Monday, May 30, 2011

Kek Coklat Simple Tanpa Telur

Assalamualaikum

Lama betul rasanya umi tak post apa2...kek ni umi buat untuk dimasukkan entry ari jumaat tapi tak boleh nak buat sebab umi cuti ari jumaat...ahnaf, demam nak tumbuh gigi lagi kot..merengek dan tak boleh letak langsung..ye la ragam anak demam macam tu la...sentiasa nak peluk, mungkin tak selesa...ye la bila dengan umi, dia rasa selesa dan selamat...ari ahad pula, satu hari tak boleh nak masak sebab ada tukang paip datang tukar paip rumah umi yang dah karat tu...maklum lah rumah lama, macam2 la ragam nya...alhamdullillah..sekarang semua dah selesai..ahnaf pun dah sihat....

ok la, ari ni umi nak tayang kek yang umi buat minggu lepas....kek coklat simple tanpa telur..resepi oleh umi_e@myresipi.com...banyak resepi dari umi_e ni...bak kata umi_e, resepi ni resepi paling murah dan mudah dibuat! Hasilnya juga memuaskan... moist... umi pun rasa macam tu juga...ok la jom tengok resepi yang mudah dan sedap ni...

Jom Cuba : Kek Coklat Simple Tanpa Telur

Apa yang diperlukan? ( 1 biji sederhana untuk 8-10 orang )

  • 3 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula (castor sugar)
  • 2 sudu teh baking powder
(Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
  • 2 cawan air
  • 2/3 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh esen vanilla
(Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
  • Cokelat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)

Jom Cuba!

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
  1. Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
  1. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih)
  1. Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive