Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Friday, April 26, 2013

Simple Tiramisu

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Eh..pagi2 lagi umi dah tunjuk sesuatu yang mengemukkan ni...ish...ish..ish.. terukkan umi ni...hehe..Apa khabar semua sahabat umi? Dah sarapan ke belum... ambil lah sarapan walaupun sedikit.. alas perut pun tak mengapa... tak gemuk la..lain la umi ni haa... makan sarapan tak ingat dunia... penuh pinggan...alasan umi, lapor la....hehe...
Hari ini umi nak kongsi resepi Kak Nor secubit garam.... resepi tiramisu simple sebab suami umi suka sangat makan tiramisu malam2... tak puas makan katanya... lagi pun bila balik dari surau malam... makan tiramisu yang dingin di tekak ni memang mengasyikkan... tak sedar dah termakan banyak...dan yang paling best, dah TERtambah lemak yang ada...hehe... yang ini umi tak boleh tolong...sendiri ingat la ya...ok la, meh tengok resepi mudah sangat ni...


Resepi : SIMPLE TIRAMISU  
Oleh :  K.E MyR
sumber: HanaMemories & Kak Nor secubit garam

Bahannya:
1 biji sponge kek atau apa2 kek ~ k.nor guna biskut tiramisu
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Caranya:
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. Then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  8. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Thursday, April 25, 2013

Kek Oreo

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Apa khabar? hai...hehe..asyik tenggelam dan timbul je umi ni kan... mood kureng sikit sebab idea pun kontang... suka tengok ramai sahabat umi yang banyak idea... seronok duk baca blog orang lain sampai sendiri punya terbengkalai...hehe.. banyak nak ditulis tapi banyak jugak tak kena pada gaya (alasan orang malas..hehe)...
Umi nak kongsikan satu kek yang resepi asalnya di dalam cup tapi umi buat sebuku terus...ha... rajin sangat la tu kan?.. Kek ni sempena hari lahir jiran umi, kak suryati... seronok bila kak su sekeluarga suka makan kek ini... deco pun..macam budak sekolah je kan? tapi budak sekolah sekarang lagi pandai kot... gambar pun ambil masa malam, jadi paham2 je la... umi balik kerja terus buat dan bila suami umi balik solat isyak... minta suami umi hantarkan... anak2 suruh buat lagi sebab tak puas makan..umi dah pernah buat disini dengan topping buttercream....In Sha Allah..semoga dipermudahkan... Nak resepi? Jom tengok kat bawah...

Resepi : Oreo Cupcake (umi buat sebuku kek)
Oleh : Azlita Aziz

Bahannya:

  • 250 gm butter
  • 1 cwn gula
  • 2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 8-10 keping oreo - kisar halus
Caranya:
  1. Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
  2. Campurkan oreo dan kacau rata.
  3. Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray
  4. Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit atau sehingga masak.

Friday, April 19, 2013

Mini Pavlova


 Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat...
Ha... nampak tak wajah nazirah yang seronok sangat dapat menghias buah2 segar atas pavlova tu?.. puas hati sangat bila umi berikan kepercayaan hias pavlova tu... siap bagi arahan lagi, "umi ambil gambar kakak cantik2 tau"... ye la sayang... kamera cap ayam ni..malam pulak tu...cantik sangat la gambarnya... tak pe la, yang penting kakak gembira... adik pun tumpang sekaki... sengih semacam... Alhamdulillah... seronok dapat tengok anak2 membesar depan mata... rezeki yang Allah berikan, tak ternilai...mesti ada yang cakap, macam dia sorang je ada anak kan?... bukan niat umi macam tu... blog ini merupakan kenangan dan diari buat tatapan keluarga kecil umi... walaupun tak sehebat mana... ia tetap bermakna untuk keluarga kecil umi.... khususnya umi...
Resepi mini pavlova ini umi ambil dari blog izah daut.. yang glamour tu... ketinggalan keretapi umi ni kan? umi buat sebab kawan umi teringin nak makan... siapa dia? nak kenal dia? Klik sini! Memandangkan umi pun belum pernah makan dan buat... maka umi pun beranikan diri.. dengan lafaz bismillah dan berdebar...Alhamdulillah jadi juga mini pavlova di dalam cup walaupun ada sedikit rintangan..(rintangan?)...cukup la hanya umi yang tau...hehe... Seronok bila kawan umi kata sedap... pengasuh anak2 umi pun suka... syukur nikmat Allah... maka dengan ini, umi panjang2kan lagi resepi mini pavlova ini...semoga semua mendapat berkat dan manfaat...
Resepi : MINI PAVLOVA
Oleh : izah daut & Kak 1
Bahannya:
200gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sk cream of tartar
2 sk tepung jagung
200 gm whipping cream
buah-buahan segar- strawbery, bluebery, mangga, kiwi, anggur, epal, physais etc
Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Alaskan loyang dengan baking paper.
2. Pukul putih teur dm mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar hingga kental, kembang dan bertanduk.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama sejam dan biarkan meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk. Permukaan meringue kelihatan retak dan kekuningan.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.

Thursday, April 18, 2013

Kek Pelangi Chef Izany

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Apa khabar semua sahabat umi? Semoga bertambah rahmat dan berkat Allah untuk kita semua...Lama betul umi tak update kan...dah berabuk blog umi ni... Umi tak update bukan apa... umi selesaikan semua kekusutan dan masalah (masalah la sangat...) yang ada satu per satu... Alhamdulillah.. masalah tak kan habis tapi kita usaha untuk yang terbaik semampu kita... walaupun kita buat baik, ramai yang tak suka...itu lumrah, kita hadapi dengan hati yang terbuka... Allah kan ada... in sha Allah... ops membebel pulak umi ni kan...
baca je la...jangan jemu dah la... kalau jemu pun, apa umi boleh buat...hehe... umi nak share kek pelangi Chef yang sedang meningkat naik iaitu Chef Izany yang dikongsikan di dalam facebook beliau... dah dua kali umi buat... satu untuk mak cik umi dan satu lagi masa adik umi datang ke rumah bulan lepas...ish..ish...ish..lama dah kan?... tu la, itu namanya rajin sangat la meng'update' blog..hehe..
Yang menariknya kek pelangi chef izany ni...penyediannya mudah dan penggunaan warnanya menarik perhatian... terutamanya anak2... ibu2 yang bekerja pun sempat buat... air tangan ibu kan sedap... walaupun tanpa topping pun sedap...umi mungkin akan buat kerap untuk kunjugan tetamu..kalau tak percaya, cubalah.... ANDA PASTI SEHEBAT CHEF...walaupun bukan master chef..hehe...selamat mencuba tau...kepada chef izany, terima kasih atas perkongsian dan izinkan umi panjang2... semoga beroleh berkat..amin
Resepi : Kek Pelangi Chef Izany
Oleh : Chef Izany Masterchef

Bahannya :
220 gm tepung kek
250 gm mentega
200 gm gula kastor
5 sudu besar susu full milk dutch lady
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur gred A
Pewarna kuning, hijau dan merah
1 sudu kecil baking powder (diayak bersama tepung kek)
Acuan bulat 8 inci
Caranya :
  1. Gris acuan dengan mentega. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.
  2. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  5. Masukkan susu dan esen vanilla . Gaul rata. 
  6. Bagikan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan hijau.
  7. Ambil 1 senduk aduanan kuning dan letakkan dibahagian tengah acuan.
  8. Kemudian ambil 1 senduk aduanan merah dan tompokkan diatas yang kuning tadi. Akhir sekali aduan hijau. 
  9. Ulangi proses sehingga habis.
  10. Goyangkan aduanan supaya rata.
  11. Bakar selama 30 minit sahaja.
  12. Cucuk dengan garfu, jika licin maka telah masak.

Wednesday, April 3, 2013

Allahuakbar... Alhamdulillah

Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah.. Syukur pada-Mu Ya Allah... Tak terkata semakin indahnya nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepada keluarga kecil umi ini terutamanya Mohammad Ahnaf bin Mohd Khairolden.. bila dua orang doktor pakar menyampaikan khabar yang tak dapat dinilaikan dengan kata-kata... Khabar mengenai penyakit ahnaf seperti di sini...

Doktor dari JABATAN PEMBEDAHAN AM, HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH KUALA TERENGGANU, JALAN SULTAN MAHMUD,20400 KUALA TERENGGANU, NO.TEL: 09-6212121  FAX: 09-6221820, 09-6227139 iaitu Dato' Dr Hj Abdul Jamil bin Abdullah (Ketua Jabatan) drajamil@hsnzkt.gov.my memberitahu bahawa ahnaf tak perlu dibedah kerana horseshoe kidney ini adalah sesuatu yang biasa dan yang paling penting, ahnaf tidak sakit... ia satu pemberian Allah dan hikmah disebalik semua ini, umi dan keluarga dapat tau yang ia sesuatu yang istimewa... insan terpilih dalam setiap 500 orang...Alhamdulillah dan terima kasih atas doa semua keluarga dan sahabat umi's cup cake... Hanya Allah yang dapat membalasnya...



Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive