Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Monday, August 17, 2015

Lodeh Kering KaK Gee

Assalamualaikum dan selamat pagi
Berlalu dah sudah syawal selama sebulan..dan penerbangan rombongan Jemaah Haji Malaysia pertama telah pun selamat sampai ke destinasi... bertuah sungguh menjadi tetamu Allah... harap2 semoga mendapat haji mabbur... Doakan supaya umi sekeluarga juga dapat menjadi tetamu Allah, suatu hari nanti.... oklah, hari ini umi nka panjangkan lagi resepi sedap dari kak gee iaitu lodeh kering... salah satu menu yang menjadi kegemaran umi sekeluarga... sedap makan dengan nasi putih atau pun ketupat mini... sambil taip pun telan air liur... ok la... bagi sesiapa yang nak cuba... meh tengok resepinya... 


Resepi ;
Oleh : Kak Gee

BAHAN2
2 peket tempe
5 keping tahu biasa
5 batang cili merah
secekak kacang buncis (kacang panjang pun bleh)
segenggam cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
udang
ayam
pedal
petai (kalau suka bubuh)
dua sudu besar gula merah
1 inci belacan
½ kilo santan pekat 
2 keping asam gelugor (asam keping)
CARA
1. Tahu dan tempe didadu. Goreng separuh masak dan tepikan. Tumbuk halia, lengkuas dan serai hingga halus. Mayang bawang merah dan bawang putih. Hiris serong dan halus cili merah dan gunting serong cili kering. Kopek petai dan belah dua.
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang putih dan bawang besar, cili kering dan cili merah. Goreng seketika hingga bahan2 dah lembut sedikit. Masukkan ayam dan pedal yang telah dipotong nipis. Goreng lagi seketika. Kemudian masukkan belacan dan gula merah. 
3.Setelah naik wangi, masukkan santan.
Setelah santan mendidih seketika, masukkan udang dan sayur buncis. Kemudian apabila sayur sudah agak layu sikit, masukkan tempe dan tahu goreng.
4. Rasa garam dan campakkan dua keping asam gelugor.
Gaul hingga semua bahan telah rata dan bersatu. Padam api.
Sedap makan dengan Nasi impit, Ketupat atau Lemang. Sedap juga dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja.


Monday, August 3, 2015

Menu Kampung Untuk tetamuku

Assalamualaikum dan selamat hari raya lagi
Alhamdulillah selasai sedikit juadah buat tetamu rumah umi... kali ni umi masak lauk pauk kampung je.. ubah sikit selera dari rendang ketupat dan lemang..hihi..apa yang umi masak? meh intai-intai...
 Tomyam Seafood untuk tetamu yang tak makan ayam
 Kari Ayam sedap
 Lodeh goreng atau sambal goreng jawa Kak Gee
 keropok papadom
 ulam dan sambal belacan
tetiba je ade pizza sesat yek..hihi..ini untuk anak2
alhamdulillah semua senyum kekanyangan
 terima kasih daun keladi..nanti datang lagi





Meriahkan..tema kuning gitu..

Friday, June 19, 2015

Menu sahur 2 : Ayam Masak Kurma Kenduri dan Sambal Belacan Tak Toleh Lain


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah.. hari kedua bulan Ramadhan ini.. hari ini umi nak kongsi kan menu sahur keluarga kecil umi untuk hari yang kedua...iaitu ayam masak kurma kenduri dan sambal belacan tak toleh lain.. selain itu, umi ada juga sediakan kubis goreng ummph dan terubuk masin KK mari...seronok bila tengok ahli keluarga terutama suami umi makan bertambah-tambah..masa sahur plak tu..alhamdulillah dengan rezeki mu Ya Allah... teringat pulak..ada yang share statement kat bawah ni...
hai la..macam2 kan sekarang ni... ok la, bagi yang ingin mencuba resepi versi umi..meh la salin yek...

Ayam Masak Kurma Kenduri
Sumber : Mat Gebu
Oleh : Umi's Cup Cake
 
Bahannya:-
1/2 ekor ayam (kurang lenih 600 gram), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam
1 biji cili hijau, belah 2
4 camca besar rempah kurma

1/2 cawan pati santan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
 
Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
1 inci halia
3 ulas bawang putih

 Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar, hiris

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Caranya:-
  1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kurma, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang perang. Tambah pes rempah kurma tadi dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan kentang (toskan). Gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan masak hingga kentang dan ayam empuk. Masukkan pati santan dan cili hijau dan kacau rata. Biar mendidih dengan api perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..
dan ini pula resepi sambal belancannya....


Sambal Belacan Tak Toleh Lain
sumber : Umi's Cup Cake

Bahannya:
4 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
2 inci belacan ( dibakar/goreng tanpa minyak)
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 biji limau kasturi ~ diambil air
 

Caranya:
  1. Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat. 
  2. Masukkan belacan dan  tumbuk lagi. 
  3. Perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula. 
  4. Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadhan 1436H - Niat puasa sebulan dan menu sahur

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasanya masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat umi.. Semoga kita memanfaatkan peluang yang kita tunggu-tunggu ini... bagi anak yang baru belajar berpuasa.. semoga berjaya berpuasa.. umi share kan juga niat Puasa sebulan ramadhan dari FB masjid negara... in sha Allah..umi akan cuba masukkan menu keluarga kecil umi bersahur.. sebab masa berbuka, suami umi akan berbuka di surau... dan umi serta anak2 akan berbuka yang ringkas sahaja
Untuk hari pertama sahur, umi sediakan ikan sambal, ikan goreng, ayam goreng dan sayur kacang masak lemak.. bagi pasangan yang baru bernikah atau masih bujang.. sekurang-kurangnya ia ada idea untuk sahur nanti.. tapi terpulang pada masing-masing...cadangan ini, mengikut selera suami umi...
Yang ini pula, potluck menyambut Ramadhan di opis umi.. ada yang ingin makan Ketupat Sotong Terengganu.. Alhamdulillah..dapat umi tunaikan.. abaikan bilik tukang masak yang bersepah tu ya...
 Antara menu yang ada, meja tak muat sebab ada lagi makanan sedang dimasak...
kami juga menyambut hari kelahiran bulan April, Mei dan Jun...

Monday, March 30, 2015

Resepi Air Asam Ikan Bakar ala2 Ikan Bakar Tanglin

Assalamualaikum dan selamat petang
Pernah tak makan kat Ikan Bakar Tanglin Pak Din? kalau datang KL, harus cuba.. umi memang suka sangat makan kat situ.. masa tu opis masih dekat.. sekarang nak pergi agak jauh tapi kalau ada yang ajak..mesti pergi.. apa yang memikat adalah pelbagai jenis ikan segar yang dibakar seawal pukul 11 pagi..ratah pun sedap sangat..
akibat dah lama tak makan dan tekak ni terasa sangat nak makan.. umi pun google le resepi seperti ala2 air asam yang ada kat situ... alhamdulillah..memamg lebih kurang sama..yang berbeza ialah..ini air tangan sendiri yang buat..hihi
Nikmat sangat..lagi2 dapat ikan keli segar dari jiran umi, kak na.. masa dapat pun ikan tu masih lompat-lompat lagi tau...jadi umi nak kongsi la resepi air asam ini, bagi yang ingin mencuba... tak makan ikan?.. tak pe..boleh buat makan dengan daging atau ayam bakar jugak..in sha Allah..bertambah la nasi panas-panas tu... meh tulis resepinya....ops sebelum lupa..kalau nak tau kat mana Ikan Bakar Pak Din Tanglin.. Boleh klik sini
Resepi Air Asam Ikan Bakar
Oleh : Legacy Secret Trading
Dicuba Oleh : umi's cup cake

Bahannya;-
1 biji Bawang besar - didadu
2 biji lada merah - didadu
2 biji lada hijau- didadu
1 biji tomato - didadu
10 biji cili padi - di hiris (umi letak 5 biji jek)
10gm belacan - dibakar
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
limau nipis
gula secukup rasa

Caranya;-
1. kesemua bahan di dadu atau potong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa
3. Semua bahan digaul rata
4. Siap untuk dihidang..- umi biarkan dulu agar semua bahan mesra...

Monday, March 23, 2015

Nasi Goreng Moyang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alahai..sekejap je kan cuti sekolah seminggu...haha..macam umi lak yang sekolah..ye dak... hari ni menu sarapan biasa di kala mood baru buka sekolah adalah nasi goreng moyang dan ayam goreng... mudah tapi kenyang.. air? anak-anak umi minum susu pepagi...tak lupa gak madu qaseh juniour.. Alhamdulillah... kenapa nama nasi goreng ni nasi goreng moyang? sebenarnya ini adalah cara nenek umi goreng nasi dan menjadi kegemaran umi adik beradik.. walaupun mudah tapi air tangan dan keikhlasan masa memasak tu yang memikat sampai sekarang menjadi kegemaran anak-anak umi pulak.. bagi yang ingin mencuba..silakan.. aroma nasi goreng ini memang memikat.. umi tak tipu..cuba lah...umi pun pernah share kat sini...
 
 
Resepi : Nasi Goreng Moyang
Oleh : Umi's Cup Cake

Bahannya ( 4 org )

4 biji lada merah
4 cawan nasi putih ( sejuk )
4 ulas bwg merah
1 gengam udang kering (direndam air panas )
1 genggam ikan bilis (di goreng garing)
3 biji telur
2 batang kacang panjang
1 inci belacan
garam secukup rasa
5 sb minyak

Caranya

  1. Dalam lesung batu masukkan lada merah, belacan dan 1/2 st garam. Tumbuk separuh lumat. Masukkan pula bawang merah dan udang kering, tumbuk hingga lumat. 
  2. Goreng ikan bilis separuh garing. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng selama 10 minit dengan api perlahan.Kacau rata. 
  4. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong pendek2.
  5. Masuk pula nasi putih dan kacau rata. Biarkan selama 10minit dan dikacau sekali sekala.
  6. Di tengah2 kuali, kuak nasi ke tepi untuk buat ruang kosong. Masukkan telur dan besarkan api,biar sekejap. Bila telur dah masak separuh,kacau hingga telur hancur. Kemudian baru digaul sekali dgn nasi.
  7. Kecilkan api.Rasalah nasi,jika tawar blh tambahkan sikit garam. Biar nasi masak selama 10minit lagi.
  8. Taburkan ikan bilis bila hendak makan untuk mengekalkan keranggupan ikan bilis.

Thursday, March 12, 2015

ROJAK AYAM GORENG dari Kuantan..resepi tulisan tangan umi



Untuk Link resepi Klik Kak Azlita
Untuk join jugak cabara, klik Gambar
http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2015/03/cabaran-menulis-entri-dengan-tulisan.html



Tuesday, March 3, 2015

Homemade Pizza Sardin

Assalamualaikum dan selamat pagi
alahai..dah seminggu gambar ni kat draf tapi tak sempat nak menulis.. umi buat piza simple ni masa anak2 umi kurang sihat dan mintak nak makan piza..kurang selera nak makan nasi.. amboi demand orang demam..hihi..tapi untuk anak2.. apa saja, umi cuba tunaikan selagi termampu.. memandangkan permintaan anak umi masa malam dan nak makan esok paginya..jadi topping ikut suka umi dan apa yang ada di dapur je la... Tapi untuk hasil pizza yang maksima, umi google la pizza sardin..

eh ada la resepi dari kak Nanie.. apa lagi salin semula dan buat..alhamdulillah.. umi buat lebih dan bagi pada jiran..jiran umi kata boleh jual ni..hihi..syukur....

BAHAN DOH PIZZA : 200 grm tepung gandum 125 ml air suam 1 paket yis segera 2 camca besar mentega atau minyak zaitun 1 sudu besar gula halus 1/2 sudu kecil garam halus 1-2 sudu besar shortening BAHAN UNTUK TOPPING : 1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional 1 tin besar sardin 1 biji bawang - dipotong nipis-nipis Sosej ayam secukupnya Cheese monzarella Cheese cheeder CARA MEMASAK : UNTUK DOH :- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda. -Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit . - Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan ni. -Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin


BAHAN DOH PIZZA :
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :
1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :

UNTUK DOH :-
1.       Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih.
2.      Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.
3.      Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) .
4.      Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.
5.      -Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je .
6.      Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit .
7.      Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .
8.     - Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan ni.
9.      -Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .
10.  Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Thursday, January 22, 2015

Kupang Labu Masak Lemak Kunyit

Assalamualaikum dan selamat pagi
Dah lama umi tak masam kupang..masa belanja barang dapur kat Jusco..ada plak isi kupang dijual... umi beli la dalam 300gram.. masa itu belum lagi terpikir nak masak apa... jadi bila balik rumah ada plak permintaan untuk masak lemak labu.. jadi umi pun campur sekali kupang tu... Masya Allah..Tabarakallah..sedap nya... 


Tambah aroma bila umi letak hirisan daun kunyit..lebih terangkat... makan dengan nasi panas-panas, ikan goreng, telur masin dan sambal belacan yang umi selalu buat tu... menambah-nambah jadinya... hilang la ke mana..kekonon nak diet...jadi maknanya..diet x jadi la...hihi...ok, bagi yang ingin mencuba..silakan..umi memang suka masukkan sayur supaya anak-anak umi makan sayur... kira galakkan dalam tidak sedar la...buat surirumah boleh cuba untuk masak tengahari ini...Masakan ini sesuai juga dimasukkan hirisan nenas atau cendawan tiram atau rebung atau belimbing buluh atau pucuk ubi kayu celur ikut selera masing-masing.

Resepi :  Kupang Labu Masak Lemak Kunyit
Oleh : Umi's Cup Cake

BAHAN:
400 gram labu - didadu
300g isi kupang 8 tangkai cili padi dikisar 5 ulas bawang merah dikisar
2 batang serai dketuk
2 sm lengkuas
1 camb serbuk kunyit
1 cawan air
1 cawan santan pekat
Garam

Hirisan daun kunyit secukupnya

CARA :
1.Panaskan bahan kisar bersama labu, serai, lengkuas & air didalam periuk. 

2.Biarkan hingga mendidih. 
3.Bila labu sudah empuk, masukkan kupang & biarkan mereneh seketika. 
4.Masukkan santan pekat & serbuk kunyit. 
5.Kacau sehingga kuah mendidih lagi sekali. 
6.Sesuaikan rasa dgn garam dan hirisan daun kunyit. 
7.Sedia utk dihidangkan.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive