Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Wednesday, November 18, 2015

Kuih Jongkong.. Akhirnya...

Assalamualaikum

Biasa dengar tak kuih jongkong? kalau kat Johor..panggil kuih Jongkong la..tapi kat negaeri lain..umi kurang pasti.. yang umi pasti...kuih ini SEDAP tau.. rasa lemak santan... manis gula melaka.. bau harum pandan dan daun pisang..memamg padanan yang mengasikkan... masa makan suam-suam tu.. tak ingat lain dah... asyik....
kebanyakan masa, kuih ini jumpa masa bulan Ramadhan tapi dah lama umi tak jumpa.. ni dah etringin sangat la..buat jugak...alhamdulillah.. nikmat sangat... anak-anak pun suka... terima kasih kepada CiptarasaNoly untuk resepi yang tak lapuk dek hujan... dan tak ditelan zaman... meh la cuba..tak rugi...

Kuih Jongkong
Oleh : Kak Ciptarasanoly
Bhb2 A

150 gm tepung beras
70 gm tepung ubi kayu
650 ml santan cair
3 sdb gula pasir
1/2 sdt garam 
2 helai daun pandan..simpulkn

Bhn Inti 

150 gm gula melaka..hiris halus
200 ml pati santan

Bhn Utk Mmbungkus

daun pisang secukupnya..dilayur n dikerat 20 x 24 cm prsegi
lidi / penyungkil gigi (utk menyemat daun bungkusan)

Cara2

*satukn semua bhn2 A n msk ats api kecil..hngga memekat..sesudah pekat, biarkn seketika..biar suam2 dulu
*ambil daun pisang n sendukkn bhn tepung tadi..leperkn sedikit n kemudian masukkn bhn inti dlm adunnan (2 sdb gula melaka)
*tuangkn sedikit pati santan dlm inti tadi n bungkus adunan sprti mmbungkus tapai..
* kemaskn bungkusan tadi n kukus selama 25 - 30 minit..
*anggaran kuih yg trhasil antara  6 - 7 biji.

Monday, November 16, 2015

Kek Pisang Lembap dan Lembut sangat

Assalamualaikum...

Lama benor tak tulis apa-apa tapi masih aktif di instagram..malas menjadi-jadi ye... macam musim tengkujuh je...
Minggu depan..anak-anak dah mula cuti sekolah...maka sebagai ibu.. lagi la kena ligat pikirkan menu untuk anak-anak yang bercuti..duduk di rumah..mengunyah memang sentiasa..alasan palin best.. umi lapar la.. tak banyak makan..padahal.. baru je makan nasi kan...
Bila tengok anak-anak seronok makan.. lagi la berkobar-kobar nak masak segala macam jenis makanan yang diaorang suka nak makan...tak kira la berat ke ringan..akan diusahakan.. hilang penat lelah bila makanan tu habis dan bertambah keluarga makan kan...
Kek pisang ni salah satu minum petang yang umi buat untuk anak-anak di rumah.. umi buat dua adunan.. satu lagi suami bawa..dan lagi satu adunan untuk makan di rumah..mudah..sedap dan memang lembut..tak rugi cuba... umi salinkan semula ya... cuba...makan masa suam-suam dalam keadaan luar rumah hujan.. nikmat yang tidak didustkan... Alhamdulillah...

KEK PISANG LEMBAB DAN LEMBUT
Resepi Oleh : Auntie Yatie
Rujukkan: Yatie ,
dan  Kak Azlita 
350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung - umi guna tepung kek
1 sudu teh baking powder - umi tak letak
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
Untuk kek yang ita sedikan , ita menggunakan butter yang di cairkan.
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak
Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair ~ ita guna susu segar
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. ( jika ikut resepi yatie dia bakar menggunakan api bawah sahaja. Tapi ita menggunakan api atas dan bawah tapi yang api atas ita kurangkan suhunya)
*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam
Taburkan badam cincang di atasnya jika suka

Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
Bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk pastikan kek dah masak, cucuk dengan lidi, di bahagian tengah menyerong. Jika lidi keluar kering, menandakan kek dah pun masak. Jika lidi masih basah, bakar semula dan tambahkakan masa lagi 5 ~ 10 minit.

Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai
Kek ni kalau di biarkan semalaman, permukaan atas kek akan lembab dan macam basah-basah gitu.
Sedap sangat...!

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive