Tuesday, December 27, 2011

Stew Ayam Chef Hanieliza

Assalamualaikum dan selamat malam

Salah satu resepi dari buku chef hanieliza iaitu 1 hari 1 resepi..umi masak sebab semua orang dalam rumah kecil ni tak sihat (batuk, demam, selsema dan sakit kepala) jadi menu yang ringkas dan memang dimakan suam2...umi tak boleh la nak berceloteh panjang sebab tekak makin perit sebab batuk dan jap lagi mesti lena sebab penangan ubat batuk ni...cuma umi makan stew ayam ni dengan nasi impit...kalau nak makan dengan roti pun boleh..ikut la selera masing2 ya...minta ampun kalau ada yang kurang....mata dah makin layu ni...boleh la semak resepi di bawah...

Jom Cuba :AYAM STEW

Apa yang diperlukan?
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6] - umi guna tomato ceri
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak

Bancuhkan
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah


Jom Cuba!
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang & daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti. - umi makan dengan nasi impit





Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive