Images

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum dan selamat malam

Amacam terliur tak tengok cheese cake ni malam2? sebenarnya umi buat cheese cake ni dah lama cuma lambat masuk entry, jadi dah habis dan selesai sudah..umi buat sebenarnya atas permintaan anak jiran umi, anis (anak kak su) tapi sebenarnya anis nak blueberry cheese cake...puas umi cari, kebetulan semua tempat yang umi pergi kata dah abis stok blueberry segar..tak ada rezeki la namanya

tapi umi kesian kat anis, jadi umi pun buat la oreo cheese cake ni sebagai ganti..takut kempunan pula..sebab anis ni cuma ada masa cuti sekolah je...masa lain, dia bersekolah di kampung ibunya...oleh yang demikian, seperti biasa...umi akan tuju blog kak ummi zhaidi yang selalu mempamerkan oreo cheese cake yang amat mengegarkan iman...

mesti ada yang tanya kenapa kek ni ada topping kan? saja nak ada kelainan dan alhamdulillah, amat menepati citarasa umi...tak payah la umi celoteh lebih panjang lagi kan? apa kata semak je resepi yang umi ambil dari HOME SWEET HOME ni...
AMARAN : UMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAAB DIATAS PERTAMBAHAN LEMAK YANG AKAN BERLAKU!..

Jom Cuba : Oreo Cheese Cake

Apa yang diperlukan?

Base nya :
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Filling nya:
  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus

Jom Cuba!

Base :-

Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-

  1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
  2. Masukkan sour cream dan pukul sebati.
  3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
  5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.-umi sejukkan semalaman

10 comments:

chEntA said...

wahhh..sedapnya..
=)

Memang sedap chenta sebab tu la kak ummi zhaidi baut banyak kali..

ady said...

as-salam siti
Wow! siti cheesecake tu npk gorgeous!

Waalaikumsalam Abg Ady,
ye ke? alhamdulillah..ingat kan nampak comot..hehe

Anonymous said...

sedapnya..mmg terliur pun..hehe

sedap..nanti buat tau...

ieLa yaaCoB said...

errr..yummy2..sedapnyee..tliur air liur nih..huhu

Looks yummy Cheese cake oreo nya..
Salam Kenal dari Melly..follower 417 .. ;)

memang sedap iela yaacob..jangan lupa cuba

Salam kenal Melly Octaviana...nice to know you...

Labels

ahnaf (38) aiskrim (11) apam (7) Ayah (3) Ayam (40) bekal (14) birthday (34) biskut (19) buahan (47) Bubur (13) Coklat (27) cup cake (20) Cuti2 (11) daging (22) Entah (22) Follower (5) GA (18) Info Rumahtangga (5) kek (96) Kenangan (25) kuih (51) lain (59) lepat (1) Majlis (10) makan2 (46) Makanan Laut (43) mee (22) minuman (12) Muffin/Cup Cake (44) murtabak (6) nasi (43) Nazirah (65) NGM8 (5) piza (4) Potluck (4) puding (28) rojak (3) Roti (38) Sayuran (75) sup (34) Telur (9) Tempahan (9)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers