Monday, August 17, 2015

Lodeh Kering KaK Gee

Assalamualaikum dan selamat pagi
Berlalu dah sudah syawal selama sebulan..dan penerbangan rombongan Jemaah Haji Malaysia pertama telah pun selamat sampai ke destinasi... bertuah sungguh menjadi tetamu Allah... harap2 semoga mendapat haji mabbur... Doakan supaya umi sekeluarga juga dapat menjadi tetamu Allah, suatu hari nanti.... oklah, hari ini umi nka panjangkan lagi resepi sedap dari kak gee iaitu lodeh kering... salah satu menu yang menjadi kegemaran umi sekeluarga... sedap makan dengan nasi putih atau pun ketupat mini... sambil taip pun telan air liur... ok la... bagi sesiapa yang nak cuba... meh tengok resepinya... 


Resepi ;
Oleh : Kak Gee

BAHAN2
2 peket tempe
5 keping tahu biasa
5 batang cili merah
secekak kacang buncis (kacang panjang pun bleh)
segenggam cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
udang
ayam
pedal
petai (kalau suka bubuh)
dua sudu besar gula merah
1 inci belacan
½ kilo santan pekat 
2 keping asam gelugor (asam keping)
CARA
1. Tahu dan tempe didadu. Goreng separuh masak dan tepikan. Tumbuk halia, lengkuas dan serai hingga halus. Mayang bawang merah dan bawang putih. Hiris serong dan halus cili merah dan gunting serong cili kering. Kopek petai dan belah dua.
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang putih dan bawang besar, cili kering dan cili merah. Goreng seketika hingga bahan2 dah lembut sedikit. Masukkan ayam dan pedal yang telah dipotong nipis. Goreng lagi seketika. Kemudian masukkan belacan dan gula merah. 
3.Setelah naik wangi, masukkan santan.
Setelah santan mendidih seketika, masukkan udang dan sayur buncis. Kemudian apabila sayur sudah agak layu sikit, masukkan tempe dan tahu goreng.
4. Rasa garam dan campakkan dua keping asam gelugor.
Gaul hingga semua bahan telah rata dan bersatu. Padam api.
Sedap makan dengan Nasi impit, Ketupat atau Lemang. Sedap juga dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja.


Related Posts:

  • Ketam Goreng Tepung  Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah... hari ni nak kongsi satu menu yang umi amat suka dan umi ambil resepi dari Citrasa Dari Dapur Kakpah Sherr… Read More
  • Lempeng Udang Kering Assalamualaikum dan selamat pagi  Pejam celik...pejam celik...dah hari rabu...cepat betul masa berlalu kan...hari ini umi nak kongsikan satu sarapan kegemaran arwah ayah umi..ayah jenis kurang makan atau makan sediki… Read More
  • Tom Yam Air Kelapa Assalamualaikum dan selamat pagi Tom yam memang sinonim dengan tekak umi sekeluarga dan kali ini adalah pertama kali umi campurkan air kelapa... dah lama mengidam style tom yam kelapa ni tapi baru kini tercapai hehe...ras… Read More
  • RESEPI IKAN GORENG SOS Assalamualaikum dan selamat tengahari  Apa khabar semua? Masak apa untuk tengahari ini? Special ke simple? Umi masak yang simple je... atas permintaan anak2...nazirah nak makan ikan goreng tapi kuah 'sup' tak nak p… Read More
  • Kuah Lodeh Assalamualaikum dan selamat tengahari Apa khabar sahabat umi semuanya.... Ada yang baru berpuasa sunat 6 hari? Mungkin ada juga yang telah beraya kali kedua...Selamat berpuasa dan selamat berhari raya kali kedua juga.... … Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive