Wednesday, May 16, 2012

Mee Hailam After 6 am & Selamat Hari Guru

Posted by umi's cup cake at 8:56 AM 2 comments Links to this post
Assalamualaikum dan selamat pagi
Hari ni 16hb Mei merupakan hari guru..umi nak ucapkan terima kasih kepada semua guru di bumi Malaysia...terutamanya adik umi, Norliana Ghani...jasamu guru amat bererti dan tiada yang dapat membalasnya...untuk semua guru
tak lupa juga untuk ila-cheqSue...rakan blogger umi yang merupakan seorang guru yang pandai memasak
 
Dah sarapan? Alhamdulillah bagi yang dah sarapan..bagi yang belum, jangan sampai masuk angin ya...kerja, kerja juga tapi kesihatan mesti dijaga...pagi ni umi sarapan mee hailam...resepi ni umi ambil dari blog kak sofea iaiti After 6 am
terliur pula tengok gambar dari kak sofea tu..umi pun check la bahan2 yang ada di dapur kecil..cukup semua bahan..apa lagi, operasi buat mee hailam la..kenyang sangat...tak senonoh kan?
ok la, tak payah bebel sangat pagi ni kan..jom la semak apa yang diperlukan untuk masak mee hailam kak sofea yang sedap dan mengiurkan tu...

MEE HAILAM AFTER 6AM
Apa yang diperlukan: ( 5 org mkn)
1 bks mee kuning-rendam sekejap dlm air panas & toskan
udang sederhana besar
isi ayam-potong nipis
2 sb lada hitam-tumbuk
2 ulas bwg merah-tumbuk
3 ulas bwg putih-tumbuk
1 kiub pati ayam 
4 sb sos tiram
1 sk kicap pekat mee
1 sb tepung jagung-bancuh dgn sedikit air
garam 

sayur2an-ikut le nak letak byk mn
bunga kobis
kailan - umi tak letak
carrot
lada capcicum-hijau - umi tak letak
1/2 btg saleri- umi tak letak
tomato
5-6 biji cili padi-ketuk

Bahan tabur:
Bawang goreng
cili merah
daun sup/daun bawang

Jom Cuba!
1. Bersihkan udang, ambil kepalanya-rebus dgn 2 cawan air+garam hingga   mendidih. Tapis ambil ainya utk jadikan stok.
2. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam, carrot dan stok udang tadi.
3. Bila mendidih masukkan sos tiram, kiub ayam & kicap pekat.
4. kemudian masukkan udang dan semua sayur2an. kacau hingga mendidih dan masukkan mee. Tambahkan air panas jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan siap utk dihidang!

Tuesday, May 15, 2012

Bingka Keledek Ungu

Posted by umi's cup cake at 11:14 AM 6 comments Links to this post
Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat dan ceria selalu...hari ni merupakan hari perkhidmatan terakhir salah seorang sahabat umi di pejabat ini...beliau akan berpencen setelah lebih 20 tahun berkhidmat...berpencen pada usia 56 tahun...En. Mahmud akan menyambut hari lahir pada 18hb Mei...jadi kami rakan sepejabat ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu...
Hari ni juga umi nak kongsikan satu resepi dari blog Rahel masak apa?... satu blog masakan dengan persembahan dan gambar2 yang menarik...blog rahel juga ada diterbitkan dalam majalah jelita keluaran may 2012...ops, berbalik dengan resepi yang umi ambil dari blog rahel iaitu bingka keledek ungu...satu kuih yang sangat mudah dan sedap...
kebanyakan orang2 lama memang akan suka akan rasa kuih bingka ni..rasanya seaakan2 kuih bakar keledek...sedap dan lemak2 gitu..umi memng suka yang lemak2 ni...macam lemak berkrim di sukai ramai...hehe...suami umi puji hasil kuih ni..alhamdulillah cuma 'tang' gambar je 'fail' kan?

Bingka Keledek Ungu
Resepi by: Rahel

Apa yang diperlukan?
300g keledek ungu yg sudah dibuang kulit-kukus*
1 cawan tepung gandum-ayak
1 cawan gula pasir*
2 biji telur gred A*
1 cawan santan pekat*
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar minyak masak*
sedikit bijan untuk tabur
1/2 sudu teh garam*

Jom Cuba!
1.Kisar bahan bertanda hingga halus.
2.Satukan bahan kisar dengan esen vanila dan tepung gandum,gaul rata.
3.Tuang ke dalam loyang 7'' yang telah digris dengan marjerin.Taburkan bijan.
4.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 35-40 minit.
   Setelah masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.

Monday, May 14, 2012

Pilihan Minuman Keluarga Umi

Posted by umi's cup cake at 5:28 PM 2 comments Links to this post
Assalamualaikum dan selamat petang
Maaf ye sahabat2 umi yang lama, baru dan silent reader...lambat betul umi masukkan entry hari ni..agak sibuk dua tiga menjak ni...hehe...cuaca pun agak panas...jadi hari ni umi nak kongsikan minuman yang menjadi pilihan keluarga kecil umi ni...
 
 Air barli ni kegemaran suami umi..banyak kelebihannya..dan salah satunya ialah mencuci darah...
Teh hijau cap Ahmad tea ni pula pilihan anak2 umi, nazirah dan ahnaf.... kalau di kedai apa2 teh o pun boleh...yang penting teh o...hehe
ni pula minuman kegemaran umi..paling simple..air kosong dan satu hirisan lemon...tanpa gula.... umi mula minum air ni bila ada seorang rakan cina bagi tau umi, khasiatnya....selama ini umi cuma ingatkan dalam food photography, hanya untuk cantik dan ambl gambar... jakun betul umi ni kan?
ini pula minuman kegemaran umi sebelum air diatas tadi...tapi minum juga sekali sekala...pengubat rindu...hehe...ok la...cukup untuk hari ni pasal minuman kegemaran umi sekeluarga...da....

Friday, May 11, 2012

Ikan Kukus dan Sayur Campur Goreng

Posted by umi's cup cake at 8:30 AM 2 comments Links to this post
Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah, bertemu di pagi Jumaat yang penuh barakah...dalam 2-3 hari ni ada keluar pelbagai cerita berkenaan penderaan ibu terhadap bayinya...ia memang satu berita yang amat mengejutkan...salah satu berita yang amat menyentuh sesiapa sahaja yang melihatnya...pelbagai spekulasi yang keluar...ada yang rasa marah, kecewa dan tak kurang mohon ibu tersebut ditangkap...dan dia telah pun ditangkap...
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita (gambar) yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang mula dimuatnaik di laman sosial facebook, twitter selain disiarkan pengendali blog, tengah hari semalam.

Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain.
Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain.
Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan polis pada hari yang sama.

Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, laman sosial YouTube sudah menarik balik rakaman video kes penderaan itu kira-kira jam 6 petang semalam.
Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.
-  Berita Harian
berbalik kepada resepi hari ini, ikan kukus yang umi ambil dari blog Engineers Love Cooking...bangga gitu sebab ramai jurutera yang dah terrer masak...hehe...umi baru jumpa blog ni blogwalking tapi tak ingat blog mana...apa pun memang sedap ikan siakap kukus macam ni...umi gandingkan dengan sayur campur goreng umi's style...enjoy...

Jom Cuba : Ikan Kukus
Sumber : Engineers Love Cooking

Apa yang diperlukan?
1 ekor ikan saiz sederhana (saya guna ikan siakap dan bawal emas)
Tepong gandum untuk melumur ikan bagi membuang hanyir
3 inci halia muda - dipotong memanjang
Daun sop – dipotong 1 inci panjang
Daun ketumbar – dipotong 1 inci panjang
Daun bawang – dipotong 1 inci panjang
5 batang cili padi dipotong kecil
1 sudu teh kisaran bawang putih
1 sudu teh kisaran halia
1 kuntum bunga kantan
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji asam boi
½ sudu serbuk kasar lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
½ sudu teh sos ikan
½ biji lemon
1 batang serai dititik
½ batang lobak merah – dipotong memanjang
Garam
Gula
2 helai daun limau purut
1 sudu besar serbuk cili
Minyak zaiton

Jom Cuba!
1.    Ikan disiang dan dibelah dua.  Lumurkan tepong gandum untuk menghilangkan bau hanyir. Kelar badan ikan.  Bilas lumuran tepung.
2.    Taburkan halia muda, bawang besar, daun sop, daun bawang, daun ketumbar, kisaran bawang putih dan kisaran halia ke bahagian dalam ikan.
3.    Masukkan dalam bekas untuk mengukus.
4.    Taburkan daun-daun (sop, bawang, ketumbar), bunga kantan, halia muda, bawang besar dan serai ke atas badan ikan.
5.    Taburkan garam, lada hitam, cili padi dan serbuk cili.
6.    Perahkan lemon dan masukkan lobak merah, asam boi dan sedikit air.
7.    Siramkan sedikit minyak zaiton.  Masukkan ke dalam kukus.  Kukus selama 7 hingga 10 minit.
8.    Keluarkan, siap untuk dihidang bersama nasi.
 
Dan untuk sayur campur, ikut rasa umi je...kiranya, umi's style la ye...hehe
 
Jom Cuba : Sayur Campur Goreng Umi's Style
 
 Apa yang diperlukan?
      1/2 biji kobis, hiris halus
5 batang kacang panjang unggu, potong pendek2
      1 batang Lobak merah, potong halus memanjang
1/2 cawan ikan bilis, digoreng dahulu
      1 biji bawang besar, hiris kasar
3 ulas bawang putih, dititik
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan
Garam secukup rasa (jika perlu)
Secubit gula
      1 ikat suhun, direndam supaya lembut

Jom Cuba!
1.   Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan tambah lobak merah, kobis dan kacang panjang, tuang sedikit air. Kacau dan masak sekejap.
2.   Masukkan sos ikan. Masak hingga sayur lembut tapi masih rangup. Tabur sedikit gula, kacau dan rasa, jika kurang masin boleh letak sedikit garam atau renjiskan dengan sos ikan. Akhir sekali masukkan suhun. Hidangkan panas2...hmm i likeee!!
 
Thursday, May 10, 2012

Nasi Impit Goreng Marbeles Kak Anymz

Posted by umi's cup cake at 9:55 AM 6 comments Links to this post
 Assalamualaikum dan selamat pagi
 
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah hari khamis...kalau staf kerajaan hari ni ramai yang pakai baju corak batik...berwarna warni dan ceria...bagi yang bercuti atau suri rumah yang berdekatan dengan AEON Wangsa Maju akan adakan hari AEON, diskaun sehingga 80%...satu pelaburan yang berbaloi...cuma kena bezakan keperluan dan kehendak tau....

 Hari ni umi nak panjang2kan satu resepi mdah dan yang penting...amalan menDERHAKA adalah dilarang sama sekalo oleh tuan punya resepi...jadi sebagai orang baru, umi kena patuh...jangan langgar pantang larang tu...betul tak kak Anymz?...kita baik kan Izah..hehe...apa pun, moh le tengok apa2 yang diperlukan tu...terlupa bagitau rasanya?...rasanya mesti la sedap sayang oi...anak2 umi pun minta buat lagi...ha, macam tu la ceritanya.....

Jom Cuba : NASI IMPIT GORENG MARBELES KAK ANYMZ
sumber terpelihara : kak Anymz
Sumber sekunder : Izah Muffin lover

Apa yang diperlukan?
  • nasi impit 
  • udang kering 
  • cili kering 
  • bawang besar 
  • bawang putih 
  • bawang merah 
  • udang basah 
  • isi ayam - umi guna isi ayam kisar
  • kobis 
  • sawi 
  • kicap manis 
  • garam

Jom Cuba!

  1. kisar cili kering bersama udang kering dan bawang besar 
  2. panaskan kuali 
  3. tumis bwg merah dan bwg putih yang dah di tumbuk halus 
  4. masukan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak 
  5. masukan garam 
  6. masukan udang basah yang sudah di buang kulit dan isi ayam 
  7. kacau hingga masak 
  8. masukan sawi dan kobis 
  9. masukan nasi impit yang sudah di potong2 
  10. masukan kicap manis 
  11. gaul bersama 
  12. jgn kacau lama sgt nnt nasi impit jadi lembik 
  13. angkat 
  14. dan sedia untuk di hidangkan

NOTA: Kak Anim cakap.. jangan derhaka dengan resepi ni. Nanti tak sedap mcm kena sumpah. Kikiki.. So saya tak derhka. Semua saya letak ikut arahan resepi. - umi pun ikut je

Tuesday, May 8, 2012

Pajeri Nenas & Ayam Masak Merah

Posted by umi's cup cake at 11:09 AM 2 comments Links to this post
Assalamualaikum dan selamat pagi

Manusia dalam hidup ini pasti ada keterikatan dan pergaulan dengan orang lain. Maka setiap kali seorang itu mulia dalam hubungannya dengan manusia dan terpercaya dalam pergaulannya bersama mereka, maka akan menjadi tinggi kedudukannya dan akan meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Sementara seseorang tidak akan bisa meraih predikat orang yang baik dan mulia pergaulannya, kecuali jika ia menghiasi dirinya dengan akhlak-akhlak yang terpuji. Dan di antara akhlak terpuji yang terdepan adalah menepati janji.

Sungguh Al-Qur`an telah memerhatikan permasalahan janji ini dan memberi dorongan serta memerintahkan untuk menepatinya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ وَلاَ تَنْقُضُوا اْلأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيْدِهَا …
Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya….” (An-Nahl: 91)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:
وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُوْلاً
Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya.” (Al-Isra`: 34)

Demikianlah perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada hamba-hamba-Nya yang beriman untuk senantiasa menjaga, memelihara, dan melaksanakan janjinya. Hal ini mencakup janji seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, janji hamba dengan hamba, dan janji atas dirinya sendiri seperti nadzar. Masuk pula dalam hal ini apa yang telah dijadikan sebagai persyaratan dalam akad pernikahan, akad jual beli, perdamaian, gencatan senjata, dan semisalnya.

Berdasarkan kepada ayat2 di atas, hari ni umi nak kongsikan dua (2) resepi yang umi dah janjikan semalam iaitu pajeri nenas dari Chef Hanieliza dari buku 1hari 1 Resepi...dan ayam masak merah yang umi gandingkan dengan nasi baryani batu pahat semalam...

 Jom Cuba : Pajeri Nenas
Resepi ini juga boleh diambil dari Blog Chef Hanieliza

Apa yang diperlukan?
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Jom Cuba!
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan Dari Chef Hanieliza
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

 ok la bagi resepi ayam masak merah pula dari sorang lagi chef terkenal iaitu Chef Adnan Ibrahim aka Mat Gebu...macam biasa resepi ni memang memikat selera keluarga kecil umi...enjoy...

Jom Cuba : Ayam Masak Merah
Apa yang diperlukan?
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*- umitak letak
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan - tak dan letak

Jom Cuba!
  1. Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  3. Tambah gajus goreng, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan tabur kacang pis sebelum menghidang, jika suka...

Monday, May 7, 2012

Nasi Baryani dan Kuah Daging Baryani Batu Pahat

Posted by umi's cup cake at 1:46 PM 2 comments Links to this post
Assalamualaikum dans selamat tengahari

Alhamdulillah, masih kita bertemu di minggu baru dengan semangat yang baru...semoga j\hidup kita lebih diberkati Allah dan dipermudahkan laluan untuk beriman dan beribadah kepada Allah...sebagai insan yan lemah dan tiada daya kecuali dari Allah jua...
Semalam ibu umi datang ke rumah umi di gombak...ibu datang bersama2 adik umi yang ada di Johor...ada jemputan kenduri kawan adik umi di Klang...dapat la anak2 umi lepaskan rindu pada nenek diaorang...siap dapat baju baru lai dari nenek...ibu beli dari China...
  
caption : bergaya dengan baju baru..suka la tu...
  
berbalik pada resepi ni, umi ambil dari mrsdayat dari Myresepi dan dah banyak kali buat dan umi pernah masukkan di sini....cuma kali ni umi buat juga pajeri nenas dan ayam masak merah serta ayam goreng untuk anak2 umi...umi masak khas untuk ibu dan adik2 umi...meriah makan ramai2 dan seronok rasa bila berkumpul cuma tak cukup 'korum' sebab adik yang bongsu tak ada...miss u dear...
 
rasanya? senang cerita macam ni la ya...bila tengok ibu tambah sampai 3 kali, rasa nak senyum meleret sampai ke telinga rasanya....alhamdulillah...berdebar2 juga sebab yang datang makan tu....semua laebih pandai masak dari umi....huhu...ok la hari ni umi masukkan sekali lagi resepi nasi baryani dan kuah daging..esok akan umi kongsi resepi pajeri nenas dan ayam masak merah...jom semak apa yang perlu?

Jom Cuba : Nasi Baryani dan Kuah Daging Baryani Batu Pahat

Apa yang diperlukan?( 4org )
  • 3 cwn beras basmathi
  • sedikit rempah tumis
  • *6 ulas bwg merah (blend)
  • *5 ulas bwg putih (blend)
  • *2"halia (blend)
  • setengah biji bwg besar (hiris)
  • sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
  • 2-3 tbsp minyak sapi
  • 1tsp garam
  • sedikit pewarna kuning
  • gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
  • 2tbsp rempah baryani
  • 4 setengah cwn air
  • setengah cwn susu cair
Jom Cuba!
  1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
  2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian, masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
  3. masukkan air..tunggu sampai didih
  4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
  5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
  6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
  7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  8. masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...
  9. utk resepi kuah daging, adalah seperti dibawah.
Jom Cuba : Kuah Daging Baryani
 
Apa yang diperlukan?( 4 org )
  • setengah kg daging lembu (potong kiub)
  • setengah biji bawang besar (hiris)
  • baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau
  • 2tbsp tomato puree
  • 1tbsp sos tomato
  • 1/4 cwn susu cair
  • sedikit ghee
  • sedikit rempah tumis
  • 3 tbsp rempah baryani
  • garam,gula,ajinomoto secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
  • 1 tbsp yogurt
Jom Cuba!

1. gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
2. tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
3. masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
4. masukkan daging..gaulkan.
5. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..

6. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
7. tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut.
(pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
11. buleh la di hidang bersama nasi baryani..
Nota : update.lupe lak nk bgtau..bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=)

Friday, May 4, 2012

Air Terjun Serendah- Best Place & Award dari Kak Sha (1st time)

Posted by umi's cup cake at 12:19 PM 3 comments Links to this post
Assalamualaikum dan selamat tengahari
 
Cerita ni dah basi tapi nak cerita juga betapa seronok dan best air terjun serendah ni...sangat sesuai untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga...ramai juga yang datang bekeluarga...yang bujang pun ramai datang berkumpulan
Muka budak puas hati dapat datang ke air terjun..mula2 takut, pastu...dia yang tak nak balik

 bagi yang duduk di kawasan rawang memang dekat sangat dengan serendah ni...umi yang dari gombak pun rasa dekat sangat...suami umi cakap boleh la datang selalu, bawa anak2...
 Bekalan simple je..sandwich telur dan mee hoon goreng, tak dilupakan...keropok, sosej dan nugget..tapi kat sini pun ada menjual makanan dari penduduk setempat..parkingnya free je..

 tengok la..walau kesejukan, masih main air...tak puas...
 ni kira aktiviti jalan2 menyusur air, makin lama makin dekat dengan air terjun...
 muka ahanf kesejukan...sampai kuyu mata....tapi still nak mandi lagi
 mula2 takut, makin lama2 makin seronok...hehe
 peace...
Ramaikan orang mandi manda..kawasan ni memang dicadangkan untuk aktiviti keluarga

cetek dan jernih...harap sangat dapat datang lagi...jumpa lagi...hehe

ops lupa...umi ambik award dari kak sha...amik je walau kak sha tak bagi pun...sebab umi bukan jiran kak sha cuma silent reader dan suka cuba resepi kak sha...hehe..nak beli buku baru kak sha? umi pernah cerita di sini

Terima kasih kak sha

Thursday, May 3, 2012

MAYONNAISE PANCAKE

Posted by umi's cup cake at 3:58 PM 2 comments Links to this post
Assalamualaikum dan selamat petang
Jom minum petang...tapi makan pankek je ya...kelakarkan umi ni...orang lain makan penkek masa sarapan..umi buat minum petang plak ya...layan je la...umi amik resepi ni macam biasa dari CMG lagi...blog feveret umi...
kalau kat kampung mungkin panggil lempeng...agaknya cuma tak la tembam2 mcm CMG punya... umi tak puas hati...nanti nak buat lagi dan bagi tembam macam pipi umi...ok la, semak la resepi yang mudah ni...

Jom Cuba : Mayonnaise Pancake

Apa yang diperlukan?
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
1 camca besar mayonnaise
1/2 cawan susu cair (mat guna susu sejat)
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
Secubit garam halus
Mentega, madu dan buah2 segar untuk dimakan bersama pancake

Jom Cuba!
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan mayonnaise, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
  2. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
  3. Panaskan non-stick frying pan(mat guna saiz 4 inci) pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 4 camca besar adunan tadi. Ratakan.
  4. Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit atau hingga keperangan. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama mentega, buah2an segar dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak makan dengan sambal tumis pun ok juga..kita yang buat dia kann...

Wednesday, May 2, 2012

Sosej Blossom Bun

Posted by umi's cup cake at 3:30 PM 6 comments Links to this post
Assalamualaikum dan selamat petang
 
Dah makan tengahari? alhamdulillah...gambar kat atas adalah menu umi sarapan umi sekeluarga iaitu sosej blossom bun yang resepinya umi ambil dari blog CMG  sebenarnya resepi ni dah lama umi simpan tapi dugaan nak buat..... apa dugaannya?

Dugaan 1 : sosej selalu habis bila time nak buat
Dugaan 2 ; mix vege umi jarang ada stok...
Dugaan 3 : baru2 ni tepung roti habis la...
Dugaan 4 : yang paling besar, MALAS...senang cerita kan?
Apa pun akhirnya dapat umi atasi dugaan2 tu...maka terhasil la sosej blossom bun ni...bun yang lembut dan suami umi kata, boleh jual....hehe..apa pun terima kasih CMG untuk resepi yang hebat ni...cuma 'tang' rupa tu, perlu umi perbaiki lagi...kalau nak tengok cara2 buat bentuk blossom, umi ada ambil dari CMG

Jom Cuba : Sosej Blossom Bun

Apa yang diperlukan?
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

Jom Cuba!
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

!Umi's Cup Cake! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez