dan jangan lupa untuk berdoa dan berzikir semasa memasak...


Doa Untuk Sedapkan Makanan(Baca 3 kali)

Selawat Nabi 3x (ALLAH HUMMASYALLI AALA SYAIYIDINA MUHAMMAD) Istighfar 3x (ASTAGFIRULLAH HAL AZIMMM) 

Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ


Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)
Meh baca bahan2 dan cara-caranye pula...


Potato Fritters (cucur kentang)
Sumber : Noraida Durani

Bahan-Bahan
  • 3 biji kentang (sagat halus, Yatie sagat kasar je)
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  •  Daun bawang/daun sup
  • 1 tangkai cili merah-Yatie tambah
  • Serbuk Lada sulah-Yatie guna coarse black pepper
  •  Garam dan sedikit gula 
  • Minyak masak (utk menggoreng)
Cara2nya

  1. Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula...gaul sebati
  2. Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
  3. Sedap dimakan bersama sos

Monday, August 17, 2015

Lodeh Kering KaK Gee

Assalamualaikum dan selamat pagi
Berlalu dah sudah syawal selama sebulan..dan penerbangan rombongan Jemaah Haji Malaysia pertama telah pun selamat sampai ke destinasi... bertuah sungguh menjadi tetamu Allah... harap2 semoga mendapat haji mabbur... Doakan supaya umi sekeluarga juga dapat menjadi tetamu Allah, suatu hari nanti.... oklah, hari ini umi nka panjangkan lagi resepi sedap dari kak gee iaitu lodeh kering... salah satu menu yang menjadi kegemaran umi sekeluarga... sedap makan dengan nasi putih atau pun ketupat mini... sambil taip pun telan air liur... ok la... bagi sesiapa yang nak cuba... meh tengok resepinya... 


Resepi ;
Oleh : Kak Gee

BAHAN2
2 peket tempe
5 keping tahu biasa
5 batang cili merah
secekak kacang buncis (kacang panjang pun bleh)
segenggam cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
udang
ayam
pedal
petai (kalau suka bubuh)
dua sudu besar gula merah
1 inci belacan
½ kilo santan pekat 
2 keping asam gelugor (asam keping)
CARA
1. Tahu dan tempe didadu. Goreng separuh masak dan tepikan. Tumbuk halia, lengkuas dan serai hingga halus. Mayang bawang merah dan bawang putih. Hiris serong dan halus cili merah dan gunting serong cili kering. Kopek petai dan belah dua.
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang putih dan bawang besar, cili kering dan cili merah. Goreng seketika hingga bahan2 dah lembut sedikit. Masukkan ayam dan pedal yang telah dipotong nipis. Goreng lagi seketika. Kemudian masukkan belacan dan gula merah. 
3.Setelah naik wangi, masukkan santan.
Setelah santan mendidih seketika, masukkan udang dan sayur buncis. Kemudian apabila sayur sudah agak layu sikit, masukkan tempe dan tahu goreng.
4. Rasa garam dan campakkan dua keping asam gelugor.
Gaul hingga semua bahan telah rata dan bersatu. Padam api.
Sedap makan dengan Nasi impit, Ketupat atau Lemang. Sedap juga dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja.


Tuesday, August 4, 2015

Kari Ayam Sedap Kak Azie Kitchen

Alhamdulillah sekejap je dah nak masuk minggu ke tiga kita beraya..suasana hari raya masih lagi terasa... seronok tengok anak2 beraya..dapat jumpa kawan lama.. masa kawan2 dan jiran2 datang ke rumah umi hari tu.. ade umi sediakan kari ayam sedap.. resepi dari kak Azie kitchen.. hasilnye.. memamg alhamdulillah sedap...
seronok tengok tetamu makan bertambah-tambah...lagi2 dengan ulam2 serta sambal belacan.. nasi panas2..memang berpeluh2 la jadinye.. walau apa pun.. terima kasih kak azie atas resepi yang sedap ini... akan jadi resepi kegemaran umi... untuk resepi sambal belacan.. boleh klik Sambal Belacan Idaman..

Bagi yang ingin mencuba resepi Kari Ayam Sedap kak Azie..umi dah salinkan..tapi kalau nak tengok step by stepnye.. boleh klik link di bawah... Selamat Mencuba...

Kari Ayam Sedap

Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
11/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.

Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.

Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

Nota
Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala.

Monday, August 3, 2015

Menu Kampung Untuk tetamuku

Assalamualaikum dan selamat hari raya lagi
Alhamdulillah selasai sedikit juadah buat tetamu rumah umi... kali ni umi masak lauk pauk kampung je.. ubah sikit selera dari rendang ketupat dan lemang..hihi..apa yang umi masak? meh intai-intai...
 Tomyam Seafood untuk tetamu yang tak makan ayam
 Kari Ayam sedap
 Lodeh goreng atau sambal goreng jawa Kak Gee
 keropok papadom
 ulam dan sambal belacan
tetiba je ade pizza sesat yek..hihi..ini untuk anak2
alhamdulillah semua senyum kekanyangan
 terima kasih daun keladi..nanti datang lagi





Meriahkan..tema kuning gitu..

Tuesday, July 28, 2015

Nasi Arab dan Kuah lodeh Nasi Impit..meraikan tetamu

 Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin
 Akhirnya berjaya update blog yang tak semengah ni...kengkonon..empunya blog sibuk beraya yang tak sudah sudah..hihi... ini antara menu yang umi masak untuk tetamu umi yang berkunjung.. alhamdulillah... walaupun simple..tetamu makan bertambah-tambah...
hilang rasa berdebar bila juadah yang dimasak abis.. risau jugak sebab kita bukannye pandai memasak.. masih peringkat mencuba sehingga jaya...
 punya la kalut sampai tak sempat nak amik gambar tetamu yang datang..apa pun.. semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk lakukan yang terbaik...Rasanya masih belum terlewat untuk semua ahli keluarga kecil umi menggucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..meh la datang ke rumah...

Monday, June 22, 2015

Menu Sahur 3 : Pengat Ubi Kayu Nostalgia dan Ayam Pandan Aroma

 Assamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah telah masuk kita ke Ramadhan yang ke 5.. terasa cepat betul masa berlalu... umi seperti biasa.. hanya menyediakan menu yang ringkas dan mudah untuk dikongsikan..lebih kepada perkongsian idea untuk berbuka atau sahur..hari ini..umi nak panjangkan menu Pengat ubi kayu Nostalgia dan ayam pandan aroma...nama asal ayam pandan thai tapi anak umi panggil ayam pandan aroma sebab aroma ayam tu satu rumah boleh bau...mengoda dia yang sedang berpuasa...

Resepi :- Pengat Ubi Kayu Nostalgia
Sumber : Ciptarasa Noly
 
Bahannya:-
2 tongkol ubi kayu..
1 biji kelapa (ambil 4 - 5 cawan santan)
1/2 ketul gula melaka (kemanisan ikut suka) jika suka manis boleh tambah
4 sdm sagu biji (basuh n rendam seketika)
2 helai daun pandan
secubit garam

Caranya

1. Bersihkn ubi kayu n kerat sederhana...rebus + sedikit garam..dah empuk..toskn airnya
2. Dlm periuk lain.. campurkn santan,gula melaka,daun pandan, sagu biji dan secubit garam..n masak atas api sederhana..sentiasa kacau, supaya santan tak pecah..
3. masukkn ubi kayu tadi dalam periuk santan..kacau biar ubi kayu sebati ngan santan..perlahankn api..bila kuah agk pekat sikit,,boleh le padamkn api...siap utk disaji n dijamu...

sedap dimakan ms panas or sejuk(masuk dlm peti sejuk)


 Resepi : Ayam Pandan Aroma
Sumber : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g daging ayam bahagian dada
18 - 20 helai daun pandan yang BESAR
Lidi penyucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam

BAHAN PEMERAP :-)
1 camca besar cincangan bawang putih
1/2 camca besar cincangan halia
2 camca besar santan
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
1 camca teh minyak bijan
2 camca teh gula
2 camca teh serbuk lada sulah

BAHAN SOS :-)
160 g gula melaka
125 ml cuka makan (mat letak 100ml je)
1 camca teh kicap pekat
1 1/2 camca teh cincangan bawang putih
5 - 6 cili padi, cincang halus
1 camca besar sos ikan (nampla)
1/2 camca teh bijan, digoreng tanpa minyak hingga wangi

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci daging ayam, potong kiub 1 x 1 inci dan gaul bersama bahan2 perap dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.
  2. Kemudian keluarkan ayam dan bungkus menggunakan daun pandan seperti dalam gambar rajah di atas hingga siap (abaikan tangan dan jari yang montok2 itu yeaa!!). Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (goreng 5 - 6 bungkus sekali), kurang lebih 4 - 5 minit. Angkat, toskan dan letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga siap.
  3. UNTUK SOS :- Cairkan gula melaka dengan sedikit air, kemudian tapis. Masukkan semua bahan2 lain kecuali bijan. Kacau rata dan sesuaikan rasa, jika suka boleh tambah sedikit gula. Taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama ayam pandan tadi...

Friday, June 19, 2015

Menu sahur 2 : Ayam Masak Kurma Kenduri dan Sambal Belacan Tak Toleh Lain


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah.. hari kedua bulan Ramadhan ini.. hari ini umi nak kongsi kan menu sahur keluarga kecil umi untuk hari yang kedua...iaitu ayam masak kurma kenduri dan sambal belacan tak toleh lain.. selain itu, umi ada juga sediakan kubis goreng ummph dan terubuk masin KK mari...seronok bila tengok ahli keluarga terutama suami umi makan bertambah-tambah..masa sahur plak tu..alhamdulillah dengan rezeki mu Ya Allah... teringat pulak..ada yang share statement kat bawah ni...
hai la..macam2 kan sekarang ni... ok la, bagi yang ingin mencuba resepi versi umi..meh la salin yek...

Ayam Masak Kurma Kenduri
Sumber : Mat Gebu
Oleh : Umi's Cup Cake
 
Bahannya:-
1/2 ekor ayam (kurang lenih 600 gram), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam
1 biji cili hijau, belah 2
4 camca besar rempah kurma

1/2 cawan pati santan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
 
Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
1 inci halia
3 ulas bawang putih

 Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar, hiris

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Caranya:-
  1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kurma, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang perang. Tambah pes rempah kurma tadi dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan kentang (toskan). Gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan masak hingga kentang dan ayam empuk. Masukkan pati santan dan cili hijau dan kacau rata. Biar mendidih dengan api perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..
dan ini pula resepi sambal belancannya....


Sambal Belacan Tak Toleh Lain
sumber : Umi's Cup Cake

Bahannya:
4 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
2 inci belacan ( dibakar/goreng tanpa minyak)
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 biji limau kasturi ~ diambil air
 

Caranya:
  1. Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat. 
  2. Masukkan belacan dan  tumbuk lagi. 
  3. Perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula. 
  4. Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadhan 1436H - Niat puasa sebulan dan menu sahur

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasanya masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat umi.. Semoga kita memanfaatkan peluang yang kita tunggu-tunggu ini... bagi anak yang baru belajar berpuasa.. semoga berjaya berpuasa.. umi share kan juga niat Puasa sebulan ramadhan dari FB masjid negara... in sha Allah..umi akan cuba masukkan menu keluarga kecil umi bersahur.. sebab masa berbuka, suami umi akan berbuka di surau... dan umi serta anak2 akan berbuka yang ringkas sahaja
Untuk hari pertama sahur, umi sediakan ikan sambal, ikan goreng, ayam goreng dan sayur kacang masak lemak.. bagi pasangan yang baru bernikah atau masih bujang.. sekurang-kurangnya ia ada idea untuk sahur nanti.. tapi terpulang pada masing-masing...cadangan ini, mengikut selera suami umi...
Yang ini pula, potluck menyambut Ramadhan di opis umi.. ada yang ingin makan Ketupat Sotong Terengganu.. Alhamdulillah..dapat umi tunaikan.. abaikan bilik tukang masak yang bersepah tu ya...
 Antara menu yang ada, meja tak muat sebab ada lagi makanan sedang dimasak...
kami juga menyambut hari kelahiran bulan April, Mei dan Jun...

Monday, March 30, 2015

Resepi Air Asam Ikan Bakar ala2 Ikan Bakar Tanglin

Assalamualaikum dan selamat petang
Pernah tak makan kat Ikan Bakar Tanglin Pak Din? kalau datang KL, harus cuba.. umi memang suka sangat makan kat situ.. masa tu opis masih dekat.. sekarang nak pergi agak jauh tapi kalau ada yang ajak..mesti pergi.. apa yang memikat adalah pelbagai jenis ikan segar yang dibakar seawal pukul 11 pagi..ratah pun sedap sangat..
akibat dah lama tak makan dan tekak ni terasa sangat nak makan.. umi pun google le resepi seperti ala2 air asam yang ada kat situ... alhamdulillah..memamg lebih kurang sama..yang berbeza ialah..ini air tangan sendiri yang buat..hihi
Nikmat sangat..lagi2 dapat ikan keli segar dari jiran umi, kak na.. masa dapat pun ikan tu masih lompat-lompat lagi tau...jadi umi nak kongsi la resepi air asam ini, bagi yang ingin mencuba... tak makan ikan?.. tak pe..boleh buat makan dengan daging atau ayam bakar jugak..in sha Allah..bertambah la nasi panas-panas tu... meh tulis resepinya....ops sebelum lupa..kalau nak tau kat mana Ikan Bakar Pak Din Tanglin.. Boleh klik sini
Resepi Air Asam Ikan Bakar
Oleh : Legacy Secret Trading
Dicuba Oleh : umi's cup cake

Bahannya;-
1 biji Bawang besar - didadu
2 biji lada merah - didadu
2 biji lada hijau- didadu
1 biji tomato - didadu
10 biji cili padi - di hiris (umi letak 5 biji jek)
10gm belacan - dibakar
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
limau nipis
gula secukup rasa

Caranya;-
1. kesemua bahan di dadu atau potong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa
3. Semua bahan digaul rata
4. Siap untuk dihidang..- umi biarkan dulu agar semua bahan mesra...

Monday, March 23, 2015

Nasi Goreng Moyang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alahai..sekejap je kan cuti sekolah seminggu...haha..macam umi lak yang sekolah..ye dak... hari ni menu sarapan biasa di kala mood baru buka sekolah adalah nasi goreng moyang dan ayam goreng... mudah tapi kenyang.. air? anak-anak umi minum susu pepagi...tak lupa gak madu qaseh juniour.. Alhamdulillah... kenapa nama nasi goreng ni nasi goreng moyang? sebenarnya ini adalah cara nenek umi goreng nasi dan menjadi kegemaran umi adik beradik.. walaupun mudah tapi air tangan dan keikhlasan masa memasak tu yang memikat sampai sekarang menjadi kegemaran anak-anak umi pulak.. bagi yang ingin mencuba..silakan.. aroma nasi goreng ini memang memikat.. umi tak tipu..cuba lah...umi pun pernah share kat sini...
 
 
Resepi : Nasi Goreng Moyang
Oleh : Umi's Cup Cake

Bahannya ( 4 org )

4 biji lada merah
4 cawan nasi putih ( sejuk )
4 ulas bwg merah
1 gengam udang kering (direndam air panas )
1 genggam ikan bilis (di goreng garing)
3 biji telur
2 batang kacang panjang
1 inci belacan
garam secukup rasa
5 sb minyak

Caranya

  1. Dalam lesung batu masukkan lada merah, belacan dan 1/2 st garam. Tumbuk separuh lumat. Masukkan pula bawang merah dan udang kering, tumbuk hingga lumat. 
  2. Goreng ikan bilis separuh garing. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng selama 10 minit dengan api perlahan.Kacau rata. 
  4. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong pendek2.
  5. Masuk pula nasi putih dan kacau rata. Biarkan selama 10minit dan dikacau sekali sekala.
  6. Di tengah2 kuali, kuak nasi ke tepi untuk buat ruang kosong. Masukkan telur dan besarkan api,biar sekejap. Bila telur dah masak separuh,kacau hingga telur hancur. Kemudian baru digaul sekali dgn nasi.
  7. Kecilkan api.Rasalah nasi,jika tawar blh tambahkan sikit garam. Biar nasi masak selama 10minit lagi.
  8. Taburkan ikan bilis bila hendak makan untuk mengekalkan keranggupan ikan bilis.

Thursday, March 12, 2015

ROJAK AYAM GORENG dari Kuantan..resepi tulisan tangan umi



Untuk Link resepi Klik Kak Azlita
Untuk join jugak cabara, klik Gambar
http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2015/03/cabaran-menulis-entri-dengan-tulisan.html



Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive