Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah... hari ini telah dipanjangkan umur dan dilimpah ruah rezeki oleh Allah s.w.t.....hari ni kita masih boleh bernafas dan diberikan kesempatan memperbaiki diri dan bertaubat....sarapan apa pagi ni? umi buat donut ball untuk santapan suami harus ke cyberjaya pagi ni..sebagai alas perut, jadi tak la lapar sangat nak tunggu minum pagi pukul 10 nanti. Sarapan kan baik untuk kesihatan bukan hanya budak2 tapi orang dewasa supaya bertenaga di pagi hari...resepi ni umi ambil dari Izah Daut semalam semasa tengah mencari menu untuk dimasak...izah pula amik dari kak dayang yang kreatif tu....sedap dan lembut je...walaupun dah sejuk tapi masih lembut...warnanya hijau sedikit sebab diletakkan pandan emulco memberikan kelainan ke atas rasa donut ball ni..jom tengok resepinya...Jom Cuba : Donut Ball(pandan)
- 2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
- 1 sudu besar marjerin
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil pelembut doh *saya tak letak
- 1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
- 90 ml susu segar (-/+)*kurangkan sikit
- 1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
- 2 sudu besar gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam
- gula icing atau gula halus untuk saduran
Jom Cuba!
- Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
- Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
- Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
- Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
- Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.
0 comments:
Post a Comment