Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label Follower. Show all posts
Showing posts with label Follower. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Tanpa Mu Sahabat

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2013

Apa khabar semua sahabat maya umi's cup cake. Alhamdulillah telah menjangkau kita ke tahun baru... banyak pengalaman baru dan lama yang ingin umi kongsikan di sini cuma belum ada kesempatan sahaja lagi... pengalaman yang suka, menarik, teruja dan tak ketinggalan yang panik pun ada juga... umi harap tak terlambat untuk umi mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Memulakan sesi persekolahan buat adik2, anak2 dan semua pelajar yang umi kasihi...

Anak umi, Nazirah juga tidak ketinggalan dalam memulakan sekolah tabikanya...satu pengalaman baru, bukan sahaja buat nazirah tapi umi juga...yang menarik, umi pun masuk tabika semula...hehe.. seronok ada, sayu ada bila nazirah menangis takut umi tinggalkan di tabika... hilang je umi dari pandangan matanya...sepantas kilat nazirah muncul di muka pintu... tak sampai hati...umi masuk semula...sampai dua kali sehingga umi jadi penunggu pintu...pengalaman baru yang tak akan umi lupakan...umi juga seronok kerana menyediakan pelbagai sarapan untuk mengalas perut nazirah ke tabika...ahnaf pulak macam mana ya?...ahnaf sedih sebab tiada kakak di sisi...macam2 kan...

Umi juga akan menceritakan pengalaman umi memasuki kelas Chef Amer di Johor Bahru nanti...tunggu ada kesempatan akan umi kongsikan Kelas Kek Komersial... siapa sangkan rezeki umi, sebab umi ingatkan tiada kesempatan dan peluang tetapi TERIMA KASIH suami umi tercinta kerana memberi izin...I LOVE U SO MUCH DEAR...disamping itu juga umi berkesempatan berjumpa blogger idola umi iaitu Kak Azlita Aziz dan anaknya, Dalili...alhamdulillah, semua doa dan impian umi untuk tahun 2012...Terima Kasih ya Allah...

Umi juga akan ceritakan pengalaman berada di Melaka semasa bercuti baru2 ini... tak sangka 'jam' sangat2...tapi ye la kan, bukan kita saja yang nak cuti dan berjalan2 tapi semua orang nak menghabiskan masa buat keluarga tercinta....InsyaAllah, ada kesempatan...umi akan cerita kan semuanya...

Apa2 pun, terima kasih buat semua kerana masih sudi menjenguk blog umi yang tak seberapa ini...azam tahun ini, umi akan cuba update sekerapnya dan lebih komited...amin...

Akhir kata, umi sayang ANDA semua...tanpa anda, siapa la umi's cup cake...

Friday, July 6, 2012

GA Pengunjung Ke 50,000

Assalamualaikum dan selamat petang

Umi tak pernah buat GA dan buat julung kalinya umi nak buat GA untuk mengunjung blog Umi's Cup Cake yang picisan je ni...Sepatutnya umi nak buat GA masa ulang tahun blog tapi kerana kesibukan... terbiar je, untuk tebus balik...umi nak buat GA untuk pengunjung yang dapat print screen kunjungan yang ke 50,000 dan hantarkan maklumat kepada umi...

Jika tiada yang dapat print screen....mana2 pengunjung yang hampir akan umi pilih...umi harap ada yang dapat join GA pertama dari umi ni ya...semoga GA ni menambahkan ukhwah sesama kita....

Harap dapat pengunjung yang bertuah tersebut.... SIAPA TU?

Hadiahnya dalam perancangan, insyaAllah...berbaloi

Wednesday, September 14, 2011

Alahai no 362, hilang sudah mengantuk umi

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tentu ramai yang kenal akan wajah ayu yang berbaju warna unggu ni kan....seorang blogger masakan yang hangat di pasaran...sentuhan kreatifnya mengagumkan...siapa yang tak kenal Kak Norazmihah atau lebih dikenali sebagai Kak Nor67, empunya blog Secubit Garam....

Kenapa umi bercerita pasal kak nor petang ni? Apa kaitan kak nor dengan mata umi yang mengantuk tu? Kak Nor bagi umi makan ubat apa? Ish...Kak Nor tak ada bagi umi makan ubat apa2 pun untuk menhilangkan mata yang mengantuk ni, CUMA.....

Kita layan dulu gambar pasangan bahagia ni dulu, cantik kan? jangan marah ya kak nor..mintak ampun sebab curi gambar untuk entry kali ni....

Umi sambung semula, al-kisah sebenarnya mata umi mengantuk sangat petang ni sebab lewat tidur sedikit malam semalam...jadi dalam tengah melawan rasa mengantuk yang maha hebat ni(amboi, teruk benar bunyi kan?)....jadi umi pun buka la blog ni untuk melihat perkembagan blog yang tak hape2 ni....bila umi larikan mouse ke follower no 362, keluar la nama seperti di bawah....


Hilang terus rasa mengantuk umi, akibat terkejut dan terharu...blogger yang terkenal follow blog cabuk ni....dengan rasa rendah diri, umi nak ucapkan terima kasih pada kak nor kerana sudi jadi sahabat umi dan tak lupa juga pada sahabat2 umi yang lain yang banyak sokong umi...

Keluarga bahagia kak nor

antara majalah yang ada resepi kak nor

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive