Assalamualaikum dan selamat tengahari
Alhamdulillah telah ketemu kembali dengan penghulu segala hari...hari Jumaat yang penuh barakah...Dah makan tengahari? tentu ramai yang tersanda kekenyangan kan? umi pun sama.. tadi ada sedikit jamuan anjuran rakan2 opis, alhamdulillah murah rezeki hari ni...yang di pejabat, jangan la mengantuk pula ya...
bagi suri rumah pula, mungkin tengah pikir apa pula nak buat minum petang pula...lebih2 lagi musim cuti sekolah sekarang ni... apa kata buat kek pisang yang senang dan cepat disediakan ni.. lagi mudah kalau dibakar dalam cup, lebih cepat dan mudah kerana tak perlu dipotong lagi... hanya terus makan je...resepi yang amat sempoi dan sedap ni dari Sofinar@MyR tu...tapi umi ambil dari blog kak ummi zhaidi yang rajin dan sentiasa ada idea best tu..(kak ummi, puji ada makna ni..hehehe)...
kek ni salah satu kegemaran suami umi..suami umi agak cerewet tentang kek pisang, berdebar umi masa suami umi tengah 'test' rasa kek ni..alhamdulillah, menepati piawai, lain kali umi nak buat kek pisang ni sebab sempoi dan mudah sangat...lebih rezeki, sedang elok je kek ni masak, mama angkat nazirah pun datang singgah rumah...langkah kanan la nampaknya...anak dara umi tu pun apa lagi? tunjukk aksi la kat mama dia, tolong tuangkan air....rajin la tu, semoga sifat tu berkekalan...eh, jom la tengok resepinya...
- 150 gm pisang emas (Ummi letak 6 biji pisang emas kecil) - lecek
- 180 gm tepung gandum
- 180 gm gula perang/gula castor
- 3 biji telor
- 120 ml minyak masak
- 1 st ovalette
- 1 st soda bikarbonat
- 1 st baking powder
- secubit garam
Jom Cuba!
- Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
- Putar dengan mixer hingga sebati dan nampak putih.
- Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak masak.
- Bakar pada suhu 180C selama 40 - 45 minit.
(*Pastikan adunan memenuhi separuh loyang sahaja, kerana kek akan naik hampir sekali ganda lagi)
3 comments:
as-salam siti
kemain merekah muffin tu...i bet for sure they are very delicious siti...
memang sedap abg ady..rugi kalau tak cuba
Hamboi2 anak dara ni...rajinnya =) sape buat ni, umi ke atau si dara yang buat muffin tu??hehe
Post a Comment