Wednesday, July 1, 2015

Resepi Roti Jala & Happy Birthday Ahnaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah sekejap je dah 2 minggu kita berpuasa... hari ini 1hb Julai 2015 merupakan hari ulangtahun ke 5 tahun anak umi iaitu Ahnaf.. semoga abg menjadi anak yang soleh, penjaga akak dan adik serta keluarga kita..dan pembimbing keluarga jika umi dan abi dah tiada lagi nanti...
Sebenarnya umi amat bertuah kerana Hari kelahiran anak2 umi dna suami cuma selang sehari sebelum dan selepas... Nazirah 27hb Jun, suami 29hb Jun dan Ahnaf 1hb Julai... jadi memandangkan bulan Ramadhan, umi dan adik2 buat sekali untuk di makan setelah berbuka puasa...
Kek ini adik umi, khadijah yang buat.. umi dan keluarga balik ke kampung masa ni..sedap kek rainbow tu..sekejap je dah separuh licin.. Thank you so much Mama Jah...
 Nampak tak kek yang sedap tu bila dah dipotong? yummy...

 Birthday boys and girl posing dengan kek...
 Ya Allah.. Kau berkatilah keluarga kami sentiasa..amin...
Berbalik pad resepi roti jala ni..memang kena dengan selera umi... umi ambil dari blog Kak Ummi Kuantan...semoga manfaat kepada semua juga...memang akan guna resepi yang marbeles ni...lagi2 cicah kari ayam..masyuk sangat....
Resepi : Roti Jala 
Sumber : Kak Ummi Kuantan

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar) - umi gantikan susu segar dengan santan
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Related Posts:

  • Aiskrim jagungAmacam sedap tak nampak aiskrim jagung ni? aiskrim ni umi buat masa malam sebelum maulidur rasul sebab esok suami umi akan pergi berbaris pagi2 lagi...pastu, balik mesti rasa haus dan panas sangat...so ini la umi buat supaya … Read More
  • Puding Roti Berkuahumi buat puding ni untuk bekalan nazirah dan suami, umi pun tumpang sekaki la...jemu rasanya sarapan di kedai...lagi pun saja tukar menu untuk nazirah...kesian kalau makan yang sama je kan? puding roti ni dibuat memandangkan … Read More
  • Lepat pisangHa ini minum petang yang umi buat sebab teruja tengok dari dapur kak ita...suami tanya 'kuih apa ni yang? rasa macam pernah makan tapi bentuk lain.' ini adalah hasil kreativiti kak ita..umi cuma ikut je...jawapannya ialah lep… Read More
  • Sandwich krekers sardin goreng Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-ts… Read More
  • Pizammmm...nyum2 jemput makan piza ya...suami umi cakap ok la..ada rasa..ini pun kali kedua buat piza baru boleh upload..first time dulu, tak sempat nak snap dah selamat masuk ke dalam perut...ye la masa tu buat untuk breakfast..… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive