Images

Red Velvet Cup Cake 2


Seperti yang umi janjikan, umi masukkan resepi red velvet...bahan2 nampak macam banyak tetapi sebenarnya simple dan mudah..umi asingkan supaya senang bila nak buat, tak de la dah separuh jalan...ada yang tertinggal...selamat mencuba ya...

Jom Cuba : Red Velvet Cup Cake

Apa yang diperlukan?

Bahan Butter Milk

  • 240 ml susu cair
  • 1 sudu kecil cuka apple
  • 1 sudu besar pewarna merah

Cara : Campurkan susu cair dan cuka apple. Biarkan selama 10 minit. Kemudian masukkan pewarna merah. (nota : Boleh digantikan dengan buttermilk yang ada dijual di pasaraya)

Bahan A

  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil koko

Bahan B

  • 50 gram walnut/badam/hazelnut(umi ganti dengan kacang tanah tumbuk)

Bahan C

  • 113 gram butter
  • 150 gram gula castor
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 2 biji telur gred B

Bahan D

  • 1 sudu kecil cuka apple
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara : Dalam bekas kecil, masukkan baking soda kemudian tuangkan cuka. Kacau sampai hilang buih.

Jom Cuba!

  1. Pukul bahan C kecuali telur sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Campurkan buttermilk selang seli dengan bahan A sehingga sebati.
  4. Masukkan walnut.
  5. Akhir sekali, masukkan bahan D hingga sebati.
  6. Isikan sehingga separuh cup supaya boleh dihias. Bakar 180 darjah selama 25 minit. (umi bakar 150 darjah, selama 30 minit – ikut oven)

Lemon Butter Cream

  • 150 gram Creamwell
  • 210 gram gula ising
  • 50 gram butter
  • 2 sudu kecil lemon paste (umi gantikan sunquick)

Cara : Pukul semua bahan sampai gebu. Masukkan dalam piping bag dan hiaskan cup cake.

(nota : kek hendaklah betul2 sejuk sebelum dihias supaya butter cream tidak cair dan cantik bentuknya)


Jemput makan ya

2 comments:

Nisa' said...

You made it easy to make!

Easy for me too...

Labels

ahnaf (38) aiskrim (11) apam (7) Ayah (3) Ayam (40) bekal (14) birthday (34) biskut (19) buahan (47) Bubur (13) Coklat (27) cup cake (20) Cuti2 (11) daging (23) Entah (22) Follower (5) GA (18) Info Rumahtangga (5) kek (96) Kenangan (25) kuih (52) lain (61) lepat (1) Majlis (10) makan2 (46) Makanan Laut (44) mee (23) minuman (13) Muffin/Cup Cake (44) murtabak (6) nasi (43) Nazirah (65) NGM8 (5) piza (4) Potluck (4) puding (28) rojak (3) Roti (38) Sayuran (78) sup (36) Telur (11) Tempahan (9)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers