Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label Iris. Show all posts
Showing posts with label Iris. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Menu Kampung Untuk tetamuku

Assalamualaikum dan selamat hari raya lagi
Alhamdulillah selasai sedikit juadah buat tetamu rumah umi... kali ni umi masak lauk pauk kampung je.. ubah sikit selera dari rendang ketupat dan lemang..hihi..apa yang umi masak? meh intai-intai...
 Tomyam Seafood untuk tetamu yang tak makan ayam
 Kari Ayam sedap
 Lodeh goreng atau sambal goreng jawa Kak Gee
 keropok papadom
 ulam dan sambal belacan
tetiba je ade pizza sesat yek..hihi..ini untuk anak2
alhamdulillah semua senyum kekanyangan
 terima kasih daun keladi..nanti datang lagi





Meriahkan..tema kuning gitu..

Wednesday, July 1, 2015

Resepi Roti Jala & Happy Birthday Ahnaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah sekejap je dah 2 minggu kita berpuasa... hari ini 1hb Julai 2015 merupakan hari ulangtahun ke 5 tahun anak umi iaitu Ahnaf.. semoga abg menjadi anak yang soleh, penjaga akak dan adik serta keluarga kita..dan pembimbing keluarga jika umi dan abi dah tiada lagi nanti...
Sebenarnya umi amat bertuah kerana Hari kelahiran anak2 umi dna suami cuma selang sehari sebelum dan selepas... Nazirah 27hb Jun, suami 29hb Jun dan Ahnaf 1hb Julai... jadi memandangkan bulan Ramadhan, umi dan adik2 buat sekali untuk di makan setelah berbuka puasa...
Kek ini adik umi, khadijah yang buat.. umi dan keluarga balik ke kampung masa ni..sedap kek rainbow tu..sekejap je dah separuh licin.. Thank you so much Mama Jah...
 Nampak tak kek yang sedap tu bila dah dipotong? yummy...

 Birthday boys and girl posing dengan kek...
 Ya Allah.. Kau berkatilah keluarga kami sentiasa..amin...
Berbalik pad resepi roti jala ni..memang kena dengan selera umi... umi ambil dari blog Kak Ummi Kuantan...semoga manfaat kepada semua juga...memang akan guna resepi yang marbeles ni...lagi2 cicah kari ayam..masyuk sangat....
Resepi : Roti Jala 
Sumber : Kak Ummi Kuantan

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar) - umi gantikan susu segar dengan santan
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Tuesday, June 23, 2015

Cornflake Madu Tradisi semudah 5 langkah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah telah masuk hari ke 6 Ramadhan... ada yang dah mula buat kuih raya? umi baru buat Cornflake Madu Tradisi yang telah bertahun keluarga umi buat untuk jualan raya.. dah lebih 10 tahun selain tart nenas, almond tofobar, biskut coklat urai, semprit, dahlia dan beberapa jenis lagi.. keluarga umi buat kecil-kecilan utk kawan sepejabat ibu, jiran-jiran dan kawan kami adik beradik... semua kuih tu jadi kegemaran kawan umi bila berkunjung ke rumah... setiap kali raya mesti tanya.. indahnya memori kan... dan sekarang menjadi salah satu kegemaran anak2 umi dan keluarga mertua..kali ini umi buat atas permintaan nazirah yang berpuasa.. sekejap je dah separuh balang...

Nak buat biskut ni mudah je dan bahan2nya pun senang.. meh la cuba ye...

Resepi : Cornflake Madu Tradisi
oleh : Umi's Cup Cake

Bahannya;-
2 kotak Corn Flake Nestle (umi mmg pakai ni-sedap)
http://www.youbeli.com/images/products/full/335304.JPG 











250 g buttercup
4 sudu besar gula
1 cawan madu / golden syrup
5 cawan kacang tanah yang di panggang (optional)

Cup kertas secukupnya

Caranya:-
1. Pnaskan kuali. Masukkan madu, gula dan buttercup. Biar sehingga buttercup cair.
2. Padamkan api. Masukkan pula cornflake dan kacang. Gaul rata.
 3. Isikan aduanan ke dalam cup kertas.
 4. Bakar cornflake madu dalam oven selama 10 minit pada suhu 160 darjah mengikut oven masing-masing. tujuan supaya ia melekat antara 1 sama lain.
 5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dimakan.

Thursday, May 21, 2015

Alhamdulillah Syukur

Assalamualaikum
Saban tahun.. malahan setiap tahun semenjak umi berumur 4 tahun pada 1984, kami berkongsi tarikh kelahiran.. 21 hb Mei... Semenjak kecil, bukan menyambut tapi sering mengingati tarikh tersebut... seakan kembar.. walaupun berbeza umur 4 tahun, tapi itu tidak membataskan ukhwah kami sebagai akak dan adik... 

Selamat Hari Kelahiran Adikku, Khairul Anuar... Semoga hidupmu sentiasa di dalam rahmat Allah.. Selamat juga melayari alam rumahtangga yang belum sampai sebulan... doaku sebagai kakak.. sentiasa mengiring setiap langkahmu... jangan bimbang, ikatan kita tak akan putus sampai bila-bila walaupun nyawaku telah tiada...kami semua sayang kamu...

Doa juga buat adikku Khadijah dan Khairani...kasih sayang ini tidak pernah berubah.. malah makin bertambah dan menyerlah...

Monday, May 11, 2015

Tahniah adikku Khairul dan Yati

Assalamualaikum
Alhamdulillah..selesai segalanya.. Majlis terakhir dalam adik beradik umi... Cantikkan adik2 umi..

 Majlis pernikahan adik umi, khairul dan pasangannya yati diadakan di Pontian, Johor
 Ahli keluarga kecil umi
Bersama pasangan pengantin
 Kami adik beradik comel dan ceria...umi dan adik2
Psangan pengantin bersama ibu umi
 
 Hantaran: The Kooky Kate
Untuk Pihak Rerempuan
Untuk Pihak Lelaki

Majlis kenduri pula... kami buat sekali dengan pihak perempuan di Dewan Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi, Johor.. dekat sangat dengan rumah..semuanya dipermudahkan..


Terima kasih buat semua yang hadir..keluarga..kawan.. terima kasih jua atas ingatan...

Antara kawan2 yang sempat hadir
peace..dari cilik kami...


Bridal&MUA: Klasik Andaman Kota tinggi
Hantaran: The Kooky Kate

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive