Assalamualaikum dan selamat pagi
Panjang tajuk entry umi pagi Jumaat yang barakah ni kan? umi cuma ikut tajuknya dalam buku warisan dari ibu umi iaitu Medan Selera oleh Hj Ahmad bin Yaakub Al-Johori. Buku ini ditulis semula kerana buku asalnya dalam tulisan jawi di terbitkan pada 29hb April 1971. Memandangkan buku ini telah habis dipasaran, maka buku ini ditulis semula oleh anak arwah iaitu Al-fakir Hj Ahmad diatas permintaan orang ramai. Pencetakan buku ini juga mendapat sokongan Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu iaitu Tun Hussein Onn yang kemudian menjadi Perdana Menteri ke-3 dari 1976 sehingga 1981.
Memetik kata2 dari Al-Fakir Hj. Ahmad yang umi ingin kongsikan ialah
Bahawa adalah pelajaran masak memasak lauk pauk dengan peraturan yang baik dan dengan cara-cara yang betul itu bukan sahaja berguna kepada perempuan yang telah dan akan berumahtangga untuk menyediakan makanan yang baik dan membuka selera bagi makan hari-hari atau kerana hendak menyediakan jamuan atau sebagainya, akan tetapi sangat2 mustahak kepada laki2 kerana ia suatu ilmu yang kan membuka jalan yang luas untuk mencari nafkah hidup sama ada dengan keadaan kecil seperti membuka kedai makanan bergerak atau tetap dengan modal yang kecil atau sebaliknya. Jika ini berlaku, ia bukan sahaja membuka satu pintu mata-pencarian yang luas bahkan akan mendatangkan keuntungan hidup seseorang.
Sungguh mulia niat beliau dalam menerbitkan buku ini..terima kasih tak terhingga kepada Penerbit Buku iaitu Khadijah kerana tanpa usaha beliau, mungkin keluarga umi pun tiada simpanan buku tersebut...berbali pada menu sup tulang ini amat ringkas dan umi menggunakan pressure cooker..lebih cepat. Rasa sup ni pula seakan-akan gabungan sup dan tom yam, sampaikan nazirah hirup terus dari mangkuk dan minta berulang kali..alhamdulillah...bagi yang ingin cuba, boleh la ambil resepinya
Jom Cuba: Sup Tulang Untuk Kuah Bihun dan Sebagainya
Apa yang diperlukan?
- 2 batang tulang lembu (bahagian peha atau selangka)
- 6 ulas bawang putih - dihiris
- 2 biji bawang besar - dipotong bulat
- 3 inci halia - dititik
- garam secukup rasa
- 1 biji buah tomato
- 1 batang saleri -umi tambah
- 2 biji kentang - umi tambah
- Ambil tulang dan rebus dengan air secukupnya.
- Masukkan juga halia, bawang besar, bawang putih, buah tomato, saleri, kentang dan sedikit garam.
- Masak hingga tulang lembut.
- Jika kuahnya kurang, boleh la tambah air panas.
- Boleh dihidangkan dengan bihun, mee atau apa saja. umi hidang dengan nasi himpit dan roti.
0 comments:
Post a Comment