Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

ROJAK AYAM GORENG dari Kuantan..resepi tulisan tangan umi



Untuk Link resepi Klik Kak Azlita
Untuk join jugak cabara, klik Gambar
http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2015/03/cabaran-menulis-entri-dengan-tulisan.html



Wednesday, January 21, 2015

Kuey Teow Sup SEDAP...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Baru masuk minggu kedua persekolahan..umi dha pening fikir menu yang anak2 umi suka untuk makan tengahari...memandangkan anak2 umi suka makan kuey teow.. dan sup..umi google la resepi kuey teow sup terbaik... mesti ada yang kata aik..masak sup pun nak search resepi ke? umi suka nak masak sesuatu yang lain dari biasa... dan yang penting ringkas dan sedap... 

alhamdulillah bertambah-tambah anak umi makan...bagi yang suka ringkas dan sedap..boleh la cuba resepi dari missfarah ni..tq missfarah...cuma untuk anak2 umi, umi skipkan bab cili padi dan umi asingkan untuk umi makan...lebih uummmppphhh...

Resepi : Kuey Teow Sup SEDAP... 

Bahan-bahan ( 5 orang makan )


  • 1 bungkus kuey teow
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 15 tangkai cili api - ikut pada selera kepedasan memasing (ditumbuk)
  • 2 ketul ayam (untuk perencah) ikut berapa banyak la nak letak- umi ganti dengan hirisan daging
  • 2 batang saderi (potong kecik)- umi ganti dengan lobak merah
  • 2 keping tauhu putih
  • sayur sawi- umi letak sayur kubis
  • fishball
  • sos tiram (ikut pada selera memasing) kalau saya mybe letak dalam 5-6 sudu jugak
  • garam
  • daun sup dan daun bawang- tak letak

Cara-cara


  1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebentar sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan sos tiram, kacau dan biarkan sebentar.
  4. Masukkan fishball, tauhu putih dan batang saderi. Kacau lagi hingga sebati ngan bahan2 yang lain.
  5. Masukkan air dan biarkan hingga menggelegak. Kemudian masukkan sedikit garam.
  6. Bila dah menggelegak, masukkan kuey teow dan sawi.
  7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.
  8. Kandungan bahan2 tu sebenarnya saya pun tak berapa sure sebab selalu main campak2 je..kalau orang dah biasa masak tahulah nak ejas mcm mana..sorry kalau ada yang tak faham..
  9. Selamat mencuba.


Monday, December 15, 2014

Mee Jawa..oh..Mee Jawa

Assalamualaikum dan selamat pagi
Sekejap je dah pertengahan bulan Disember.. cepat betul masa berlalu.. Ya Allah semoga manfaat umurku ini... sarapan apa pagi ini? umi macam orang mengidam plak..terbayang mee jawa kak yati...minggu lepas... tapi nak post.. asyik tergendala je.. jadi hari ni..gagahkan juga untuk update...

siapa yang tak kenal kak yati yang pandai buat kuih2 tradisional dan masakan sedap2.. seorang ibu yang rajin dan manis ornagnya... ish..tak payah la cerita panjang ye.. meh kita semak semula resepi kak yati bagi yang nak mencuba..nampak macam banyak tapi sebenarnya amat mudah dan ringkas.. kita nak makan sedapkan?


Resepi : Mee Jawa Sedap
Oleh :- Kak Yati Sinar Kehidupanku
Bahan-bahan

  • 1 kg mee kuning (dicelur dan toskan)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan ekornya dan celur sekejap je..)
  • 2 tangkai daun bawang/ daun sup (dihiris)
  • 4 tangkai cili merah/hijau (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:  

  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar halus)
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 batang serai * (bhn bertanda * di kisar halus)
  • Sedikit halia *
  • sedikit lengkuas *
  • 100 gm udang kering
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 s/b cili kisar
  • 3 s/b serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • air secukupnya ikut kepekatan yg di kehendaki
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang di kisar, rempah & cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan keledek kisar. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan dgn mee yg telah di celur dan bahan yg dihiris.
  5. Tuangkan kuah ke atas mee dan selamat menjamu selera.

Wednesday, April 30, 2014

Spaggeti Carbonara Nutri Goat Miracle 8 ( NGM8) - pelbagaikan makanan sunnah

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Alhamdulillah.. semakin seronok menjalani kehidupan bila anak2 sihat...makan makin berselera... bayangkan..anak2 umi makan bertambah 4 kali...seronok rasa bila dengar lagu "nak lagi umi.. nak lagi umi..".. bukan sebelum ini makan tak bertambah cuma bila umi tambahkan campuran susu Nutri goat miracle 8 atau NGM8 ni..resepi spagetti carbonara yang biasa makin SEDAP tak terungkap...
umi dah tak bimbang bila nak mintak anak2 makan makanan sunnah yang lain..semuanya dah ada di dalam susu ni..8 jenis makanan sunnah..kita usaha..in sha Allah..ada yang dah terliur ke nak resepi ini?.. resepi ini adalah resepi olahan...dari seorang chef Ezani.. umi tak cipta resepi sebab itu bukan kemahiran umi..hihi.. ok..meh la belek bahan apa yang diperlukan..

Resepi : Spaggeti Carbonara NGM8
Oleh : Chef Ezani
Olahan : Umi's Cup Cake

Bahannya;
Spaggeti secukupnya- rebus dan toskan 
1/2 biji bawang besar - potong dadu
2 biji bawang putih - cincang halus
250 ml susu NGM8
750ml air
1 ketul pati ayam
sosej dan bebola ayam secukupnya
1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh lada hitam
1 tin prego mushroom
sedikit garam

Caranya;-
  1. Panaskan butter kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu.
  2. Masukkan cendawan dan sosej serta bebola ayam
  3. Tumis sekejap, kemudian masukkan tepung dan kacau cepat.
  4. Masukkan susu, air dan sos prego. Kacau supaya tidak bergentel.
  5. Akhir sekali masukkan bahan2 lain.
  6. Kacau tanpa henti sehingga sup mengelegak.
  7. Siap dan boleh dihidangkan bersama spaggeti

Monday, December 23, 2013

Akhirnya...maggi kari ketam masam manis

Assalamualaikum dan selamat petang
Ya Allah berikan lah kekuatan dalam menjalankan tugasan harian ku... hari isnin...penuh dengan kerja sebab nak cuti lama sikit nanti... bila nak siapkan semua kerja... dugaannya, hanya Allah yang tahu... tarik nafas...hembus...tarik nafas....hembus... rasa lega sikit... apa pun makan malam untuk malam tadi amat sedap... lepas sudah kempunan akibat di goda oleh Che Mat Gebu... ops, bukan goda fizikal ya...goda hidangan maggi ketam...nampak kan kaki ketam yang terlebih tu...nikmat sangat...
Bagi yang belum cuba...jangan malu... jangan segan...buat je...mudah dan yang penting sedap...lain dari yang lain...umi salin balik resepinya bagi yang ingin mencuba....Terima kasih cik mat

Resepi : Maggi Kari Ketam Masam Manis
Oleh : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mi maggi perisa kari
2 ekor ketam saiz sederhana, dibersihkan
1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
2 biji cili padi merah thai, hiris
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 hirisan nipis halia, hiris halus
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
3 cawan air
1 biji telur
1- 2 biji tomato ceri dihiris untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Sedikit parsley untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan yang agak dalam). Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia, tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan perencah kari mi maggi (yang disertakan sekali dalam paket mi maggi). Kacau rata dan tuang air, biar mendidih.
  2. Kecilkan api dan pecahkan telur perlahan2, pastikan merahnya tidak pecah. Biar telur masak. Masukkan batang sawi, cili padi hiris dan ketam, masak hingga ketam berubah warna. Tambah mi maggi dan biar mi kembang.
  3. Masukkan daun sawi dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Kalau kurang kuah, anda boleh tambah sedikit lagi air. Hias dengan bawang goreng, hirisan tomato ceri dan parsley sebelum dihidangkan.

Friday, July 5, 2013

Spaghetti Bolognese semudah 1,2,3....

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Dialog iklan TV :-
Wartawan  : Anak2 memang suka masakan kedai?
Ibu             : Memang..mereka lebih selera makan makanan kedai...
Anak          : Saya lebih suka nasi goreng ibu tapi ibu dah lama tak masak...

Haa... apa reaksi kalau macam ni ya... ish, kalau umi mesti terkedu.. yela, kadang2 bila kerja ini... kita sibuk sangat...tapi mulai hari ini (eceh) umi akan berusaha untuk masak walau pun simple... ye la macam spaghetti blognese semudah 1,2,3..Chef Riz tu..hehe...
Lebih seronok tengok reaksi anak2 makan macam ni kan...nak gelak pulak...
Mungkin ramai yang dah tau macam mana nak masak spaghetti ni tapi umi nak kongsikan untuk tatapan bagi yang sudi...hehe...

Resepi :  Spaghetti Bolognese semudah 1, 2, 3...

Bahan-bahan

  • 1 paket spaghetti (San Remo)
  • 1 tin Prego Tradisional
  • 1 tin kecil tomato puree (Kimball)
  • 1 paket daging/ayam cincang (Ramly)
  • 1 labu bawang India - potong dadu (yg wrna kuning tu..kalau tak da..bwg besar pun boleh)
  • 4-5 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
  • cendawan butang - hiris nipis2
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • lada hitam
  • garam/gula
  • 2-3 sudu tepung jagung
  • minyak masak & air

Cara-cara

  1. Rebus spaghetti dalam air yg mendidih banyak.. masukkan sedikit garam.. minyak masak.. rebus sampai lembut.. lepas tu tos kan air nya.. bilas sekali lalu dengan air sejuk..
  2. Panaskan minyak.. tumis bawang India & bawang putih sehingga kekuningan
  3. Masukkan daging cincang.. goreng sedikit garing.. 
  4. Masukkan sos Prego, tomato puree & air secukupnya.. (air lebih kurang 1 ke 2 tin sos Prego tu).. tunggu mendidih..
  5. Masukkan cendawang butang & tomato..
  6. Masukkan garam secukup rasa....boleh ganti dengan gula.. masukkan lada hitam sesedap rasa.. kalau nak pedas..boleh taruh banyak..
  7. Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk pekat kan kuah.. sampai tahap pekat yang dikehendaki..
  8. Rasa.. kalau dah sedapppp.. boleh di hidangkan.. yummy yummy!!

Thursday, May 16, 2013

Spaghetti Carbonara Senang!

Assalamualaikum dan Selamat Petang
Apa khabar semua sahabat umi? Hari semalam umi dah dapat Menteri yang baru untuk Menteri Kerja Raya iaitu  Fadillah Yusof dan timbalannya Rosnah binti Abdul Rashid. Semoga dengan adanya barisan Kabinet yang baru ini, kerajaan dan rakyat akan lebih terbela. Lakukan dengan hati yang tulus ikhlas, tentu mendapat berkat dari Allah. amin.
spaghetti yang dicucuk dengan sosej
Ok la berbalik kepada resepi spaghetti cabonara senang ni... atas permintaan puteri tersayang, nazirah... kalau suami umi kurang gemar spaghetti ni... katanya tekak melayu, TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA.. cewah... memandangkan suami umi out-station, boleh la umi masak yang senang2 sahaja.. lagi pun anak2 tengah nak membesar...layan je la... bukan susah pun...resepi ini umi ambil dari blog Salam Dunia... terima kasih Mohammad Majduddin atas pengkongsian ini...izinkan umi kongsikan di sini...

Resepi :  Spaghetti Carbonara Senang!
Oleh :
Bahan-bahan (4-5 orang makan):-

1) 300-350g spaghetti
2) 1 tin sos spaghetti carbonara Prego
3) 1 tin cendawan butang
4) 4-5 batang sosej
5) 8-10 ekor udang saiz sederhana
6) 3-4 ulas bawang putih
7) 1 labu bawang besar
8) 1/2 cawan susu segar
9) Serbuk lada hitam
10) Air, minyak dan garam secukupnya

Cara-cara:-

1) Rebus spaghetti dengan air secukupnya. Masukkan juga garam dan sedikit minyak bersama-sama air. Siap dan toskan.
2) Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
4) Masukkan udang dan sosej. Biarkan seketika.
5) Masukkan sos carbonara Prego.
6) Toskan cendawan butang dan potong kepada beberapa bahagian. Masukkan cendawan butang.
7) Seterusnya, masukkan susu segar dan juga sedikit air. Biarkan reneh seketika. SIAP!
8) Untuk dihidangkan, tabur sedikit serbuk lada hitam ke atas hidangan.

*Minyak dimasukkan semasa merebus spaghetti bagi mengelakknya melekat.
*Air yang ditambah adalah mengikut kesesuaian. Bagi saya yang suka sos spaghetti yang tidak terlalu pekat, saya tambah 1 cawan++ air ketika mereneh sos.
*Bagi saya, garam tidak perlu dimasukkan kerana masin sos Prego sudah cukup. Less Salt. =D
 

Monday, September 10, 2012

Makaroni Kari Keju Bakar Istimewa buat Cik Pn Izan

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi yang setia datang ke blog yang tah apa2 ni..hehe...Umi nak mohon maaf pada sahabat umi, Cik Puan Izan sebab lambat masukkan resepi makaroni kari keju bakar yang diminta pada minggu lepas...bagi sesiapa yang inginkan diskaun penghabisan stok baju raya boleh la ke blog Cik Pn Izan iaitu http://www.lawacollections.com... umi sebenarnya buat ikut rasa dan syok sendiri je...tapi tak salah kalau umi kongsikan cara umi kalau itu memberikan manfaat..jika salah, yang amatur, sila la betulkan silap umi untuk kebaikan  semua.... 

ok la umi kesuntukan masa untuk menulis lebih panjang lebar...jadi umi kongsikan cara umi khas buat sahabat2 umi...

Jom Cuba : Makaroni Kari Keju Bakar

Apa yang diperlukan?
  • 500 gram makaroni - direbus lembut
  • 600 gram daging kisar
  • 50 gram rempah kari daging
  • 2 labu bawang besar *
  • 6 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia * (bahan * ditumbuk)
  • susu segar secukupnya
  • 200 gram sayur campur
  • 4 biji telor (dipukul sedikit dengan garfu)
  • minyak untuk menumis 
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 24 keping cheesedale - boleh kurangkan
Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
  3. Masukkan sayur campur. Kacau masak sebentar.
  4. Masukkan garam dan perasakan, masak hingga agak kering.
  5. Macaroni yang telah direbus di letakkan dalam mangkuk besar, ketepikan. Tuangkan bahan yg telah dimasak tadi ke dalam mangkuk macaroni, gaul hingga rata.
  6. Untuk masukkan dalam bekas pembakar, umi lapiskan campuran makaroni dan cheesedale yg dah disiat-siatkan. Tuang susu segar sehingga 3/4 bekas pembakar dan tuang telur yg dah dipukul (tak perlu gaul, tuang rata2 kat atas makaroni tu).
  7. Taburkan Cheesedale yang disiat di lapisan atas.
  8. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit/hingga masak kuning keemasan. (bergantung kepada size bekas)

Thursday, August 9, 2012

Laksa Johor

Assalamualaikum dan selamat pagi

Pejam celik..pejam celik ... dah hari khamis... apa menu berbuka semalam? umi masak laksa johor...macam orang mengidam plak... punya la nikmat Allah berikan bila dapat makan laksa johor...umi ambil resepi laksa johor ni dari blog kak hana...terima kasih kak hana kerana sudi berkongsi terutamanya sambal belacan yang kick abis...
laksa johor

 bahan sampingan
 Sambal belacan

Jom Cuba : Laksa Johor

Apa yang diperlukan?
  • 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
  • udang basah 100gm
  • isi ikan kurau - 20 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • serai - 2 batang diketuk
  • bunga kantan - belah dua *yg nih hana tmbh
  • asam keping - 2 keping
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • limau kasturi belah 2 dan buang biji- lemon jer ade
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar) - ngak suka!
  • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)- xde
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus- hana mskkan skali ngan kuah
  • Kicap kipas udang / kicap manis- x ltk
  • ** Sambal Belacan- hana gune resepi hana
  • -lada merah 5/6 biji
  • -Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil
Jom Cuba!
  1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  6. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  7. masukkan asam keping
  8. tambah garam dan gula untuk rasa
  9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  10. **Sambal belacan**
  11. mesinkan semua bahan dan hidangkan.

Friday, July 13, 2012

Mee Goreng Kicap Ringkas

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Pejam celik...pejam celik... dah bertemu kembali dengan hari Jumaat yang penuh barakah...tapi umi dilanda kemalasan yang amat sangat...masak pun nak yang ringkas2 je ...lebih baik yang campak2....
 Campak pulak sebarang campak tapi cara Mat Gebu goreng mee kicap yang ringkas...anak2 pun suka sebab tak pedas...anak2 umi lebih suka kalau ada telur dan lebih banyak udang serta fish cake...hehe.. meriah mee kicap umi yang ringkas...sperti biasa umi amik resepinya dari blog DTS...
 Jom Cuba : Mee Goreng Kicap Ringkas


Apa yang diperlukan?
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
2 genggam taugeh, cuci dan toskan - umi tak letak
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng, toskan
50 gram udang
1 ikat sayur sawi
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cawan air
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos tiram, udang dan tauhu, kacau rata dan tolak ketepi kuali. Masukkan telur dan biar mengeras, kacau hancur dan gaul.
  2. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sedikit sos ikan. Tambah air dan, kacau dan masukkan mi kuning, gaul rata dan jika nak lebih gelap, tambah sedikit lagi kicap pekat. Masukkan taugeh dan gaul rata. Rasa dan jika perlu tambah sos ikan. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun sup, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Juga sedap dimakan bersama cili hijau jeruk atau sos cili dan juga ulam timun..

Wednesday, May 16, 2012

Mee Hailam After 6 am & Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan selamat pagi
Hari ni 16hb Mei merupakan hari guru..umi nak ucapkan terima kasih kepada semua guru di bumi Malaysia...terutamanya adik umi, Norliana Ghani...jasamu guru amat bererti dan tiada yang dapat membalasnya...untuk semua guru
tak lupa juga untuk ila-cheqSue...rakan blogger umi yang merupakan seorang guru yang pandai memasak
 
Dah sarapan? Alhamdulillah bagi yang dah sarapan..bagi yang belum, jangan sampai masuk angin ya...kerja, kerja juga tapi kesihatan mesti dijaga...pagi ni umi sarapan mee hailam...resepi ni umi ambil dari blog kak sofea iaiti After 6 am
terliur pula tengok gambar dari kak sofea tu..umi pun check la bahan2 yang ada di dapur kecil..cukup semua bahan..apa lagi, operasi buat mee hailam la..kenyang sangat...tak senonoh kan?
ok la, tak payah bebel sangat pagi ni kan..jom la semak apa yang diperlukan untuk masak mee hailam kak sofea yang sedap dan mengiurkan tu...

MEE HAILAM AFTER 6AM
Apa yang diperlukan: ( 5 org mkn)
1 bks mee kuning-rendam sekejap dlm air panas & toskan
udang sederhana besar
isi ayam-potong nipis
2 sb lada hitam-tumbuk
2 ulas bwg merah-tumbuk
3 ulas bwg putih-tumbuk
1 kiub pati ayam 
4 sb sos tiram
1 sk kicap pekat mee
1 sb tepung jagung-bancuh dgn sedikit air
garam 

sayur2an-ikut le nak letak byk mn
bunga kobis
kailan - umi tak letak
carrot
lada capcicum-hijau - umi tak letak
1/2 btg saleri- umi tak letak
tomato
5-6 biji cili padi-ketuk

Bahan tabur:
Bawang goreng
cili merah
daun sup/daun bawang

Jom Cuba!
1. Bersihkan udang, ambil kepalanya-rebus dgn 2 cawan air+garam hingga   mendidih. Tapis ambil ainya utk jadikan stok.
2. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam, carrot dan stok udang tadi.
3. Bila mendidih masukkan sos tiram, kiub ayam & kicap pekat.
4. kemudian masukkan udang dan semua sayur2an. kacau hingga mendidih dan masukkan mee. Tambahkan air panas jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan siap utk dihidang!

Wednesday, March 28, 2012

Mee Rebus Cik Ani

Assalamualaikum dan selamat pagi

aaaaa.................mmmmmm....................eerrrrrrrrrrrrrrrrr..............aaaaaa..........mmmmm
apa nak bebel ya? selalunya kalau blog2 glamour akan tulis 'wordless wednesday' tapi kalau blog umi ni, menunya ada cuma kata2 je yang tak terucap eh tertulis....sebenarnya umi tak terucap bile makan mee rebus cik ani yang umi salin dari blog Mas Duniaku....memang sedap dan memenuhi citarasa umi sekeluarga...resepi asal dari Chef terkemuka iaitu Che Wan, pastu berjangkit ke blog Mat Gebu...seterusnya blog kak yatie, mas dan lain2 yang tak tersenarai oleh umi..

umi tak yah cakap panjang2 la ya...sebab yang dah cuba semua kata sedap dan yang mencuba tu blogger hebat2 belaka...moh la tengok apa yang perlu ada.....

Jom Cuba : Mee Rebus Cik Ani

Apa yang diperlukan?


1 kg mee kuning
150 g taugeh - buang ekor- tak letak
2 keping tauhu - goreng terendam dan hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
4 - 5 biji telur rebus - kupas dan belah 2 - umi tak rebus, masuk terus je
6 biji limau kasturi - belah 2
Bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah Mee Rebus :
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco - tumbuk lumat
500 g daging lembu - sedap yang ada lemak sikit
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas - dititik
1/3 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato - belah 4
7 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 cm halia - tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
kiub daging - Mas tambah

Jom Cuba!

Untuk Kuah Mee Rebus :
Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas.
Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

Penyediaan Mee Rebus :
Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
Letak telur rebus dan taburkan cili hijau @ merah, tauhu, hirisan daun sup @ daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi.
Hidangkan segera...


Thursday, March 15, 2012

Mee Goreng Basah Kak Yatie

Assalamualaikum dan selamat petang

Lambat umi update hari ni...mesti ramai yang dah makan tengahari..mungkin ada yang tersandar kekenyangan...perut dah pun diisi, tapi makanan rohani kita jangan dilupakan...solat zuhur jangan dilupakan...kalau dah solat, bagi yang nak tido untuk bekalan bangun solat malam, jangan tido lagi...biar 1 jam selepas makan seperti amalan Rasulullah s.a.w...antara lain yang perlu kita amal mengenai pemakanan kita ialah

Jadi berusaha la kita untuk mengikut diet Rasulullah s.a.w. semampu kita...berbalik dengan resepi mee goreng basah ni, umi amik dari blog kak yatie...atas permintaan suami umi yang mahu makan mee goreng basah...suami umi agak keberatan nak makan mee kuning dari kedai memandangkan suami umi kerap sakit perut akibat makan mee kuning...mungkin mee tersebut tidak direbus dahulu...sebagai seorang isteri (eceh), tak sampai hati nak biarkan suami umi 'mengidam'...dgn pantas dan tuntasnya umi pun selongkar la dapur kak yatie..kak yatie jgn marah ya, kak yatie kan lemah lembut orangnya(bukan ayat bodek tau tapi kenyataan)...maka terhasil la mee goreng basah seperti di bawah...bebel pulak umi ni kan? apa lagi jangan lengah, amik resepi kat bawah ni..terus buat malam ni....hehe

Jom Cuba : Mee Goreng Basah Kak Yatie

Apa yang diperlukan?

* 500 gm mee kuning(saya guna spaghetti...rebus sampai lembut dan toskan)
* 1 cwn udang basah/sotong
* 100 gram hirisan daging (rebus hingga empuk dahulu)-umi tambah
* 2 sb cili kisar
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 1 sb udang kering-umi habis stok, ganti dgn ikan bilis je
* 2 sb sos tiram
* 2 sb sos tomato
* 3 sb sos cili
* sedikit kicap pekat
* 1 biji tomato belah 4
* taugeh- tak ada stok
* sawi
* minyak utk menumis

Jom Cuba!
1. Bawang putih & bawang merah dikisar halus bersama dngn udang kering. Panaskan minyak & tumis bahan yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
2. Bila cili dah masak, masukkan udang/ sotong,biar dalam 2 minit & masukkan sos tiram,sos cili & sos tomato.
3. Bila rasa semua dah ok,masuk mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Tutup api & masukkan taugeh.Gaulkan biar rata & makan panas2....
4. Hiaskan dengan hirisan timun

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive