Assalamualaikum dan selamat malam
Tentu ramai yang tengah menikmati makan malam bersama keluarga tersayang..hargai la mereka ketika mereka masih hidup...bagi yang telah tiada, jangan lupa untuk mendoakan mereka...kerana ketika kita kecil, ibu bapa atau penjaga atau keluarga kita selalu mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat...mereka sabar dengan kerenah dan perangai kita...walaupun agak nakal tetapi kita tetap istimewa di hati mereka
video diatas ialah video yang ingin umi kongsikan di sini doa yang perlu diamalkan oleh ibu bapa yang anaknya agak 'agresif' dari Ustaz Ismail Kamus kerana doa ibu bapa antara doa yang InsyaAllah akan dimakbulkan...satu doa yang pendek tapi bermakna
ok la malam ini umi tayang red velvet cake dan resepinya umi telah masukkan di dalam entry ini
tapi kali ini umi buat masa keluarga umi dan mertua datang ke rumah..asalnya di atas permintaan SIL umi dan memandangkan kebetulan birthday adik ipar umi Lyana...walaupun dah belated, diharapkan semua puas hati kerana kek baldu merah ini dibuat dengan sepenuh hati...di sini umi salin kembali resepi kek baldu merah ni sebagai rujukan
tapi kali ini umi buat masa keluarga umi dan mertua datang ke rumah..asalnya di atas permintaan SIL umi dan memandangkan kebetulan birthday adik ipar umi Lyana...walaupun dah belated, diharapkan semua puas hati kerana kek baldu merah ini dibuat dengan sepenuh hati...di sini umi salin kembali resepi kek baldu merah ni sebagai rujukan
caption : versi cup cake
Jom Cuba : Red Velvet Cup Cake
Apa yang diperlukan?
Bahan Butter Milk
- 240 ml susu cair
- 1 sudu kecil cuka apple
- 1 sudu besar pewarna merah
Cara : Campurkan susu cair dan cuka apple. Biarkan selama 10 minit. Kemudian masukkan pewarna merah. (nota : Boleh digantikan dengan buttermilk yang ada dijual di pasaraya)
Bahan A
- 250 gram tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu kecil koko
Bahan B
- 50 gram walnut/badam/hazelnut(umi ganti dengan kacang tanah tumbuk)
Bahan C
- 113 gram butter
- 150 gram gula castor
- 1 sudu kecil vanilla
- 2 biji telur gred B
Bahan D
- 1 sudu kecil cuka apple
- 1 sudu kecil baking soda
Cara : Dalam bekas kecil, masukkan baking soda kemudian tuangkan cuka. Kacau sampai hilang buih.
Jom Cuba!
- Pukul bahan C kecuali telur sampai kembang.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Campurkan buttermilk selang seli dengan bahan A sehingga sebati.
- Masukkan walnut.
- Akhir sekali, masukkan bahan D hingga sebati.
- Isikan sehingga separuh cup supaya boleh dihias. Bakar 180 darjah selama 25 minit. (umi bakar 150 darjah, selama 30 minit – ikut oven)
Lemon Butter Cream
- 150 gram Creamwell
- 210 gram gula ising
- 50 gram butter
- 2 sudu kecil lemon paste (umi gantikan sunquick)
Cara : Pukul semua bahan sampai gebu. Masukkan dalam piping bag dan hiaskan cup cake.
(nota : kek hendaklah betul2 sejuk sebelum dihias supaya butter cream tidak cair dan cantik bentuknya)
0 comments:
Post a Comment