Thursday, January 16, 2014

Puding Roti Wholemeal Sos Kastard

Assalamualaikum dan selamat petang
Alhamdulillah...akhirnya ruyung dapat dipecahkan..penyakit M dan sibuk dapat diatasi... Entry pertama tahun 2014...terukkan umi ni...hihi... semoga ikatan persahabatan kita di alam maya ni tak putus ya semua sahabat umi..terima kasih kerana masih sudi datang jenguk blog umi yang tak seberapa ni... umi mulakan entry pertama ini dengan perkongsian resepi puding roti wholemeal sos kastard...sesuatu yang manis untuk permulaan tahun 2014 yang manis in sya Allah...
Umi dan keluarga kecil umi makan dengan limpahan ais krim oreo...bertambahlah manisan dalam suapan...cuma ada batasannya...makan kongsi2 lebih berkat dan nikmat...hihi...ok la resepi ini umi ambil dari blog http://www.kujie2.com... terima kasih atas perkongsian ini..umi salin semula untuk rujukan masa akan datang...

Resepi ; Puding Roti Wholemeal Sos Kastard
Oleh : http://www.kujie2.com

Bahannya:-

Mangkuk A
  • 8 keping roti
  •  2 cawan susu segar
Carikkan roti dan rendam dengan susu 30 minit.

Satu bekas untuk roti yang direndam susu dan satu lagi campuran gula, butter, telur, tepung jagung dan esen vanila.

Mangkuk B
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • esen vanila
Pukul hingga sebati.
Campur kesemua bahan Mangkuk A dan B.  Boleh camput kismis, chip cokelat, buah-buahan seperti pisang, strawberry
Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 180°C
Biarkan sejuk.
Bila nak makan, hidangkan dengan sos kastard.


Cara Buat Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu tepung kastard
Kacau semua bahan di atas api sederhana sehingga pekat.  Ikut suka nak pekat macam mana , saya suka yang agak pekat berbanding sos kastard yang cair dan ringan.

Related Posts:

  • Puding Roti Kak Aida & Blogger ELC Assalamualaikum dan Selamat pagi Apa khabar sahabat umi? pejam celik..pejam celik..dah hari Jumaat dan penghujung cuti sekolah... minggu depan..mula la rutin harian seperti biasa... apa yang bermula, mesti ada akhirnya… Read More
  • Roti Manis Ala Jepun Kak Liza Intai Dapur Assalamualaikum dan selamat petang Apa khabar semua sahabat umi? Lambat betul umi 'bersiaran' kan? Anak2 umi kurang sihat... demam + batuk + selsema... jadi perhatian kepada mereka lebih utama... permata hati kan... sekar… Read More
  • Homemade Seri Kaya Karamel Assalamualaikum dan selamat petang Apa khabar semua sahabat umi? dah makan tengahari?  Umi baru selesai makan.. Alhamdulillah rezeki... bagi yang baru nak makan, selamat menjamu selera...Dah fikir pasai minum petang.… Read More
  • Donat Sosej Kak Zalin Assalamualaikum dan selamat petang  Dah minum petang semua sahabat umi? ke masih kenyang sebab makan agak berat untuk tengahari tadi... hari ini umi nak cerita pasal donut sosej yang dikongsikan oleh tokej Kuih Glamer… Read More
  • Mexican Bun / Roti Boy Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar? umi harap semua sahabat umi sihat sejahtera selalu dan semoga apa yang kita lakukan hari ini mendapat berkat dari Allah..in sya Allah...lewat betul minggu ini umi update blog..… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive