Monday, January 9, 2012

Buttery Yeast Rolls Cik Sibuk

Assalamualaikum dan selamat pagi

Mesti ada yang terdetik di hati..eh, roti lagi ke umi? Nak buat macam mana memang umi suka mencuba pelbagai jenis roti, lebih2 lagi bila suami hadiah kan breadmaker...setiap pemberian mestilah dihargai kan? lebih berbaloi bila anak2 umi terutamanya Ahnaf memang suka makan roti2 yang umi dia buat(sebenarnya dia makan je, umi yang perasan lebih2)


lagipun, selain nasi dan mee, roti boleh mengenyangkan dan boleh juga dipelbagaikan untuk memenuhi citarasa dalam masakan harian...selebihnya, umi tak nak keluarga kecil umi ni jemu dengan masakan umi...ok, berbalik dengan nama roti ni, umi letak 'Cik Sibuk' sempena blog yang umi ambil resepi supaya senang rujukan umi nanti..kalau nak tengok, boleh klik Cik Sibuk...
bercerita tentang roti buttery ni pula, walaupun resepi ini tidak menggunakan tepung roti...roti ini amat lembut dan sedap...cuma umi kena improvekan lagi rupa paras roti ni..maaf ya cik sibuk, tangan keras dan tak berseni, macam ni la hasilnya...hehe..eh, jom tengok resepi menarik ni...

Jom Cuba : Buttery Yeast Rolls Cik Sibuk

Apa yang diperlukan?
  • 1/2 cup air
  • 1/2 cup susu (suam)
  • 1 biji telur
  • 1/3 cup butter atau planta
  • 1/3 cup gula
  • 1 sudu teh garam
  • 3 3/4 cup tepung gandum (bukan tepung roti)
  • 1 paket yis segera (ataupun 2 1/4 sudu teh)
  • 1/4 cup butter atau planta - cairkan (untuk sapu atas roti)

Jom Cuba!

1) Campak semua bahan2 (kecuali ingredient yang last - butter) dalam bread machine.
2) Pilih setting untuk doh.
3) Bila doh dah ready, bahagikan doh kepada 20 - 24 bahagian. Bentuk-kan bulat2 macam kuih pau. Susun dalam pan yang dah di greased.
4) Sapu butter/planta cair atas bola2 doh.
5) Tutup doh dan biarkan sampai naik - lebih kurang sejam.
6) Bakar roti dalam oven pada suhu 190 celsius. Lebih kurang untuk 15-18 minit.
7) Bila dah keluarkan dari oven, sapu lebihan butter/planta cair atas roti.

ini roti yang cik sibuk buat, nampak menarik kan?

4 comments:

ady said...

as-salam siti
wahh!! npk gebu roti tu siti..rajinnye siti buat roti..menarik resepi roti ni tak guna tepung roti..blh di cuba resepi ni siti..

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam Abg Ady,
A'ah memang roti ni gebu sangat walaupun dah 1 hari...yang paling best tak payah guna tepung roti

Cik Sibuk said...

salam,

wahh..thanks ye sudi try.
kita lak yang malu sampai sekrang lom cuba resepi roti hokaido tu. tak jumpa tepung kek, takut kang kalo tak guna tepung kek nanti hasil tak sama macam resepi asal..

umi's cup cake said...

terima kasih pun cik sibuk sebab bagi resepi yang sedap dan bahan2 yang mudah..kalau ada yang lain, bagitau ya...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive