Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Tuesday, December 27, 2011

Stew Ayam Chef Hanieliza

Assalamualaikum dan selamat malam

Salah satu resepi dari buku chef hanieliza iaitu 1 hari 1 resepi..umi masak sebab semua orang dalam rumah kecil ni tak sihat (batuk, demam, selsema dan sakit kepala) jadi menu yang ringkas dan memang dimakan suam2...umi tak boleh la nak berceloteh panjang sebab tekak makin perit sebab batuk dan jap lagi mesti lena sebab penangan ubat batuk ni...cuma umi makan stew ayam ni dengan nasi impit...kalau nak makan dengan roti pun boleh..ikut la selera masing2 ya...minta ampun kalau ada yang kurang....mata dah makin layu ni...boleh la semak resepi di bawah...

Jom Cuba :AYAM STEW

Apa yang diperlukan?
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6] - umi guna tomato ceri
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak

Bancuhkan
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah


Jom Cuba!
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang & daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti. - umi makan dengan nasi impit





Friday, December 23, 2011

Nasi Ayam Ipoh lagi....

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Dah makan tengahari? umi makan nasi ayam ipoh lagi..dulu umi pernah post di sini ..tak puas rasa makan...kelainan nasi ayam ini kerana menggunakan batang daun bawang sebagai ramuan dan supnya ditambah sengkuang...cuma kali ini umi tak goreng ayam tapi umi bakar ayam yang diperap tu...lebih lembap dan tak segaring bila digoreng tapi memang sedap...nasi ini juga sesuai untuk dimakan semasa majlis atau makan2 bersama keluarga...tak payah cakap banyak la, tengok la resepi yang umi salin semula di sini

Jom Cuba : NASI AYAM IPOH
By: Quinnie

Mula- mula kita buat sup dia dulu sebab nanti sup tu kita akan gunakan tuk tanak nasi

Sup Ayam

  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
Jom Cuba!
  1. Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
  2. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  3. Selepas air mendidih, masukkan ayam.
  4. Biar ia masak selama 20 minit.
  5. Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  6. Ketepikan ayam.
  7. Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
  8. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
  9. Masak hingga didih.
  10. Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
  11. Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.

Sekarang kita sediakan ayam pula. Ayam ni kita boleh bakar dalam oven atau kita boleh goreng dengan minyak yg banyak. Terpulang pada citarasa kita.

Ayam Bakar atau Goreng

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu
Jom Cuba!
  1. Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
  2. Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
  3. Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
  4. Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
  5. Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Sementara tunggu ayam yang kita perap tadi, Kita tanak nasi pula

Nasi Ayam
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
Jom cuba!
  1. Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
  2. Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
  3. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
  4. Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
  5. Tutup periuk nasik
  6. Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.


Sekarang kita akan sediakan cili dia pula. Ada dua cili dalam resepi ni. Satu yg berkicap dan satu yg merah. Mula2 kita sediakan cili merah

Cili Merah


  • 10 - 15 biji cili burung atau cili api
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia - ambil dari rebusan sup
  • 5- 6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi atau nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam dan gula secukupnya
Jom cuba!
  1. Cara penyediaan cili yang sangat mudah
  2. Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi
  3. Kisar halus.
  4. Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.

Kita buat pula cili kicap

Cili Kicap
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan

Jom Cuba!
Cara penyediaan kicap
  1. Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
  3. Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.
Nasi Ayam ni boleh lah di hidangkan bersama hirisan timun, hirisan tomato, daun salad, taburan daun bawang dan daun sup serta sedikit taburan bawang goreng. Memang sedap! Cubalah..

Thursday, December 22, 2011

3 minutes brownies : Step by Step

Assalamualaikum dan selamat pagi

Mudahnya nak buat kek zaman sekarang ni kan...tak percaya? meh sini umi nak tunjukkan.. takkan umi nak bohong plak...mula2 umi pun kurang yakin tapi apa salahnya mencuba kan? resepi ni umi ambil dari blog mana, umi pun tak ingat..minta ampun tuan punya blog ya..halalkan umi untuk share kat sini...
update : umi ambil dari blog citarasawan

caption: gambar asal resepi ini

Nak dijadikan cerita, dengan lafaz bismillah, umi pun bancuh la brownies ni memandangkan suami umi akan balik dari surau...takut juga tak jadi....umi pun tunggu la depan tingkap microwave umi tu...sedang asyik tertonggeng2 tu....tetiba.....

"Yang, sedapnya bau..awak buat apa ni?"

Terkejut umi, nasib baik tak bersilat...kalau tidak, sia2 je dapat dosa kat suami....umi pun jawab

"Kejap ya bang, dah nak siap brownies ni...tunggu..."

Jadi, suami umi pun tunggu la umi persembahkan brownies ni bersama2 segelas susu segar... dengan perasaan berdebar....suami umi mulakan baca doa makan, kemudian minum susu....belek2 kek tu....Ya Allah, hati umi dah tak keruan, saja je nak uji kesabaran...
Suami umi pun mengambil suapan yang pertama...

"amacam bang? ok?" tanya umi dengan tak sabarnya...

suami umi anggukkan kepala dan terus ke suapan seterusnya..alhamdulillah...eh panjang pulak, ingatkan nak tulis pendek je..moh la tengok resepinya...

Jom Cuba : 3 Minutes Brownies

Apa yang diperlukan?

  • 4 tablespoons cake flour
  • 4 tablespoons sugar
  • 2 tablespoons coco powder
  • 1 egg
  • 3 tablespoons milk
  • 3 tablespoons oil
  • 1 mug

Jom Cuba!

1. Mix flour, sugar & coco

2. Spoon in 1 egg

3. Pour in milk & oil and mix well.

4. Put in microwave for 3 minutes on maximum power.

5. Wait until it stop rising and sets in the mug.

6. Spoon out and ready to eat.

Wednesday, December 21, 2011

Red Velvet Cake



Assalamualaikum dan selamat malam

Tentu ramai yang tengah menikmati makan malam bersama keluarga tersayang..hargai la mereka ketika mereka masih hidup...bagi yang telah tiada, jangan lupa untuk mendoakan mereka...kerana ketika kita kecil, ibu bapa atau penjaga atau keluarga kita selalu mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat...mereka sabar dengan kerenah dan perangai kita...walaupun agak nakal tetapi kita tetap istimewa di hati mereka

video diatas ialah video yang ingin umi kongsikan di sini doa yang perlu diamalkan oleh ibu bapa yang anaknya agak 'agresif' dari Ustaz Ismail Kamus kerana doa ibu bapa antara doa yang InsyaAllah akan dimakbulkan...satu doa yang pendek tapi bermakna

ok la malam ini umi tayang red velvet cake dan resepinya umi telah masukkan di dalam entry ini
tapi kali ini umi buat masa keluarga umi dan mertua datang ke rumah..asalnya di atas permintaan SIL umi dan memandangkan kebetulan birthday adik ipar umi Lyana...walaupun dah belated, diharapkan semua puas hati kerana kek baldu merah ini dibuat dengan sepenuh hati...di sini umi salin kembali resepi kek baldu merah ni sebagai rujukan

caption : versi cup cake

Jom Cuba : Red Velvet Cup Cake

Apa yang diperlukan?

Bahan Butter Milk

  • 240 ml susu cair
  • 1 sudu kecil cuka apple
  • 1 sudu besar pewarna merah

Cara : Campurkan susu cair dan cuka apple. Biarkan selama 10 minit. Kemudian masukkan pewarna merah. (nota : Boleh digantikan dengan buttermilk yang ada dijual di pasaraya)

Bahan A

  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil koko

Bahan B

  • 50 gram walnut/badam/hazelnut(umi ganti dengan kacang tanah tumbuk)

Bahan C

  • 113 gram butter
  • 150 gram gula castor
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 2 biji telur gred B

Bahan D

  • 1 sudu kecil cuka apple
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara : Dalam bekas kecil, masukkan baking soda kemudian tuangkan cuka. Kacau sampai hilang buih.


Jom Cuba!

  1. Pukul bahan C kecuali telur sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Campurkan buttermilk selang seli dengan bahan A sehingga sebati.
  4. Masukkan walnut.
  5. Akhir sekali, masukkan bahan D hingga sebati.
  6. Isikan sehingga separuh cup supaya boleh dihias. Bakar 180 darjah selama 25 minit. (umi bakar 150 darjah, selama 30 minit – ikut oven)

Lemon Butter Cream

  • 150 gram Creamwell
  • 210 gram gula ising
  • 50 gram butter
  • 2 sudu kecil lemon paste (umi gantikan sunquick)

Cara : Pukul semua bahan sampai gebu. Masukkan dalam piping bag dan hiaskan cup cake.

(nota : kek hendaklah betul2 sejuk sebelum dihias supaya butter cream tidak cair dan cantik bentuknya)


Tuesday, December 20, 2011

English Scone dan doakan ayah umi

Assalamualaikum dan selamat pagi

English scone? apa la pulak ni ya...sebenarnya umi nak buat pengakuan...ini lah kali pertama umi makan scone ni...umi buat khas masa ayah umi datang ke rumah umi ujung minggu baru ni..katanya teringin makan scone macam kat itali tu...ayah umi suka makan scone ni dengan butter dan madu...tapi ayah umi tak boleh makan banyak sangat sebab nanti ayah umi sesak nafas sebab terlalu penat...ayah umi sakit kanser paru2...stage 4 dan telah menjalani rawatan kemo...TOLONG DOAKAN AYAH UMI ya....doktor kata ayah umi kuat semangat dan sebab itu, dia boleh bertahan...tapi bila umi tengok keadaan ayah yang tinggal kulit dan tulang tu...umi selalu doa biar umi je yang rasa derita tu..kesian sangat kat ayah



umi minta maaf kalau entry kali ini umi emosi sangat..tapi umi dah tak larat nak pendam je..umi harap sangat doa kalian...mana tau ada berkat doa2 yang makbul, ayah umi akan sihat semula...ayah umi selalu sesak nafas dan bergantung dengan oksigen..nak tido pun susah..kami anak2 susah hati sangat2 sebenarnya..


Ok la, buat yang tak tau makna scone tu, makna scone ialah

The scone is a small Scottish quick bread especially popular in the United Kingdom, the United States, Canada, Australia, New Zealand, Belgium and Ireland, but are also eaten in many other countries. They are usually made of wheat, barley or oatmeal, with baking powder as a leavening agent. The scone is a basic component of the cream tea or Devonshire tea.


resepi ni umi ambil dari blog kak paty yang rajin tu, walaupun bekerja...masak tetap menjadi passionnya...umi salin semula resepinya di sini

Scones
  • 260 g all-purpose flour
  • 65 g granulated white sugar
  • 2 tsp baking powder
  • 1/8 tsp salt
  • 85 g chilled, unsalted butter, cut into pieces
  • 150 g fresh blueberries
  • 1 large egg, lightly beaten
  • 1 tsp pure vanilla extract
  • 1/2 cup (120 ml) milk or cream

Instructions:

Preheat oven to 205 degrees C.

In a large bowl, whisk together the flour, sugar, baking powder and salt.

Cut the butter into small pieces and blend into the flour mixture with a pastry blender or two knives. The mixture should look like coarse crumbs.

In a small measuring cup combine the cream, beaten egg and vanilla. Add this mixture to the flour mixture and stir just until the dough comes together.

Do not over mix the dough or the scones will be tough.

Transfer the dough to a lightly floured surface and knead the dough gently four or five times and then pat the dough down.
Use a cookie cutter and cut out scones.
Place them on the baking sheet. Brush the tops of the scones with a little cream or milk.
Bake the scones until nicely browned, about 18 – 22 minutes or until a toothpick inserted in the center of a scone comes out clean.

Transfer to a wire rack to cool slightly.
Serve with cream and jam.

Monday, December 19, 2011

Tergoda tak? Simple je...

Assalamualaikum dan selamat malam



Malam ni umi saja nak masuk entry ala2 mengoda..mana tau ada yang tergoda...jap lagi tentu dapur berasap dan bau maggi kari..hehe..terangkat dan baunya...menyelerakan....tu belum makan lagi..kalau dah makan, tak toleh kiri kanan dah...tapi umi tak la masukkan resepinya, bukan susah pun cuma rencahnya umi tambah...cer tengok betul2



cantik tak telur dan udang tu ber'posing' sakan....hari ni sebenarnya umi kena hadir kursus dan lewat gak nak masukkan entry..esok pagi la umi masukkan agar sesuai dengan suasana...boleh gitu?...hentam saja la labu...



Sebenarnya makan maggi ni di kala teringin...dan nak sesuatu yang simple dan cepat siap..memandangkan perut yang dah nyanyi lagu rock sebab lapar sangat konon..(cakap je la kuat makan, kan senang ye tak?)...ok la, nak siapkan kerja2 yang tertangguh jap..kita jumpa esok pagi la ya...assalamualaikum

Friday, December 16, 2011

Kek Pisang Sempoi

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Alhamdulillah telah ketemu kembali dengan penghulu segala hari...hari Jumaat yang penuh barakah...Dah makan tengahari? tentu ramai yang tersanda kekenyangan kan? umi pun sama.. tadi ada sedikit jamuan anjuran rakan2 opis, alhamdulillah murah rezeki hari ni...yang di pejabat, jangan la mengantuk pula ya...

bagi suri rumah pula, mungkin tengah pikir apa pula nak buat minum petang pula...lebih2 lagi musim cuti sekolah sekarang ni... apa kata buat kek pisang yang senang dan cepat disediakan ni.. lagi mudah kalau dibakar dalam cup, lebih cepat dan mudah kerana tak perlu dipotong lagi... hanya terus makan je...resepi yang amat sempoi dan sedap ni dari Sofinar@MyR tu...tapi umi ambil dari blog kak ummi zhaidi yang rajin dan sentiasa ada idea best tu..(kak ummi, puji ada makna ni..hehehe)...

kek ni salah satu kegemaran suami umi..suami umi agak cerewet tentang kek pisang, berdebar umi masa suami umi tengah 'test' rasa kek ni..alhamdulillah, menepati piawai, lain kali umi nak buat kek pisang ni sebab sempoi dan mudah sangat...lebih rezeki, sedang elok je kek ni masak, mama angkat nazirah pun datang singgah rumah...langkah kanan la nampaknya...anak dara umi tu pun apa lagi? tunjukk aksi la kat mama dia, tolong tuangkan air....rajin la tu, semoga sifat tu berkekalan...eh, jom la tengok resepinya...



Jom Cuba : Kek Pisang Sempoi

Apa yang diperlukan?
  • 150 gm pisang emas (Ummi letak 6 biji pisang emas kecil) - lecek
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula perang/gula castor
  • 3 biji telor
  • 120 ml minyak masak
  • 1 st ovalette
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
  • secubit garam

Jom Cuba!

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
  2. Putar dengan mixer hingga sebati dan nampak putih.
  3. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 40 - 45 minit.

(*Pastikan adunan memenuhi separuh loyang sahaja, kerana kek akan naik hampir sekali ganda lagi)

Wednesday, December 14, 2011

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum dan selamat malam

Amacam terliur tak tengok cheese cake ni malam2? sebenarnya umi buat cheese cake ni dah lama cuma lambat masuk entry, jadi dah habis dan selesai sudah..umi buat sebenarnya atas permintaan anak jiran umi, anis (anak kak su) tapi sebenarnya anis nak blueberry cheese cake...puas umi cari, kebetulan semua tempat yang umi pergi kata dah abis stok blueberry segar..tak ada rezeki la namanya

tapi umi kesian kat anis, jadi umi pun buat la oreo cheese cake ni sebagai ganti..takut kempunan pula..sebab anis ni cuma ada masa cuti sekolah je...masa lain, dia bersekolah di kampung ibunya...oleh yang demikian, seperti biasa...umi akan tuju blog kak ummi zhaidi yang selalu mempamerkan oreo cheese cake yang amat mengegarkan iman...

mesti ada yang tanya kenapa kek ni ada topping kan? saja nak ada kelainan dan alhamdulillah, amat menepati citarasa umi...tak payah la umi celoteh lebih panjang lagi kan? apa kata semak je resepi yang umi ambil dari HOME SWEET HOME ni...
AMARAN : UMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAAB DIATAS PERTAMBAHAN LEMAK YANG AKAN BERLAKU!..

Jom Cuba : Oreo Cheese Cake

Apa yang diperlukan?

Base nya :
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Filling nya:
  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus

Jom Cuba!

Base :-

Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-

  1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
  2. Masukkan sour cream dan pukul sebati.
  3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
  5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.-umi sejukkan semalaman

Tuesday, December 13, 2011

Plain Bread Kak Yani (breadmaker)

Assalamualaikum dan selamat pagi
Dah sarapan? sarapan apa ya hari ni? umi sarapan roti yang masih ada lagi..ala, plain bread atau roti biasa je tapi umi uli, masak dan tunggu siap je dalam breadmaker tu..umi dah makan roti ni dengan sup tulang yang umi cakap semalam tu...
roti ni kosong je dan sesuai untuk dimakan dengan apa sapuan yang kita suka macam jem, coklat macam nuttella, cicah kuah kari, makan dengan sup atau apa saja yang kita suka ikut selera kita..mungkin ada yang suka makan kosong je...terpulang la, yang penting roti ni lembut dan kenyang bila makan 2 keping pun...terima kasih kepada kak yani yang sudi berkongsi resepi dan semoga Allah memberkati kak yani sekeluarga...amin..

eh, apa tunggu lagi? jom la tengok resepinya...

Jom Cuba : Plain Bread Kak Yani (breadmaker)

Apa yang diperlukan?

  • 175ml air
  • 250g tepung roti
  • 18g gula
  • 5g garam
  • 10g shortening
  • 3g instant dry yeast
  • 6g susu tepung
Jom Cuba!
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker ikut turutan dari atas ke bawah. On kan breadmaker. Tunggu siap.
  2. ** Jangan letak yeast bercampur dengan garam- untuk mengelakkan roti tidak betul-betul naik.

Monday, December 12, 2011

Sup Tulang Adabi

Assalamualaikum dan selamat pagi

Lama betul umi 'cuti' berblog..hehe, tengah ambil mood baru sempena tahun baru islam...tapi bila lama cuti ni, mula penyakit M makin menjadi-jadi..bila pikir2, ish tak boleh jadi ni...tak baik kerja separuh jalan kan?...ibu dan nenek umi selalu marah....bercuti bukan bermakna tak masak ya..cuma kurang masa untuk update blog je....

balik je dari ber'cuti' ni, terus tunjuk sup tulang..ini bukan umi buat untuk sarapan ya..tapi umi makan untuk tengahari semalam...makan pun bukan makan dengan nasi ya...diet sikit, so makan dengan roti...roti apa?..ha, kena tunggu la..nanti umi masukkan roti apa pula yang umi buat kali ni...tapi bila umi dah bagitau nanti, jangan marah umi ya...apa2 pun tunggu......

bercerita tentang sup tulang ni, umi cuma guna resepi yang terdapat pada peket Sup Tulang ADABI..alhamdulillah, menjadi tapi umi ada la tambah sedikit sayur-sayuran...biar lengkap menu ala diet umi tu...anak2 umi pun suka sangat makan sup...untuk ahnaf kena la umi lenyek kan sikit kentang supaya senang dia kunyah, maklum la gigi baru nak banyak...ok la, meh umi salin balik resepi pada peket sup tulang tu untuk rujukan semua...

Jom Cuba : Sup Tulang ADABI

Apa yang diperlukan?

  • 1kg tulang
  • Air rebusan tulang
  • 1/2 inci halia-diketuk
  • 5 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • rempah ratus(ada dalam peket) -4 sekawan
  • 4 biji kentang - dipotong kecil
  • 1 bungkus sup tulang adabi
  • 5 batang baby karot - dipotong kecil (umi tambah)
  • 1 batang saleri - dipotong kecil (umi tambah)
  • 2-3 tangkai daun saderi dan daun bawang
  • bawang goreng untuk hiasan

Jom Cuba!
  1. Rebus tulang dengan 10 cawan air sehingga empuk.(air rebusan tulang jangan buang tau)
  2. Tumis halia, bawang merah dan bawang putih bersama rempah ratus sehingga naik bau.
  3. Masukkan tulang dan air rebusan, kentang, baby karot, saleri dan bunjut sup tulang adabi dan biar dia atas api sederhana hingga kentang empuk.
  4. Masukkan daun saderi dan daun bawang dan tutup api.
  5. Taburkan bawang goreng bila nak dihidangkan.

Wednesday, November 30, 2011

Daging Masak Merah & Nasi Goreng USA..Jauh tu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah makan malam? umi baru selesai, alhamdulillah..makan nasi goreng USA (tapi kat USA tak ada kot)..macam mana sejarah nama nasi goreng ni pun umi tak pasti...cuma yang umi pasti, nasi goreng ni amat serasi dengan daging masak merah...umi memang agak cerewet bila pilih nasi goreng usa di kedai makan...umi tak berapa gemar makan dengan ayam masak merah tapi lebih serasi dengan daging masak merah...mungkin sebab kali pertama umi makan di Parit Raja, Batu Pahat di satu kedai makan thailand, umi dihidangkan dengan daging...

Dagingnya pulak, mesti warna merah..nama pun masak merah kan? puas umi cari resepi yang sesuai..akhirnya juma dengan resepi yang dikongsikan oleh Dyna di Myresepi.com...umi amat puas hati dapat apa yang umi idamkan...alhamdulillah, suami umi pun suka...nasi goreng pula umi ambil dari blog kak Azlita, boleh la klik sini...tak payah panjang2 lagi ya..jom semak resepinya...


Jom Cuba : Daging Masak Merah Dyna

Apa yang diperlukan?
  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rase...
  • klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...
Jom Cuba!
  1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
  3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
  4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
  5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
  6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA
Ok, ni pula resepi nasi goreng USA nya....


Jom Cuba : NASI GORENG USA



Apa yang diperlukan?
  • 2 mangkuk nasi putih
  • 1 keping dada ayam - dipotong kiub - umi tak letak
  • 1 kiub - ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cili sos
  • 1 sudu makan kicap manis
  • sayur campur - jika suka - umi letak kacang buncis dan karot

Bahan Kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • 10 tangkai cili kering - direndam hingga lembut

Jom Cuba!
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan kiub ayam, dan potongan ayam. Masak hingga ayam empuk.
  4. Tambahkan cili sos, sos tiram dan kicap manis. Perasakan kalau dah cukup masin dan manisnyer tak perlu bubuh garam dan gula kalau kurang tambahlah mana yg patut.
  5. Siap kuah masukkan dalam mangkuk.
  6. Tinggalkan sedikit kuah dalam kuali untuk mengoreng nasi.
  7. Masukkan nasi dan goreng nasi dgn lebihan kuah tadi hingga sebati semuanyer. Boleh masukkan sayuran campur jika suka.
  8. Siap! boleh lah dihidangkan di atas pinggan.

Tuesday, November 29, 2011

Blueberry Peach Cream Cheese Butter Cake

Assalamualaikum dan selamat malam

Malam yang sunyi ni seakan memahami hati umi yang rawan ni...sunyi sepi menambah pilu di hati..benar la kata seorang ustaz di dalam satu ceramah, menjaga sekeping hati tidak la mudah tapi untuk menghancurkannya cukup dengan kata2 berbisa dari lidah yang lebih tajam dari pedang...eh, apa yang umi mengarut ni kan? sebenarnya terbawa2 cerita "tentang dhia' dari tv3 tu..kesian walaupun dia tidak pernah menganiaya orang lain tapi dia sering di aniaya..mulut melly yang bisa tu hanya perlu lidah yang berbisa dan akal yang sering memikirkan salah orang lain semata untuk menutup kesalahan sendiri...memang ada terjadi di kehidupan harian kita dan diadaptasikan dalam drama untuk memberi pengajaran tapi adakah semua penonton yang menonton memahami pengajaran di sebalik drama ni..entah la...

lapisan atas kek
Kita tinggalkan dahulu drama tentang dhia tu...Malam ni sebenarnya umi nak kongsikan satu resepi kek yang sedap yang umi ambil dari blog kak yatie...mula2 kak yatie buat blueberry cream cheese butter cake dan kemudian peach cream cheese butter cake tapi umi gabungkan keduanya dan jadilah blueberry peach cream cheese butter cake ni...panjang benor nama kek ni kan tapi rasanya memang sedap dan lemak dari cheese ni tambah menambat selera...resepi asal ni dari Kak Jun..terima kasih kak jun dan kak yatie...


lapisan dalam kek

Jom Cuba : Blueberry Peach Cream Cheese Butter Cake


Apa yang diperlukan?
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri -saya guna 2 1/4 cwn tpng gandum+1 sudu kecil b. powder, diayak
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
Jom Cuba!
  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

HOKKAIDO MILKY LOAF tapi bukan bentuk loaf ya..

Assalamualaikum dan selamat malam


Hari ini umi dan nazirah cuba buat roti yang nampak menarik di blog kak nor...tapi umi tak buat bentuk loaf memandangkan umi nak ajar nazirah bulatkan doh roti..kali pertama tapi alhamdulillah memang dia minat dan teruja nak belajar buat...tapi kalau nak buat bentuk loaf, boleh singgah blog kak Nor Secubit Garam

ha..nampak kan bersungguh2 nazirah belajar nak bulat2 kan doh..mula2 umi bagi yang kecil dahulu, bagi practise dulu...bila dah rasa ok, barulah umi bagi doh yang sepatutnya nazirah buat

kiri : perbezaan antara doh ' practise' dan doh yang sebenar
Kanan: doh roti nazirah dah kembang cantik

Ini versi umi plak
lupa umi nak bagi tau rasa roti ni..roti ni lembut dan sedap sangat..suami umi kata lepas ni dah tak payah beli roti kat kedai...buat sendiri lebih baik disamping boleh ajar anak2 belajar masak...jom tengok resepinya pula...

Jom Cuba : Hokkaido Milky Loaf
Apa yang diperlukan?

  • 540 gm Bread flour
  • 60 gm Cake flour
  • 10 gm instant yeast
  • 30 gm Milk powder
  • 80 gm Sugar
  • 9 gm Salt
  • 1 large Egg
  • 250 gm Fresh milk
  • 150 gm Whipping cream

Jom Cuba!
  1. Mix everything together and mix until a dough forms.
  2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test) dough is achieved.
  3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
  4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
  5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
  6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
  7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.
Cara umi : Umi guna breadmaker je, malas nak uli2..masukkan ikut urutan arahan breadmaker, bentukkan dan tunggu naik menggunakan oven yang telah dipanaskan terlabih dahulu...kemudian bakar...cepat untuk musim hujan ni...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive