Wednesday, July 11, 2012

Pop Cake ....sedapnya

 Assalamualaikum dan selamat pagi

Coklat lagi...jangan jemu pulak ya...hari ni umi nak kongsi resepi pop cake...first time umi buat...dah lama 'mengidam' nak buat pop cake ni...hasilnya sedap cuma rupanya je kurang sikit...tangan umi ni keras la..tak berseni...
Umi guna kek coklat kak shahriah yang memang umi sengaja tinggalkan sedikit untuk buat pop cake ni...ada 4 ketul kek cawan dan umi adjustkan resepi mengikut kuantiti yang umi ada la...seronok bila dapat 'main pondok2' dengan anak2 terutamanya nazirah yang sibuk sangat nak jadi chef junior...ahnaf pulak, sprinkle warna warni tu lebih masuk ke mulut berbanding hias kat pop cake tu...habis comot anak2 umi tu..tapi yang lebih penting masa masak sama2...ops lupa resepi ni umi ambil dari myresepi.com oleh sevenoktober...terima kasih yang empunya resepi...moh la tengok bahan2nya....

 Jom Cuba : Pop Cake

 Apa yang diperlukan? ( 20 biji ++ )

  • Lebihan Kek (apa2 perisa pun boleh)- umi guna kek coklat kak sha
  • 50g butter (unsalted)
  • Sprinkle warna warni
  • Batang Lolipop / Lidi Sate dalam ukuran 15cm
  • Chocolate (dairy choc / dark choc / white choc)
  • Kotak polistrene
  • 1.5 tbsp Shortening / butter
  • Bahan-bahan hiasan yang digemari ikut kreativiti masing-masing. (contohnya)
  • 1- Badam Hancur (mesti dibakar dulu badamnya)
  • 2- Sprinkle warna-warni
  • 3- Chocolate rice
  • 4- Eadible Beads
  • 5- Smarties / M&M

Jom Cuba!

  1. Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.
  2. Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. Maka base Cake Pop Anda dah pun siap.
  3. Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2 jam. (gunakan ruang simpanan biasa, tak perlu dimasukkan dalam freezer). Tujuannya adalah supaya adunan kek yang dah dibentukkan tadi jadi betul2 pejal.
  4. Setelah 2 jam, sekarang dah bolehlah memulakan proses menghias Cake Pop anda.
  5. Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiling. Setelah chocolate 75% mencair, tutup api dan masukkan shortening ataupun butter dan kacau menggunakan sudu sampai semua bahan cair.
  6. Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil Satay Stick ataupun batang lolipop dan cucukkan pada cake pop. Cake Pop anda akan kelihatan seperti lolipop.
  7. Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair ke bahagian cake pop sehingga chocolate menyaluti Cake Pop tersebut. Sebelum chocolate mulai mengeras, taburkan sprinkle dan kacang ikut kreativiti anda.
  8. Cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polisterine supaya chocolate boleh mengeras sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
  9. Cake Pop anda dah siap dihias! Boleh juga dibungkus dengan plastik dan dinikmati bersama yang tersayang waktu menonton TV.

 Seronoknya anak umi ni kan...umi lagi seronok....

Related Posts:

  • Simple Brownies Kak Fida Assalamualaikum dan Selamat petang '' Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah drpd curahan hujanmu" (Surah Hud: 44)  Pagi ini umi dapat perkhabaran rakan2 di Dungun, rumah mereka pula banjir.. walaupu… Read More
  • Tempahan Kek Cawan Coklat Moist Ana Muslim untuk Tabika I Kids Assalamualaikum dan selamat tengahari Alhamdulillah...selesai sudah menyiapkan 80 biji kek cawan coklat moist untuk sambutan Maulidur Rasul kanak2 di Tabika I Kids di Taman Seri Gombak... umi cuma menggunakan edible image… Read More
  • Kek Coklat Moist Tempahan dan mini kek Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi..haha..pagi2 ni tunjuk kek yang dah lama tapi baru nak post... umi lupa sebelum ni..hari ni plak, penat baru balik dari penang masih bersisa.. jadi tunjuk ni je… Read More
  • Victoria Sandwish Cake untuk ulangtahun pernikahanku.. Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat ilahi... hari ini 26hb November 2013 genap 7 tahun usia perkahwinan umi dan suami...waktu yang agak singkat berbanding orang lain tapi cukup bermak… Read More
  • Kek Sifon Coklat Assalamualaikum dan selamat pagi Atas permintaan anak2 umi yang inginkan bawa kek sifon coklat ke rumah pengasuh...kek sifon ini memang lembut sangat...bak kata nenek umi, yang tak ada gigi pun suka sangat makan kek sifon… Read More

4 comments:

Unknown said...

salam Umi..
sedapnya nampak cake pop tu akak pun dah lama teringin nk buat tapi belum lagi terbuat mana tak nya kek asyik habis je hee suatu hari mesti nak lebihkan kek jugak nak buat ni..

umi's cup cake said...

Salam kak Noor,
tu la sebab kek selalu habis..tapi kali ni dengan penuh azam (cewah) umi tinggalkan sedikit dengan harapan boleh buat cake pop..cuba la kak noor memang berbaloi

zila norazila said...

salam syg ummi..tgk bdk2 tue puas hati dapat mkn pop cake hasil umi dia..wahhh zila nk join skali la..he hehe x pernah tau pun pop cake umi..pestime dgor nie..he hee ktinggalan btl la kan:)

umi's cup cake said...

Salam zila syg...
boleh la join budak2 ni...ada lagi tu..nanti buat tau...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive