Wednesday, January 4, 2012

Ikan Tenggiri Masak Asam

Assalamualaikum dan selamat malam

Apa khabar? Alhamdulillah, umi sekeluarga dah beransur sihat setelah demam, batuk dan selsema melanda minggu lepas...sesekali kita diuji dengan kesakitan agar kita lebih dekat pada-Nya...seperti yang selalu kita dengar dari al-quran iaitu

Allah takkan menguji hambanya perkara di luar kemampuan hambanya...
setiap yang datang daripada Allah ada hikmat yang tersembunyi... dan ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar...dan setiap kesusahan ada bersamanya kemudahan.

suami umi di masukkan di wad kerana demam virus dan platletnya turun...naik..turun..naik...susah hati hanya Allah mengetahui..ditambah anak2 pun demam serta batuk, jadi umi tak dapat nak jaga suami umi di wad...tapi alhamdulillah...semuanya telah kembali sembuh...umi minta maaf sebab tak sempat nak update apa2 di blog ni...apa pun selamat tahun baru dan ampunkan semua dosa umi dan keluarga kecil umi ni andai ada yang terluka atau terasa ya...



Menu yang dah simple..tapi sedap untuk tekak yang tak berapa selera ni..sebenarnya umi pernah guna ikan kembung disini...semak je la resepi yang tak berapa laku ni ya...ampun..


Jom Cuba : Ikan Tenggiri Masak Asam

Apa yang diperlukan?

  • 2 ekor ikan kembung - disiang, cuci bersih digaul dgn kunyit dan garam dan digoreng hingga kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknyer. - kali ni umi guna ikan tenggiri
  • 2 biji bawang besar - dipotong bilat1 biji cili merah - dihiris serong
  • 1 biji cili hijau - dihiris serong
  • 6 biji cili api - dibelah 2
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 cm halia - dimayang
  • sedikit belacan jika suka
  • 200 ml air asam
  • tomato ceri secukupnya
  • garam secukup rasa
Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang hingga harum. Masukkan air asam dan belacan yg telah dikisar dan masak hingga didih. Perasakan garamnyer.
  2. Kemudian masukkan cili api, cili hijau, cili merah, tomato ceri dan bawang besar.
  3. Akhir sekali masukkan ikan kembung biar seketika hingga kuah menyerap dan sedia dihidangkan.

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive