Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Friday, November 21, 2014

Agar-agar Merah2 Delima

Chorus (Lagu Putih Putih Melati - ST12)
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Siapa yang tak tahu lagu ini..angkat dagu..hihi..kebanyakan anak muda tapi umi dah tua ya.. memang tau dan sinonim dengan lagu ini.. anak2 umi lagi la... betul lirik lagu ini.. Siapa yang baik hati, Pastiku terima... semua insan impikan yang baik2 dan yang positif dalam hidup kan...
Hari ini umi bukan nak cerita pasal buah delima yang merah ya tapi nak habaq pasal kuih atau agar2 atau lengkong.. yang klasik dan amat diminati dari dulu, kini dan selamanya..cewahh... tak pernah jemu.. zaman dahulu lengkong ini selalu dapat makan di majlis2..sekarang banyak kuih moden dah mengantikan.. umi buat ini sebab keluarga umi suka sangat..sekejap je licin tau... siapa yang nak cuba, boleh la ikut cara kak Azie Kitchen..

Kalau nak guna agar2 serbuk pun boleh..ikut keselesaan masing2...kita buat dia kan.. Selamat mencuba..


Agar Agar Sirap Ros

Bahan bahan:
20 gram agar-agar bertali 
230 gram gula atau secukupnya
4 mug air
1 helai daun pandan
Sedikit gula batu, jika suka
Sedikit sirap ros
Sedikit pewarna merah, jika suka

Cara cara
Masak agar agar dgn air sehingga agar agar hancur. Kemudian masukkan gula secukup manis dan kacau hingga adunan larut dan sebati.

Masukkan pati sirap dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih.

Tapis dan tuang ke dalam loyang/bekas agar agar yang telah dibasahkan terlebih dahulu.

Sejukkan seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

Thursday, November 20, 2014

Puding Jagung Kastard Banjir

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Musim tengkujuh datang lagi..ada beberapa kawasan telah pun dinaiki air...minggu ini juga merupakan minggu terakhir cuti sekolah.. harap2 anak2 semua berhai-hati..jangan main air banjir..takut bahaya mengundang nanti..nauzubillah..mohon jauh semua tu...
Tapi kalau nak makan Puding Jagung Kastard Banjir ni tak pe...makan berulang kali pun boleh... kenapa banjir? hihi... Nampak tak gambar yang diatas tu..kan ke banjir dengan kuah koktail.. sesekali nak gempak la konon... nak promo blog pun iya jugak..hihi.. ok lah..bagi ibu2..resepi ini digalakkan di cuba memandangkan musim hujan ni..perut selalu menyanyi lagu keroncong... kalau nak makan puding jagung sahaja tanpa kuah pun boleh..penyediannnya mudah dan cepat...In sya Allah puas hati..terima kasih kak Ana Elianas dan Kak Madihaa.. sayang ketat2...
 
PUDING KASTARD JAGUNG

Resepi : Ana Elianas


Bahan-bahannya:-

1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad

Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
 
 
Untuk kuahnya umi cuma tambah sendiri...
 
Bahan2 Untuk Kuah: 

1 tin susu cair
1 tin buah koktail campur
1 tin air (guna sukatan dr tin buah koktail juga) 

Cara-cara: 
  1. Masak susu dan air dengan api yg perlahan sampai didih. 
  2. Masukkan buah koktail dengan air gulanya sekali. 
  3. Biarkan kuah mendidih. 
  4. Tutup api.
  5. Sejukkan dahulu dan kemudian masukkan dalam peti ais. 
Resepi Puding Jagung Kastard Banjir ;-
  1. Potongkan puding jagung dan isikan di dalam mangkuk. 
  2. Tuangkan pula kuah koktail sehingga 3/4 dari paras puding jagung. 
  3. Puding Jagung Banjir boleh dinikmati.

Tuesday, April 1, 2014

Biskut Masin Cheese Lapis



Assalamualaikum dan selamat petang

Hari ini sudah hari yang ke 25, pesawat MH370 hilang... hati meruntum untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku..bukan mudah untuk ahli keluarga serta sanak saudara menghadapi.. seluruh rakyat terasa akan kehilangan ini... hanya doa mampu dikirimkan agar segala persoalan terungkai.. selagi bukti belum ditemui..selagi itu, hati mengharap...

Doa Hilang Barang

Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah. - kredit kepada blog http://ikhwanzhaki.blogspot.com... untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini

berbalik kepada resepi hari ini sebenarnya telah lama dalam simpanan umi tapi baru buat hari Ahad yang lepas... resepi mudah hasil perkongsian Cara mudah buat kek yang di kongsikan pada 22 Feb lepas... bagi pengemar cheese, resepi ini mesti dicuba..sangat mudah dan kepuasan dalam setiap suapan...in sha Allah terasa cheesenya... nikmati rasa sejuk dan nyaman hingga ke suapan terakhir.. jadi, tunggu apa lagi..meh la cuba...

Resepi : Biskut Masin Cheese Lapis

Bahan2nya:
A
250g cream cheese
1/2 tin / 250g susu pekat

B
1 paket biskut masin (saya guna Golden cracker Julie's)

C
Oat / nestum
# saya guna dua2 sekali (Quacker oat with cereal)

Biskut Oreo hancur secukupnya - umi tambah

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang false bottom pan segiempat bersaiz 8 inci, supaya mudah untuk keluarkan dari acuan nanti. Alaskan dasar loyang dengan plastic wraper.

2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Ketepikan.

3. Susun biskut dengan kemas dalam loyang.


4. Sapukan rata adunan cheese sedikit atas biskut yang disusun tadi. Taburkan dengan bahan C.

5. Ulang semua proses tadi hingga biskut & bahan C sehingga adunan cheese habis. Tutup dan sejukkan 1-3 jam atau semalaman baru dipotong.


Monday, February 10, 2014

Puding Susu Trio - Happy Birthday Shafinaz

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah...dapat jua update blog ini..hihi.. Semalam hari Lahir jiran umi, Shafinaz...seorang ibu yang berperwatakan ceria dan manis orangnya... ibu kepada 3 ornag cahaya mata ini juga seorang kapten...wow...jangan tak percaya...petang semalam ada sedikit makan2 yang shafinaz buat secara tetiba.. demi jiran2 macam umi ni la..hihi...
oleh kerana masa yang agak singkat... umi cuma sempat sediakan puding susu trio ni je..
warna puding pun umi ikut apa yang ada di dapur rumah umi.. macam sesuai je..macam kena je dengan warna pada kek indulgence shafinaz tu kan...love2 lagi... seronok sangat..bukan hanya makan2 tetapi iktan kejiranan di sini...Alhamdulillah... bagi yang ingin mencuba puding susu trio ni...umi tuliskan buat semua...
Resepi :-Puding susu Trio
Oleh : umi's cup cake

Bahan Lapisan Susu :
10 gm agar-agar serbuk

700 liter air
250 gram gula
250 ml  susu segar
Beberapa titis esen vanila

Caranya :-
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
4. Biarkan di atas api perlahan sementara dituang.

Bahan Agar² Berwarna :- 

20 gm agar-agar serbuk
1400 liter air
500 gm gula

500 ml susu segar
Pewarna makanan yang disukai (2 jenis warna)

  1. Cara-Cara :Masak agar-agar bersama air hingga agar² larut. Masukkan gula dan kacau perlahan hingga gula larut. Bahagikan dua bahagian dan masukkan sedikit saje pewarna pink ke dalam satu bahagian dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.
  2. Biarkan agar agar selebihnya di dalam periuk dengan api yang kecil. Letak pewarna.
Cara Melapis ;-  
1. Basahkan loyang. Dengan perlahan-lahan, tuangkan aduanan warna pink dalam loyang atau acuan yang digemari. Sejukkan sehingga agak keras.
2. bila sudah mengeras, ambil garpu dan cakarkan permukaan atas puding. Tuang dengan perlahan adunan lapisan susu. biar mengeras lagi.
3. Buat lagi langkah yang sama untuk aduanan warna hijau pula.Bekukan dan boleh dimasukkan dalam peti ais. Hidang semasa sejuk.
 
* Nota * Bila lebihan agar² susu seakan nak pekat, bolehlah tenggekkan lagi atas api sebentar.
 
 

Thursday, January 16, 2014

Puding Roti Wholemeal Sos Kastard

Assalamualaikum dan selamat petang
Alhamdulillah...akhirnya ruyung dapat dipecahkan..penyakit M dan sibuk dapat diatasi... Entry pertama tahun 2014...terukkan umi ni...hihi... semoga ikatan persahabatan kita di alam maya ni tak putus ya semua sahabat umi..terima kasih kerana masih sudi datang jenguk blog umi yang tak seberapa ni... umi mulakan entry pertama ini dengan perkongsian resepi puding roti wholemeal sos kastard...sesuatu yang manis untuk permulaan tahun 2014 yang manis in sya Allah...
Umi dan keluarga kecil umi makan dengan limpahan ais krim oreo...bertambahlah manisan dalam suapan...cuma ada batasannya...makan kongsi2 lebih berkat dan nikmat...hihi...ok la resepi ini umi ambil dari blog http://www.kujie2.com... terima kasih atas perkongsian ini..umi salin semula untuk rujukan masa akan datang...

Resepi ; Puding Roti Wholemeal Sos Kastard
Oleh : http://www.kujie2.com

Bahannya:-

Mangkuk A
  • 8 keping roti
  •  2 cawan susu segar
Carikkan roti dan rendam dengan susu 30 minit.

Satu bekas untuk roti yang direndam susu dan satu lagi campuran gula, butter, telur, tepung jagung dan esen vanila.

Mangkuk B
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • esen vanila
Pukul hingga sebati.
Campur kesemua bahan Mangkuk A dan B.  Boleh camput kismis, chip cokelat, buah-buahan seperti pisang, strawberry
Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 180°C
Biarkan sejuk.
Bila nak makan, hidangkan dengan sos kastard.


Cara Buat Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu tepung kastard
Kacau semua bahan di atas api sederhana sehingga pekat.  Ikut suka nak pekat macam mana , saya suka yang agak pekat berbanding sos kastard yang cair dan ringan.

Tuesday, September 10, 2013

Tempahan Puding Hantaran, Nasi Miyak dan Kek Buah je...

Assalamualaikum dan selamat petang...
Alhamdulillah..rezeki minyak naik 20 sen...hihi...makin suam-suam kuku dan makin banyak sawang kat blog ni kan... bukan umi tak buka..buka setiap hari tapi masa untuk update tu agak terhad..(sebenarnya kering idea..hihi)... hari ni pula, umi nak cerita pasal tempahan oleh jejiran rumah umi dan rakan2 opis umi...kira macam biznes sambilan...
Jangan betulkan cermin mata ya...memang puding hantaran ini warnanya biru...kira biru mata hitam ku la ni...ikut tema keluarga dan hantaran yang ditempah oleh keluarga pengantin...Alhamdulillah, sahabat umi berpuas hati... lega rasa hati macam tu... jangan lupa untuk tempah lagi ya...
Yang kedua adalah kek buah... untuk minggu lepas, umi terima tempahan 5 buku kek buah... 2 untuk opis, 2 untuk Kak Rohani (jiran Umi) dan 1 untuk Kak Ida (juga jiran umi, hihi)... seronok dapat buat kek buah ni..kek buah tanpa telur dan gula...jimat telur dan gula la kiranya... yang berpantang makan telur, boleh la makan kek buah ni dengan senang hati... nak tempah? boleh area Gombak dan seangkatan dengannya ya..kawasan KL yang lain akan dipertimbangkan..hihi...
Yang ketiga adalah tempahan nasi minyak oleh Kak Yang Asiah untuk majlis merisik di rumahnya... first time buat untuk tempahan membuatkan hati umi berdebar... Alhamdulillah bak kata Kak Yang, nasi ni yang abis dulu walaupun banyak makanan sampingan lain seperti soto nasi, sate, bihun sup, manisan dan lain-lain...
 Ini pula acar yang digandingkan untuk dimakan dengan nasi minyak di atas...
Semua rezeki itu datang dari Allah, terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dengan saya... Alhamdulillah...

Wednesday, August 28, 2013

Puding Jagung Koktel

Assalamualaikum dan selamat pagi
 
Apa khabar semua sahabat umi? macam mana dengan pagi ini..semoga ceria dan dirahmati Allah selalu... sekarang ni masih ada lagi yang memenuhi jemputan rumah terbuka dan opis terbuka juga kan..meriah dan seronok gitu....Disamping itu, meriah juga tengok rumah dan kereta berhiaskan bendera Malaysia...
Seronok anak2 umi bila tengok kereta macam tu...masa ambil dari rumah pengasuh pun becok mulut tunjuk semua rumah yang ada bendera...pastu, minta rumah umi pun ada bendera...macam2 la kan anak2 umi ni..hehe.. ok la hari ni umi cuma nak kongsikan resepi yang sangat simple...puding jagung berkoktel...asalnya hanya puding kagung tapi gatal nak tambah koktel...hehe...umi ambil dari Dapur kak Madihaa yang disayangi..untuk versi kak madihaa..klik sini...terima kasih kak sebab sudi berkongsi rasa....selamat mencuba

PUDING KASTARD JAGUNG

Resepi : Ana Elianas
Sumber MaDiHaA aka Ratna


Bahan-bahannya:-

1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad 
1 tin buah-buahan Koktel - ambil buah sahaja...(umi tambah)

Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3.
Masukkan buah-buahan koktel. Kemudian masukkan adunan jagung ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.

Friday, June 7, 2013

Puding Roti Kak Aida & Blogger ELC


Assalamualaikum dan Selamat pagi
Apa khabar sahabat umi? pejam celik..pejam celik..dah hari Jumaat dan penghujung cuti sekolah... minggu depan..mula la rutin harian seperti biasa... apa yang bermula, mesti ada akhirnya... setiap pertemuan, mesti ada perpisahan... begitu juga dengan budpraktikal di ofis umi... hari ini merupakan hari terakhir praktikal di sini..jadi semalam kami satu ofis, berpakat untuk membawa makanan..apa orang kata tu 'potluck'...

 Antara menu yang ada ialah Nasi kerabu, agar-agar pelangi....
  Sate ayam dan daging
 Kek cawan Baldu Merah
 Kuih Kaswi
  Kuih Ketayap dan Cara Manis
 Kuih Talam
 Dan yang paling sedap, Puding Roti Kak Aida
Kunjungan serta langkah kanan, rakan yang pada mulanya umi kenal di blog dan tak sangka rupanya dulu sebelum umi pindah di sini...Blogger ELC adalah kakitangan di sini... Kecil betul dunia ini kan... Akhirnya dapat juga ambil gambar bersama...Ini membuktikan bahawa Enginner juga pakar memasak... dan seorang lagi Blogger yang umi akan kongsikan resepinya ialah Blogger Dari Dapur Ibu aka Kak Aida.. mohon share resepi puding roti ya kak aida (yang tersenyum malu tu).. selain berbakat memasak, Kak Aida juga berbakat menjahit....
Resepi : Puding Roti Kak Aida
Oleh : Rohaida

Bahannya:-
4 @ 5 keping roti - disapu marjerin
2 cawan susu segar
4 biji telur
4 @ 5 sudu besar gula
kismis secukupnya
1 sudu kecil esen vanilla

sos :-
whipping cream
Air secukupnya
sedikit gula

Caranya:-
  1. Pukul telur sampai kembang, masukkan gula dan esen vanilla.
  2. Masukkan 2 cawan susu segar dan koyak-koyakkan roti kedalam bancuhan
  3. Masukkan kismis boleh dibakar didalam oven yang dialas air dibawahnya.
  4. Gunakan api 180 darjah c.bakar dalam masa 40 atau sampai bila dicucuk puding tidak melekat.

Untuk sosnya :- whipping cream dicampurkan dengan air dan gula, masak atas api yang perlahan. selamat mencuba.....

Friday, May 31, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum dan Selamat pagi
Ada khabar gembira iaitu jiran Umi, Shamsiah telah selamat melahirkan seorang putera semalam setelah mempunyai 3 orang puteri... Alhamdulillah... bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W... penantian seorang anak lelaki amat mengembirakan jiran umi... sempat juga lah Shamsiah makan puding karamel yang dia teringin sangat sebelum bersalin... umi belum pernah buat puding karamel tapi bila mendengar yang shamsiah terpaksa pergi beberapa tempat pun tak jumpa...
Comel kan baby boy ni
umi pun google la resepi yang tak ada telur memandangkan hari sudah malam dan kebetulan semua telur ayam telah habis umi gunakan untuk buat kek...tapi janji Allah, rezeki tetap rezeki kan? dapatlah shamsiah makan sebelum bersalin... lega rasa bila katanya puas makan... takut juga tak menjadi.. respi umi ambil dari Teratak Mutiara Kasih... Terima kasih atas perkongsian ini...

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber: Lina pg
Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

  • 2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan B (Puding)
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3sb  tepung kastard
  • 1 suk esen vanilla
Cara-cara
  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais

Friday, April 26, 2013

Simple Tiramisu

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Eh..pagi2 lagi umi dah tunjuk sesuatu yang mengemukkan ni...ish...ish..ish.. terukkan umi ni...hehe..Apa khabar semua sahabat umi? Dah sarapan ke belum... ambil lah sarapan walaupun sedikit.. alas perut pun tak mengapa... tak gemuk la..lain la umi ni haa... makan sarapan tak ingat dunia... penuh pinggan...alasan umi, lapor la....hehe...
Hari ini umi nak kongsi resepi Kak Nor secubit garam.... resepi tiramisu simple sebab suami umi suka sangat makan tiramisu malam2... tak puas makan katanya... lagi pun bila balik dari surau malam... makan tiramisu yang dingin di tekak ni memang mengasyikkan... tak sedar dah termakan banyak...dan yang paling best, dah TERtambah lemak yang ada...hehe... yang ini umi tak boleh tolong...sendiri ingat la ya...ok la, meh tengok resepi mudah sangat ni...


Resepi : SIMPLE TIRAMISU  
Oleh :  K.E MyR
sumber: HanaMemories & Kak Nor secubit garam

Bahannya:
1 biji sponge kek atau apa2 kek ~ k.nor guna biskut tiramisu
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Caranya:
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. Then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  8. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Thursday, December 6, 2012

Agar-agar Bandung Cincau

Assalamualaikum dan selamat petang
Bismillah hirahman nir rahim...akhirnya ruyung telah pecah dan umi dapat update blog setelah sekian lama dan halangan demi halangan ditempuh...apa khabar semua sahabat umi? Umi selalu doakan agar semuanya sentiasa di dalam rahmat Allah...Alhamdulillah, rasa lega dapat masukkan entry setelah sekian lama dan dapat menghilangkan rasa bersalah setiap kali blog ini umi tatap... ada sedikit masalah teknikal yang impaknya besar untuk umi...sebenarnya kabel camera umi tertinggal di kampung...jadi macam mana nak update gambar jika tak boleh disambung..hehe
Kiranya yang akan diupdate adalah antara resepi tertunggak...harap maaf ya sahabat2 umi...yang penting, sharing is caring dan love... nilai pengkongsian itu lebih utama... ada berita gembira iaitu umi sekeluarga baru menerima ahli keluarga baru, adik bungsu umi selamat melahirkan bayi lelaki pada 3hb Disember 2012...alhamdulillah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad S. A. W....tak sabar nak balik kampung untuk melihat baby kyean, anak2 umi lebih teruja dan asyik bertanya bila nak balik ke kampung...seronok betul... hari ini umi cuma nak berkongsi resepi ringkas iaitu Agar-agar Bandung Cincau yang umi ambil resepi dari Nshafeareen...umi cari untuk menghabiskan cincau yang ada di dalam peti ais..terima kasih Nshafeareen dan mohon halalkan resepi untuk dikongsi...meh la tengok resepinya...


Agar-agar Bandung Cincau
Sumber : Nshafeareen

Apa yang diperlukan?
1 peket agar-agar serbuk
1 cawan gula(sy kurangkan sbb sirap kordiel Ros dah manis)
1 cawan sirap kordiel Ros (F&N)
1 tin susu cair/sejat
3 cawan air
1 peket kecik cincau - di dadu

Jom Cuba!

Dalam periuk satukan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula larutkan di atas api yg sederhana
Bila dah larut masukan susu cair dan sirap kordiel Rose
Kacau sebati dan rasa - kalau kurang manis tambah le sirap atau gula
Tutup api masukan agar2 bandung dlm acuan atau loyang, taburkan cincau yg didadu kedlm agar2 tadi dan sejukan

Monday, October 22, 2012

Milky Peach Pudding

Assalamualaikum dan selamat pagi
Diam tak diam, hujung minggu ini kita akan menyambut aidil adha... Bagi yang sedang menunaikan rukun Islam ke 5, semoga mendapat Haji yang mabrur... bagi yang berkorban ternakan pula, dah beri nama kepada yang sepatutnya? Kena cepat, sebelum terlambat....
ok la, hari ini umi nak tunjuk resepi puding yang sangat sedap dan nyaman di tekak bila makan... hasil intaian di blog kak Siti Delima iaitu Milky Peach Pudding...lebih terangkat bila makan dalam suasana hangat bila hampir nak hujan...sedikit bahang dan disejukkan dengan pudding yang memikat ini..umi gunakan buah pic dalam tin sahaja...sebab umi tak ada jumpa yang asli, dan umi dapat tau ia di tanam di negeri China seperti kata Wikipedia iaitu Pic (bahasa Inggeris:Peach), nama saintifiknya Prunus persica ialah pokok buah dalam order Prunus berasal dari China. Pic ialah pokok daun luruh yang membesar sehingga 4–10 m (13–33 ka) tinggi, tergolong dalam subfamili Prunoideae dalam famili Rosaceae.
Terima kasih kak Siti Delima atas perkongsian ini, izinkan umi panjang2 kan resepi ini...

Jom Cuba : Milky Peach Pudding

Apa yang diperlukan?
1 peket agar-agar serbuk (13g)
500 ml air
500 ml susu cair
200 ml gula (1 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 sudu kecil tepung jagung - bansuh dengan sedikit air
Buah pic dalam tin
Sedikit pewarna kuning 

Jom Cuba!
  1. Masukkan air, serbuk agar2 dan gula di dalam periuk besar dan biar sehingga mendidih.
  2. Tuang susu cair, esen vanilla dan biar mendidih sekali lagi.
  3. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati. Biar mendidih. Tutup api.
  4. Di dalam acuan, susun buah pic dan tuangkan agar2 tadi.
  5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais untuk membeku.

Wednesday, September 19, 2012

Puding Coklat Penambat Hati

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Mohon ampun kalau sampai kena sengetkan kepala...maklum la pro sangat masukkan gambar...inilah jadinya kan? hehe...dah makan tengahari? kalau sudah, mesti dah kenyang kan? Dah makan desert? kalau dah, boleh la buat masa minum petang... masa petang kan panas, boleh dinginkan tekak dengan sesuatu yang dingin sikit...macam puding Coklat Penambat Hati ni...umi culik resepi dari kak ummi kuantan...cuma bab kuah umi gunakan resepi yang umi selalu guna dan tak guna tepung kastard...kurang sedikit muak sebab pudingnya dah coklat kan....
lagi pun badan pun dah tembam sebab duk makan makanan yang sedap2 je... ikut sedap tekak..hehe...umi buat puding ni special untuk kakak ipar umi yang berkunjung semasa ujung syawal ari tu...umi jadi kan desert disamping brownies lapis cheese kukus dan stew daging... Alhamdulillah semuanya ada 'rasa' sebab takut terkurang rasa...ok la umi mohon kongsikan resepinya kat sini yang kak ummi, kalau ada yang nak kuah yang ada tepung kastard, boleh tengok blog kak ummi kuantan dan umi's style, seperti di bawah...hehe..selamat mencuba...

PUDING COKLAT PENAMBAT HATI
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
  • 1/2 cawan serbuk koko (akak guna jenama Vouchelle)
  • 190 gm gula pasir
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 900 ml air
  • 1 sudu besar rata tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji telor
  • 2 sudu besar mentega
Bahan Kuah Susu:- (resepi umi)
  • 1 tin susu cair
  • 2/3 cawan gula atau umi guna air dalam koktail
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1 tin buah koktail

Cara Membuat:-
  1. Dalam periuk, satukan air dan serbuk agar-agar. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut.
  3. Sementara agar-agar mendidih, satukan serbuk koko, tepung kastad, telor, susu cair dan esen vanila. Kacau sebati.
  4. Masukkan ke dalam agar-agar tadi dan kacau sekejap hingga kuah nampak mendidih.
  5. Tutup api dan masukkan mentega dan kacau sebati.
  6. Tapiskan dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu. Biarkan wap panas hilang dan masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk.
  7. Untuk kuahnya....kacau sebati semua bahan kecuali buah koktail, masak sebentar di atas api perlahan sambil dikacau. Bila nampak pekat sikit. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar. Sejukkan dan tuang atas puding bersama buah koktail bila hendak dimakan. SELAMAT MENCUBA...!!









Thursday, July 26, 2012

Puding Nata & Two Melon

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Alhamdulillah telah enam hari kita menjalani ibadah puasa tapi jangan kita lupa untuk bersedekah al-fatihah untuk yang telah tiada...Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda umi, Alias bin Jamal...Kali pertama kami sekeluarga menyambut ramadhan tanpanya disisi...mungkin ada yang mencemuh umi tapi blog umikan sebagai diari umi, jadi umi ingin abadikan sedikit catatan berkenaan ayahanda umi..maaf jika beremosi sedikit..
Baiklah..berbalik dengan resepi puding nata & two melon ni asalnya Puding tapai ubi dan rock melon oleh zila...ampun zila ya sebab umi ubah kerana bahan tu je yang ada dirumah kecil ni...nanti kalau umi tulis nama puding yang sama ada yang bertanya mana tapai ubinya...hehe..tapi umi 'kepil'kan sekali versi zila dan versi umi ya..terima kasih zila sebab puding ni sedap sangat dan keluarga kecil umi ni suka sangat dan minta  buat lagi...puding ni sesuai untuk berbuka puasa...
Puding Tapai ubi dan rock melon
Sumber; Zila4ever
 
Bahan kuah puding
1 tin susu cair atau susu segar
2/3 cawan gula pasir atau gula merah
1/2 cawan air
1 sudu teh essen vanilla
1 helai daun pandan


Bahan Kuah 
Campur semua bahan dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, perasakan kemanisannya..sejukkan.
 
Jom Cuba : Puding Nata & Two Melon
 
Bahan kuah puding
1 tin susu cair atau susu segar
1/2 cawan air
1 sudu teh essen vanilla
1 helai daun pandan
 
Buah-Buahan
2 cawan nata de coco dan kuahnya sekali
Buah tembikai susu secukupnya - potong dadu
buah rock melon secukupnya- potong dadu


Cara penyediaan Kuah 
Campur semua bahan dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, perasakan kemanisannya..sejukkan.
 
Untuk hidang
Campurkan buah-buahan kedapa mangkuk kuah dan kacau sebati..sedia untuk dihidang...enjoy...

Thursday, May 17, 2012

Puding Mangga Zila4ever

Assalamualaikum dan selamat pagi

Pejam celik, pejam celik..dah hari khamis kan? epat betul masa berlalu..tak terkejar rasanya...bagi cikgu2 mesti seronok dapat hadiah dari murid2 kan semalam...seronok bila diraikan..terutama bila murid2 sekolah rendah...dan umi nak kongsikan satu cerita lucu berkenaan Hadiah Hari Guru dari satu laman web, ceritanya begini....

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar 
Cikgu : Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?
Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.
haha...kadang2 lain yang cikgu maksud kan tapi anak muridnya terlalu jujur...ok la hari ni umi nak panjang2 kan resepi yang umi ambil dari blog zila4ever...iaitu puding mangga...dalam keadaan cuaca yang agak panas sekarang ni...puding ni salah satu pilihan minum petang...puding ni sedap, tak cukup walaupun untuk keluarga kecil umi ni...umi gandakan aduanan dan sekejap je licin na...ok la meh la tengok bahan2 yang diperlukan..kalau tak cukup...sempat lagi ke kedai ni...hehe

Jom Cuba : Puding Mangga
Apa yang diperlukan?

  • 5 gram serbuk jelly "konnyaku"
  • 625 ml air (2 1/2 cawan)
  • 4 camca besar gula pasir
  • 200 ml susu sejat "IDEAL"
  • 200 gram isi mangga masak*
  • 125 ml air*(*dikisar halus)
  • 2-3 titik pewarna kuning - umi tak letak sebab tak ada
  • Hirisan mangga untuk hiasan


 Jom Cuba!
  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree buah mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga.
  4. saya  campurkan juga buah mangga yang didadu didalam adunan..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive