Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label Entah. Show all posts
Showing posts with label Entah. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Ucapan Pengganti Keluarga kecilku

Assalamualaikum dan selamat pagi

Esok, umi sekeluarga akan mula bercuti untuk berhari raya di kampung...sekolah juga telah diumumkan cuti oleh PM kita yang baik hati...Alhamdulillah, kita masih lagi boleh meningkat kan lagi amal ibadah kita sebelum ramadhan meninggalkan kita...kita juga harus berdoa agar di pertemukan kembali dengan ramadhan akan datang..amin....

Terlalu pantas dan kenikmatan ramadhan masih belum puas dinikmati...Semoga kita semua mendapat barakah bulan yang seumpama seribu bulan ini...Dikesempatan ini juga umi sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdpat kesalahan yang disengajakan atau tidak kepada semua keluarga, sahabat dan kenalan umi di blog yang tidak seberapa ini..Harap dapat bertemu kembali kerana umi dan keluarga akan bercuti panjang sehingga selepas raya...semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan dengan niat keran Allah..amin.. bagi yang akan kembali ke kampung yang jauh, berhati2 dan sentiasa berzikir agar sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Ramadhan membasuh hati yang berjelaga
Saatnya meraih rahmat dan ampunan-Nya
Untuk lisan dan sikap yang tak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1433 Hijrah
Minal Aidin Wal Faidzin 



Friday, July 6, 2012

GA Pengunjung Ke 50,000

Assalamualaikum dan selamat petang

Umi tak pernah buat GA dan buat julung kalinya umi nak buat GA untuk mengunjung blog Umi's Cup Cake yang picisan je ni...Sepatutnya umi nak buat GA masa ulang tahun blog tapi kerana kesibukan... terbiar je, untuk tebus balik...umi nak buat GA untuk pengunjung yang dapat print screen kunjungan yang ke 50,000 dan hantarkan maklumat kepada umi...

Jika tiada yang dapat print screen....mana2 pengunjung yang hampir akan umi pilih...umi harap ada yang dapat join GA pertama dari umi ni ya...semoga GA ni menambahkan ukhwah sesama kita....

Harap dapat pengunjung yang bertuah tersebut.... SIAPA TU?

Hadiahnya dalam perancangan, insyaAllah...berbaloi

Wednesday, June 20, 2012

Maaf dipohon

Cak!!!Lama betul geram dengan lempeng tu kan? Umi agak sibuk sikit...banyak yang nak dikongsi cuma belum ada kesempatan...selain kesibukan yang melanda, mood pun agak ke laut...tu yang main cak....cak dari laut macam ikan tu...akan usaha meng'update' sebaik yang mungkin walaupun info dah basi ya...ok la, tengok la gambar laut ni dulu sebab rasa bersalah tak kongsi apa2...salam sayang dulu dari umi

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, May 18, 2012

Ahnaf The CicakBoy

Assalamualaikum dan selamat tengahari
 Who am I? I'm Ahnaf The CicakBOy...
 Muka selamba je...sebab cicak tu dalam plastik, abi yang tangkap dan biar dia main

Sebenarnya umi pernah terbaca pasal hukum bunuh cicak dan bila umi cari, umi jumpa ayat dibawah
Tidak ada hadith Nabi s.a.w. yang menyatakan bahawa membunuh cicak pada hari tertentu akan mendapat ganjaran pahala, cuma digalakkan ummat Islam supaya membunuh cicak dan diberikan ganjaran pahala kerana mengikut sejarah cicak adalah haiwan yang jahat dan bertujuan memberitahu kepada kaum kafir Quraisy bahawa Nabi s.a.w. sedang bersembunyi di dalam gua untuk memudahkan mereka menangkapnya, tetapi kuasa Allah S.W.T. mengatasi segalanya. Nabi s.a.w. tidak berjaya ditangkap oleh kaum kafir Quraisytersebut.
 Ni la cicak yang jadi mangsa tu..habis di picit samapi lemas
 nazirah yang takut2 berani...tapi nak interfrem jugak...
 kakak, senyum la sikit, jangan stress
 Ni plak dinner malam tadi...roti yang dijadikan roti bawang putih dan sup cendawan berudang
 banyakkan udang dalam sup tu...saja nak bagi yang tengok2 tu terliur..hehe
moral of the story : jangan membazir roti ni...dan sedap tau...

Friday, May 4, 2012

Air Terjun Serendah- Best Place & Award dari Kak Sha (1st time)

Assalamualaikum dan selamat tengahari
 
Cerita ni dah basi tapi nak cerita juga betapa seronok dan best air terjun serendah ni...sangat sesuai untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga...ramai juga yang datang bekeluarga...yang bujang pun ramai datang berkumpulan
Muka budak puas hati dapat datang ke air terjun..mula2 takut, pastu...dia yang tak nak balik

 bagi yang duduk di kawasan rawang memang dekat sangat dengan serendah ni...umi yang dari gombak pun rasa dekat sangat...suami umi cakap boleh la datang selalu, bawa anak2...
 Bekalan simple je..sandwich telur dan mee hoon goreng, tak dilupakan...keropok, sosej dan nugget..tapi kat sini pun ada menjual makanan dari penduduk setempat..parkingnya free je..

 tengok la..walau kesejukan, masih main air...tak puas...
 ni kira aktiviti jalan2 menyusur air, makin lama makin dekat dengan air terjun...
 muka ahanf kesejukan...sampai kuyu mata....tapi still nak mandi lagi
 mula2 takut, makin lama2 makin seronok...hehe
 peace...
Ramaikan orang mandi manda..kawasan ni memang dicadangkan untuk aktiviti keluarga

cetek dan jernih...harap sangat dapat datang lagi...jumpa lagi...hehe

ops lupa...umi ambik award dari kak sha...amik je walau kak sha tak bagi pun...sebab umi bukan jiran kak sha cuma silent reader dan suka cuba resepi kak sha...hehe..nak beli buku baru kak sha? umi pernah cerita di sini


Terima kasih kak sha





Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Hari Malaysia semua....apa tu Hari Malaysia ya? Tentu ramai yang dah tau...tetapi bagi yang belum tau, umi kongsikan sedikit info berkenaan Hari Malaysia yang umi ambil dari laman http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Day

A national ceremony celebrates the formation of the Federation of Malaysia in 1963 in Singapore.

Malaysia Day is held on September 16 every year to commemorate the establishment of the Malaysian federation on the same date in 1963. It marked the joining together of Malaya, North Borneo, Sarawak, and Singapore to form Malaysia. The formation of the new federation was planned to occur on June 1, 1963, but was later postponed to August 31, 1963, in order to coincide with the sixth Hari Merdeka. Several issues related to the Indonesian and the Filipino objection to the formation of Malaysia delayed the declaration to September 16 of the same year. The postponement was also done to allow the United Nations team time to conduct referendums in North Borneo (now Sabah) and Sarawak regarding the two states participation in a new federation.[1]

The formation of Malaysia was made possible through the introduction of the Malaysia Bill to the Malayan Parliament on July 9, 1963, and consent from the Yang di-Pertuan Agong on August 29, 1963.[1]

Prior to the formation of Malaysia, Sarawak gained its independence on July 22 1963 while Singapore and North Borneo (which was renamed Sabah) unilaterally declared independence from the United Kingdom on August 31, 1963, thus coinciding with the sixth anniversary of the Malayan independence.

Beginning year 2010, September 16 is a federal public holiday.[2] It coincides with the birthday of the Yang di-Pertua of Sabah.

Begitu lah serba sedikit penerangan mengenai hari Malaysia, jadi sekurang2nya boleh kita terangkan kepada anak2 kita nanti...ini juga sebagai rujukan umi buat anakanda umi nazirah dan ahnaf akan datang...

Hari ini umi nak kongsi resepi lontong, salah satu resepi orang johor dan kegemaran umi dan adik bongsu umi, yang dimakan dengan kuah kacang atau sambal bilis


Jom Cuba : Lontong

Apa yang diperlukan?

Nasi Impit - rebus dan sejukkan
Telur - direbus dan dikupas kulitnya

Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup - umi guna kunyit serbuk
  • 100gm udang kering - rendam dulu biar lembut
  • 2 inci belacan

Bahan Lain
  • 1 kiub ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • 200ml santan
  • Air secukupnya

Bahan Sayuran
  • 5 tangkai kacang panjang - potong 1 inc
  • 200 gm kubis - dihiris kasar
  • 3 keping tauhu lembut - dipotong dan digoreng
  • 2 keping tempe - potong dadu dan digoreng
  • 200gm suun - rendam hingga lembut
  • 1 batang lobak merah - potong memanjang
  • 5 biji cili merah - dipotong serong
  • 3 biji kentang - dipotong memanjang

Jom Cuba!

  1. Tumiskan bahan kisar dgn minyak hingga naik bau.
  2. Setelah terbit minyak masukkan santan. Masak dan biarkan hingga mendidih (kacau selalu supaya santan tak pecah minyak)
  3. Masukkan kuib ikan bilis dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan bahan sayuran, mulakan dgn kacang, lobak merah, kentang, tempe, tauhu, suun dan kubis. Biar hingga masak.
  5. Hidangkan bersama nasi impit dan telur rebus. Umi makan dengan sambal ikan bilis atau sambal kacang.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan dan Seribu Kemaafan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, bertemu jua kita dengan bulan yang penuh rahmat dan berkat ini...pertamanya umi ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 umi sekalian kerana dah lama umi tak jenguk atau pun update blog ini. umi juga mohon ampun sekiranya ada salah silap umi dalam syok sendiri menulis...Sebenarnya umi telah menjalani pembedahan kecil dan memerlukan cuti sakit selama sebulan...untuk itu, mungkin umi akan bercuti panjang dari blog atau sehingga di izinkan Allah....


Doakan kesihatan umi cepat pulih....ampun dan maaf sekali lagi sekiranya ada yang terguris hati atau perasaan....selamat juga menjalani ibadah puasa dengan penuh hati...

Akhir kalam, cuci mata dan salin la resepi dari majalah rasa bulan ogos 1011 ni...semoga kita berjumpa lagi....

Jom Cuba : Kek Lapis Sanwic


Apa yang diperlukan?
  • 250 gram tepung bersebuk penaik - diayak
  • 1/8 sudu teh garam - diayak
  • 250 gram marjerin- umi guna mentega
  • 250 gram gula kastor
  • 5 biji telur
  • 1/2 teh esen vanilla
  • hirisan strawberi segar secukupnya - umi tambah untuk filling
  • 3 sudu makan jem strawberi digaul dengan 3 sudu makan air masak - untuk filling

Jom cuba!
  1. Pukul marjerin dan gulan hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Nota umi : Selepas masukkan sebiji telur, pukul lama sedikit supaya sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak, gram, dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar. Bakar pada suhu 170 darjah sehingga masak.
  5. Setelah masak, sejukkan dan keluarkan dari loyang.
  6. Potong kepada 3 bahagian. Sapu setiap lapisan dengan filling. Susun dan lapiskan semula. umi susun hirisan strawberi segar.
7.Sejukkan sebelum potong dan dihias.


Monday, May 30, 2011

Marilah kita bantu Adik Nurzihnirah

Assalamualaikum, umi dapat email dari ustaz di surau rumah umi..dia mohon umi panjangkan kepada sesiapa yang dapat membantu..mohon tolong panjang2 kan...sesama2 la kita membantu ..setakat kita mampu...



Tuan,Puan, Encik, Cik yg dirahmati Allah.

Maaf ganggu. Cuma ingin berkongsi ttg satu perkara sahaja. Sabtu lps (28/5/2011), sya brksempatan mnziarahi adik Nurzihnirah, anak kpd sepupu sy di hospital temerloh. Adik Nurzihnirah binti Zuhdi ni asalnya dimasukkn ke wad selama 12hari krna masalh prnafasn. Tp swktu discharge, beliau disyaki trkna penyakit Methocondrian liegth. Pnyakit ni dikatakn brpunca drpd faktor genetik yg brlaku hnya kpd pasangn suami isteri yg kahwin dgn sdra rapat ie. sepupu. Wlbgmnapun ianya jg blh brlku kpd pasangn lain tp nisbahnya amat kecil ie. 1:10,000 stiap psgn. Bahaya pnyakit ini adalh klau x dihalang kuman boleh merebak ke seluruh tubuh &musnahkn sel otak. Utk mklmn, pnyakit ini jg tlh dihidapi oleh arwah kakaknya hgga mnemui ajal smsa brumur 7bln. Sy sndri hnya boleh brjmpa dgn bapanya krn adik Nurzihnirah br sdr dr koma &dirawat di ICU. Pilu rs hati krna dlm usia 5bln trpksa mghadapi dugaan yg maha berat. Sy jg amat brsmpati kpd ibubapa adik Nurzihnirah. Selain drpd ibunya yg xbkrja, bapanya hnya brpndapatn kecil kerana bkrja sbg buruh dgn majlis prbandaran bentong. Tujuan
posting sy ini adalah utk brkongsi penderitaan yg sdg dihidapi oleh adik nurzihnirah mana tau ada shabat2 yg brkelapangn sudi utk mnunjukkn kperihatinan dgn mnghulurkn sokongn kpd beliau. Ibu & bapa adik ini boleh dihubungi mlalui talian 0133325273 (zuhdi) & 0196045834
(norizan).

Jika ada yg ingin mnyumbang dr sudut kewangn sy brsedia utk mnjadi org tgh.
No akaun sy: SYAHRUL NIZAM ZAHARI -
06028020293110(B.ISLAM),164052424051(MAYBANK), 16423600044557(RHB).
Smg Allah mmbalas sgla jasabaik sahabat2 semua. Amin.. Cuma hrp bgtau sy klau ada mskkn duit. No.hp sy: 0199807804.

PS:
1. Pasangan ibubapa adik Nurzihnirah ni bukanlah kahwin sepupu tp mreka ditakdirkn mnjadi pasangan yg 1 dlm 10,000 tu. Smg mereka tabah & redha ats ketentuan dariNya.
2. Inisiatif fund raising ni adalah atas kemahuan sy sndri (BUKAN atas permintaan ibubapa Nurzihnirah) sbb sy tak dapat melakukan hal yg sama utk arwah kakaknya dulu.
3. saya brcadang utk selesaikan fund raising ni dlm tempoh seminggu ni sbb cadang nak balik temerloh skali lg mggu depan smbil2 memenuhi undangan walimatul arus dll. Kalau bagi lps tu pun, sy cubalah utk smpaikan nnt, insyaAllah.

Regards,

SYAHRUL NIZAM ZAHARI
Islamic Banking
OSK Investment Bank Berhad
D/L : (603) 2333 8586
Fax : (603) 2163 2950

Monday, April 25, 2011

Apa Dosa Mereka? Mereka kan Ahli Syurga...


Salah satu berita utama di Harian Metro ialah mengenai mayat seorang budak yang dijumpai dalam beg. Apa la dosa seorang budak yang baru sahaja setahun lebih hidup di dunia ini. Mereka kan Ahli Syurga dan amanah yang dikurniakan kepada ibu bapa. Sampainya hati buat macam tu..Ramai diluar sana yang terlalu inginkan cahaya mata tetapi yang diberi anugerah...mensia-siakan..umi bukan kata semua tapi sekarang ini semakin menjadi2..belum lagi cerita bayi2 yang dibuang terus sejurus dilahir kan..apa dosa mereka?

Pepatah kata melayu : Berani buat, berani tanggung tapi hakikatnya hanya berani buat tapi tak sanggup nak tanggung..kenapa masa berani buat tu...tak fikir habis2...sekarang ini zaman teknologi dan media canggih..banyak dipertontonkan akibat dari 'BERANI BUAT' ini tapi golongan tersebut seakan buta...seoleh tiada apa yang akan berlaku...renungkan la...di dunia mungkin terlepas...tapi di dunia selepas ini...Wallahualam

Doa perlindungan untuk anak-anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

Wednesday, April 13, 2011

Tabahnya Wanita Ini

Aku...kehidupan ku tidak menarik cuma aku pernah melalui saat2 yg membahagia dan saat2 yang paling getir..kini aku sedang belajar dari segala kesilapan..untuk menjadi insan yang benar2 tabah dan berjaya dalam hidup. Hati ku kini sedang dimiliki dan tiada siapa pun yang boleh memisahkan ku dari tiga insan ini..Ameer, Putri & Firdaus

Sayu dan tersentuh hati umi bila baca kisah2 blogger ini, setelah berpisah dengan suami..dia amat2 tabah membesarkan 3 orang anak yang masih kecil..hendak beli bateri kereta untuk keperluan pun dia terpaksa menjual barang2 di dalam rumah..dengan keadaan anak2 tersayang yang masih belum mengerti tapi memahami...terlebih lagi semuanya berlaku kerana orang ketiga...luahan hatinya...

Pelbagai rintangan saya lalui sendiri. Airmata jika dikumpul akan terbina sebuah tasik…
pelbagai halangan saya hadapi..mmg sukar pada mulanya..
sebenarnya sukar kehidupan saya sebelum awak talakkan dan selepas awak bermain cinta dgn perempuan itu.

Dari keperitan mengandung, smpi melahirkan..hinggalah Anak kita boleh bertatih
Sy hadapi sorang2…sy cuba tidak utk mengalir airmata…
Sy gagah berdiri utk kegembiraan anak2 kita…
Sy cuba sangat…tidak terlalu mengikut perasaan yg terluka..
Sy cuba rawat luka itu
Sy hentikan pendarahan dgn sendiri,
Sy balut sendiri

tak terkata bila baca rintihan hatinya..semoga Allah memberikan ketabahan dan umi percaya dia mampu menghadapinya..

Antara barangan untuk dijual

Tuesday, April 12, 2011

Jom join bloglist frommetoyou


Jom Join bloglist ni...untuk tambah kenalan dan jalinkan ukhwah
umi tag :

Tuesday, April 5, 2011

"Contest Lumayan Teka Bunga Blogger Shakiddo"


A) Apakah nama BUNGA gambar di atas?
Jawapan : BUNGA POKOK "Duit-duit"


B) Anda kena LINKkan juga salah seorang SPONSOR HADIAH iaitu hazmanfadzil.com - saya follower dan dah link kan
C) Soalan pemutus seri. Apakah 3 digit terakhir bagi RM1 di bawah. 3 digit tersebut adalah sama! jawapannya: "000 atau 888"
Cincin tu, tanda duit ni aku punya

Monday, April 4, 2011

The Malay Chronicles: Bloodlines (Hikayat Merong Mahawangsa)


Umi dan suami dah pergi tengok cerita ni minggu lepas..best dan menarik...cerita melayu yang umi rasa tak rugi pergi tengok di wayang..tahniah kepada KRU dan semua yang terlibat...



sedikit maklumak dari website KRU
Genre:
Action / Epic
Status:
Coming Soon
Director:
Yusry Abdul Halim
Language:
English

Cast:
Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert, Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman,
Ummi Nazeera,
Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam,
Ravi Sunderlingam


ini penerangan mengenai cerita dalam versi bahasa inggeris:

Based loosely on the 16th century historical document entitled ‘The Malay Annals’, ’The Chronicles of Merong Mahawangsa’ is an action-packed epic feature film, with mythical characters, magical moments and dazzling visual-effects sequences. Merong Mahawangsa was a descendant of Alexander the Great, a renowned naval captain and traveler who came to Asia several hundred years ago.

The year is 120 AD… a time when the Roman Empire is at the height of its power, during the reign of Hadrian – one of the Five Good Emperors. Meanwhile in China, the Han Dynasty is firmly cemented as the ruling empire and is expanding into Central Asia… one hundred years before the period of the Three Kingdoms. As the Roman fleet did their repairs and traded in Goa, they asked Merong Mahawangsa to escort a Roman prince to Southeast Asia, to wed a beautiful Chinese princess from the Han Dynasty. The Chinese princess and the Roman prince are supposed to meet halfway and be married on neutral grounds.

However, the pirate nation of Geruda had other plans. They decided to kidnap the Chinese princess and use her as ransom. En route to the Straits of Melaka, Merong Mahawangsa’s fleet was attacked by Geruda’s forces while stopping at a small island to replenish supplies.

Will Merong Mahawangsa be able to rescue the Princess and re-unite her with her betrothed in a marriage that is set to bring together two great civilizations from the East and West ?

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


Umi nak join....sapa lagi nak join? JOM KLIK SINI

Thursday, March 24, 2011

ANGGUNNYA WANITA BERHIJAB CONTEST


1. ade blog sendiri....jangan tumpang blog orang lain yer..hehe...
ada...

2. letakkan gambar cikyuz yang kat atas ni....xcomey pun,tapi letak je la kan..sebagai syarat : )
comel la cikyuz...

3. nak follow sayer atau x, terpulang...xpaksa...tapi susah sketla kalau xfollow, mcm mane nak tau update terbaru pasal contest ni kan....??name pemenang akan disiarkan selepas tamat contest ni..dalam blog ni jugak : )
dah lama umi follow cikyuz


4. letakla gambar korang bertudung

umi dah letak

5. cite sket sejarah pembabitan korang dalam bertudung ni..hehe....dan kenape korang bertudung? xde limitation jumlah perkataan.. :)
Sejarah bertudung dari sekolah rendah lagi sebab minat dan tengok semua orang bertudung, ibu cakap 'orang perempuan kena pakai tudung, baru cantik'. masa tu tak tau pasal lain kecuali dengar perkataan 'cantik', rasa seronok sebab tau kita kurang cantik.

2. tag 3 orang kawan2 korang untuk join contest ni....jangan lupe lak gtau diorang...

ok...umi tag kawan2 kat facebook dan masukkan link ke contest ni...
1. kak su
2. watie totie
3. nanie

Thursday, March 17, 2011

GA Just For Fun 2

Umi nak cuba nasib dan mana la tahu kalau boleh menang....wish me luck

All this for one lucky follower...of Kelly


ha kalau nak hadiah2 yang menawan kalbu ni, jom join di
Pink Shopaholic World ( http://pinkshopaholicworld.blogspot.com/ )
syaratnya mudah : mesti follow dua2 blog ya:)

GIVEAWAY WARNA-WARNA PELANGI


Ok la untuk warna-warna pelangi, umi nak kongsikan hadiah dari kawan opis yang dah pun bertukar kerja memandangkan jawatan yang baru adalah jawatan tetap. hadiah ini diberi masa balik dari bercuti bulan madu di pulau pangkor dan sempena hari lahir umi pada tahun lepas. hadiahnya ialah keychain yang warnanya warna pelangi...

Kenapa umi dihadiahkan keychain? jawapannya sebab umi suka kumpul atau koleksi keychain di opis. kebanyakan keychain adalah hadiah dari keluarga atau kawan-kawan. kawan umi cakap, hadiah yang paling mudah untuk umi dan murah..tanda ingatan. ada juga kawan yang mengusik cakap, tunggu habis projek, nampaknya penuh la dinding umi dengan keychain..hehehe...gambar kat bawah adalah antara koleksi keychain yang umi ada.


Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive