Friday, July 13, 2012

Mee Goreng Kicap Ringkas

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Pejam celik...pejam celik... dah bertemu kembali dengan hari Jumaat yang penuh barakah...tapi umi dilanda kemalasan yang amat sangat...masak pun nak yang ringkas2 je ...lebih baik yang campak2....
 Campak pulak sebarang campak tapi cara Mat Gebu goreng mee kicap yang ringkas...anak2 pun suka sebab tak pedas...anak2 umi lebih suka kalau ada telur dan lebih banyak udang serta fish cake...hehe.. meriah mee kicap umi yang ringkas...sperti biasa umi amik resepinya dari blog DTS...
 Jom Cuba : Mee Goreng Kicap Ringkas


Apa yang diperlukan?
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
2 genggam taugeh, cuci dan toskan - umi tak letak
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng, toskan
50 gram udang
1 ikat sayur sawi
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cawan air
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos tiram, udang dan tauhu, kacau rata dan tolak ketepi kuali. Masukkan telur dan biar mengeras, kacau hancur dan gaul.
  2. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sedikit sos ikan. Tambah air dan, kacau dan masukkan mi kuning, gaul rata dan jika nak lebih gelap, tambah sedikit lagi kicap pekat. Masukkan taugeh dan gaul rata. Rasa dan jika perlu tambah sos ikan. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun sup, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Juga sedap dimakan bersama cili hijau jeruk atau sos cili dan juga ulam timun..

6 comments:

ady said...

as-salam siti
suka mee goreng yg basah2 macam siti masak ni.. berselera sungguh tgk mee goreng tu..

umi's cup cake said...

Salam ABg Ady.
suami dan anak2 siti suka makan mee goreang yang basah..kalu yang kering kurang laku...

zila norazila said...

salam umi..walaupun ringkas tp sedap ..fav jgk nie..buat basah2..kecurrr jew.

umi's cup cake said...

Salam zila sayang,
tu la kadang2 yang ringkas tu lebih terliur kan...

Linz Shopee said...

hai...salam ramadhan...suka nye tgk resepi2 ni...boleh bt bila buntu idea nk berbuka..ptg ni leh la bt ni.. :) nti sng2 follow blog saya...saya nk gk2 resepi nti.. blh kn..thanks tau..

umi's cup cake said...

slam linaakhtar,
alhamdulillah mmg niat nak berkongsi...nnt sy follow..skrg tak dpt update sbb internet ada problem sikit...hehe tq again

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive