Friday, May 23, 2014

Lontong biasa2 aje....Resepi kuah lodeh dan Sambal Ikan Bilis..

Assalamualaikum dan selamat pagi

Untuk hari ini menu sarapan merangkap makan tengahari... tetiba terasa nak makan lontong ikut selera sendiri..ye lain orang lain caranya..banyak jenis lontong ada..lontong biasa, lontong kering dan lontong goreng..tapi umi setiap tahun bila hari raya..lontong inilah yang umi tak jemu2 makan...
Ada pelbagai cara masak lontong sekarang ini.. terpulang ikut selera masak anda... ye la, yang nak makan pasti andakan.. ada yang makan dengan sambal tumis ikan bilis, ada makan dengan kelapa goreng dan kalau di Johor makan dengan sambal kacang,,yummy... cuma kali ini umi agak malas menyediakan sambal kacang..apa la kan...untuk makan sendiri pun malas..huhu...untuk sesiapa yang nak resepinya..umi ambil dari blog mat gebu..yang lebih kurang cara sedianya sebab umi main campak2 dan tak sukat...ikut apa bahan yang ada di dapur...selamat mencuba dan berhujung minggu...

KUAH LODEH......
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....
CATATAN MAT GEBU :- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....

SAMBAL IKAN BILIS.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  2. Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar. Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive