Friday, December 23, 2011

Nasi Ayam Ipoh lagi....

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Dah makan tengahari? umi makan nasi ayam ipoh lagi..dulu umi pernah post di sini ..tak puas rasa makan...kelainan nasi ayam ini kerana menggunakan batang daun bawang sebagai ramuan dan supnya ditambah sengkuang...cuma kali ini umi tak goreng ayam tapi umi bakar ayam yang diperap tu...lebih lembap dan tak segaring bila digoreng tapi memang sedap...nasi ini juga sesuai untuk dimakan semasa majlis atau makan2 bersama keluarga...tak payah cakap banyak la, tengok la resepi yang umi salin semula di sini

Jom Cuba : NASI AYAM IPOH
By: Quinnie

Mula- mula kita buat sup dia dulu sebab nanti sup tu kita akan gunakan tuk tanak nasi

Sup Ayam

  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
Jom Cuba!
  1. Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
  2. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  3. Selepas air mendidih, masukkan ayam.
  4. Biar ia masak selama 20 minit.
  5. Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  6. Ketepikan ayam.
  7. Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
  8. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
  9. Masak hingga didih.
  10. Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
  11. Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.

Sekarang kita sediakan ayam pula. Ayam ni kita boleh bakar dalam oven atau kita boleh goreng dengan minyak yg banyak. Terpulang pada citarasa kita.

Ayam Bakar atau Goreng

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu
Jom Cuba!
  1. Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
  2. Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
  3. Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
  4. Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
  5. Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Sementara tunggu ayam yang kita perap tadi, Kita tanak nasi pula

Nasi Ayam
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
Jom cuba!
  1. Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
  2. Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
  3. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
  4. Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
  5. Tutup periuk nasik
  6. Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.


Sekarang kita akan sediakan cili dia pula. Ada dua cili dalam resepi ni. Satu yg berkicap dan satu yg merah. Mula2 kita sediakan cili merah

Cili Merah


  • 10 - 15 biji cili burung atau cili api
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia - ambil dari rebusan sup
  • 5- 6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi atau nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam dan gula secukupnya
Jom cuba!
  1. Cara penyediaan cili yang sangat mudah
  2. Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi
  3. Kisar halus.
  4. Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.

Kita buat pula cili kicap

Cili Kicap
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan

Jom Cuba!
Cara penyediaan kicap
  1. Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
  3. Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.
Nasi Ayam ni boleh lah di hidangkan bersama hirisan timun, hirisan tomato, daun salad, taburan daun bawang dan daun sup serta sedikit taburan bawang goreng. Memang sedap! Cubalah..

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive