Wednesday, January 21, 2015

Kuey Teow Sup SEDAP...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Baru masuk minggu kedua persekolahan..umi dha pening fikir menu yang anak2 umi suka untuk makan tengahari...memandangkan anak2 umi suka makan kuey teow.. dan sup..umi google la resepi kuey teow sup terbaik... mesti ada yang kata aik..masak sup pun nak search resepi ke? umi suka nak masak sesuatu yang lain dari biasa... dan yang penting ringkas dan sedap... 

alhamdulillah bertambah-tambah anak umi makan...bagi yang suka ringkas dan sedap..boleh la cuba resepi dari missfarah ni..tq missfarah...cuma untuk anak2 umi, umi skipkan bab cili padi dan umi asingkan untuk umi makan...lebih uummmppphhh...

Resepi : Kuey Teow Sup SEDAP... 

Bahan-bahan ( 5 orang makan )


  • 1 bungkus kuey teow
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 15 tangkai cili api - ikut pada selera kepedasan memasing (ditumbuk)
  • 2 ketul ayam (untuk perencah) ikut berapa banyak la nak letak- umi ganti dengan hirisan daging
  • 2 batang saderi (potong kecik)- umi ganti dengan lobak merah
  • 2 keping tauhu putih
  • sayur sawi- umi letak sayur kubis
  • fishball
  • sos tiram (ikut pada selera memasing) kalau saya mybe letak dalam 5-6 sudu jugak
  • garam
  • daun sup dan daun bawang- tak letak

Cara-cara


  1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebentar sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan sos tiram, kacau dan biarkan sebentar.
  4. Masukkan fishball, tauhu putih dan batang saderi. Kacau lagi hingga sebati ngan bahan2 yang lain.
  5. Masukkan air dan biarkan hingga menggelegak. Kemudian masukkan sedikit garam.
  6. Bila dah menggelegak, masukkan kuey teow dan sawi.
  7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.
  8. Kandungan bahan2 tu sebenarnya saya pun tak berapa sure sebab selalu main campak2 je..kalau orang dah biasa masak tahulah nak ejas mcm mana..sorry kalau ada yang tak faham..
  9. Selamat mencuba.


Related Posts:

  • Sup Tulang AdabiAssalamualaikum dan selamat pagiLama betul umi 'cuti' berblog..hehe, tengah ambil mood baru sempena tahun baru islam...tapi bila lama cuti ni, mula penyakit M makin menjadi-jadi..bila pikir2, ish tak boleh jadi ni...tak baik … Read More
  • Stew Daging Chef HanielizaAssalamualaikum dan salam sejahteraDah makan? hari ni umi masak bekal 2 in 1...kenapa 2 in 1? Haaaaa.....bukan air segera je ada 2 in 1 tapi umi masak untuk bekal di makan sarapan dan tengahari....umi masak stew daging untuk … Read More
  • Sup Tulang Untuk Kuah Bihun dan SebagainyaAssalamualaikum dan selamat pagiPanjang tajuk entry umi pagi Jumaat yang barakah ni kan? umi cuma ikut tajuknya dalam buku warisan dari ibu umi iaitu Medan Selera oleh Hj Ahmad bin Yaakub Al-Johori. Buku ini ditulis semula ke… Read More
  • Ikan Tenggiri Masak AsamAssalamualaikum dan selamat malamApa khabar? Alhamdulillah, umi sekeluarga dah beransur sihat setelah demam, batuk dan selsema melanda minggu lepas...sesekali kita diuji dengan kesakitan agar kita lebih dekat pada-Nya...seper… Read More
  • Sup Kentang dan Garlic BreadAssalamualaikum dan salam sejahteraHari ni keputusan UPSR akan diumumkan..mesti bukan saja adik2 yang ambil keputusan yang berdebar2 tapi ibu bapa atau penjaga pun berdebar, eh cikgu pun berdebar jugak tau... cikgu berdebar m… Read More

10 comments:

Saffuan said...

aduh sedapnye, mana la nak pergi cari kue teow sup petang2 ni... T_T

Sweet red cherry said...

sedap menu ni..memang best layan sup cuaca sejuk skang ni..

umi's cup cake said...

boleh cari la Saffuan banyak kat kedai

umi's cup cake said...

memang syok wana..

Anna Qawina said...

Aslmkm puan tanah..amboi menge'sup' lak dia..haha

zila norazila said...

salam ummi
amboii..zila suka buh cili jeruk ..wahh mabless

umi's cup cake said...

waalaikumsalm kak anna..sup je..tak macam kak anna yang ada macam2

umi's cup cake said...

salam zila,
umi pun suka kalu ada cili jeruk tapi maleh nak buat..hihi

Unknown said...

Dh try..alhamdulillah anak suka.terima kasih sbb kongsi resepi

5689 said...

zzzzz2018.8.14
ray ban sunglasses
polo ralph lauren outlet
dsquared2
michael kors handbags
nike factory outlet
nike shoes
jordan shoes
ralph lauren outlet
coach outlet online
ugg boots

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive