Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Tuesday, June 23, 2015

Cornflake Madu Tradisi semudah 5 langkah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah telah masuk hari ke 6 Ramadhan... ada yang dah mula buat kuih raya? umi baru buat Cornflake Madu Tradisi yang telah bertahun keluarga umi buat untuk jualan raya.. dah lebih 10 tahun selain tart nenas, almond tofobar, biskut coklat urai, semprit, dahlia dan beberapa jenis lagi.. keluarga umi buat kecil-kecilan utk kawan sepejabat ibu, jiran-jiran dan kawan kami adik beradik... semua kuih tu jadi kegemaran kawan umi bila berkunjung ke rumah... setiap kali raya mesti tanya.. indahnya memori kan... dan sekarang menjadi salah satu kegemaran anak2 umi dan keluarga mertua..kali ini umi buat atas permintaan nazirah yang berpuasa.. sekejap je dah separuh balang...

Nak buat biskut ni mudah je dan bahan2nya pun senang.. meh la cuba ye...

Resepi : Cornflake Madu Tradisi
oleh : Umi's Cup Cake

Bahannya;-
2 kotak Corn Flake Nestle (umi mmg pakai ni-sedap)
http://www.youbeli.com/images/products/full/335304.JPG 











250 g buttercup
4 sudu besar gula
1 cawan madu / golden syrup
5 cawan kacang tanah yang di panggang (optional)

Cup kertas secukupnya

Caranya:-
1. Pnaskan kuali. Masukkan madu, gula dan buttercup. Biar sehingga buttercup cair.
2. Padamkan api. Masukkan pula cornflake dan kacang. Gaul rata.
 3. Isikan aduanan ke dalam cup kertas.
 4. Bakar cornflake madu dalam oven selama 10 minit pada suhu 160 darjah mengikut oven masing-masing. tujuan supaya ia melekat antara 1 sama lain.
 5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dimakan.

Tuesday, April 1, 2014

Biskut Masin Cheese Lapis



Assalamualaikum dan selamat petang

Hari ini sudah hari yang ke 25, pesawat MH370 hilang... hati meruntum untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku..bukan mudah untuk ahli keluarga serta sanak saudara menghadapi.. seluruh rakyat terasa akan kehilangan ini... hanya doa mampu dikirimkan agar segala persoalan terungkai.. selagi bukti belum ditemui..selagi itu, hati mengharap...

Doa Hilang Barang

Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah. - kredit kepada blog http://ikhwanzhaki.blogspot.com... untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini

berbalik kepada resepi hari ini sebenarnya telah lama dalam simpanan umi tapi baru buat hari Ahad yang lepas... resepi mudah hasil perkongsian Cara mudah buat kek yang di kongsikan pada 22 Feb lepas... bagi pengemar cheese, resepi ini mesti dicuba..sangat mudah dan kepuasan dalam setiap suapan...in sha Allah terasa cheesenya... nikmati rasa sejuk dan nyaman hingga ke suapan terakhir.. jadi, tunggu apa lagi..meh la cuba...

Resepi : Biskut Masin Cheese Lapis

Bahan2nya:
A
250g cream cheese
1/2 tin / 250g susu pekat

B
1 paket biskut masin (saya guna Golden cracker Julie's)

C
Oat / nestum
# saya guna dua2 sekali (Quacker oat with cereal)

Biskut Oreo hancur secukupnya - umi tambah

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang false bottom pan segiempat bersaiz 8 inci, supaya mudah untuk keluarkan dari acuan nanti. Alaskan dasar loyang dengan plastic wraper.

2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Ketepikan.

3. Susun biskut dengan kemas dalam loyang.


4. Sapukan rata adunan cheese sedikit atas biskut yang disusun tadi. Taburkan dengan bahan C.

5. Ulang semua proses tadi hingga biskut & bahan C sehingga adunan cheese habis. Tutup dan sejukkan 1-3 jam atau semalaman baru dipotong.


Tuesday, October 16, 2012

Biskut Kenyal Coklat

Assalamualaikum dan selamat pagi

 Coklat lagi? hehe..jangan jemu ya...minggu ni tengah terasa nak makan coklat je...yang coklat tu memang menarik dan hati umi serta anak2 sentiasa tertarik....macam lagu apa ya, yang bunyi macam ni...."Coklat kau memang menarik..ku tertarik....memang deboom"...hehe entah betul ke tak liriknya macam tu kan?
Hari ini umi nak kongsikan salah satu dari 500 resepi biskut dari buku 500 biskut hasil nukilan Philippa Vanstone yang telah diterjemahkan keluaran Marshall Cavendish Cuisine... rasa seronok dan teruja melihat gambar2 biskut di dalam buku tersebut...bila tengok biskut ni nama biskut kenyal coklat, dalam hati berbisik...kena cuba ni...balik kerja, umi pun mulakan operasi...tak sabar nak tunggu biskut tu sejuk...bila biskut dah sejuk, dengan lafaz bismillah...Subhanallah, sedapnya..kenyal dan yang utama rasa coklatnya...nikmat Allah beri...
ok la umi tak nak rasa sorang2...meh la tengok resepi biskut kenyal yang mudah ni...

Jom Cuba : Biskut Kenyal Coklat

Apa yang diperlukan?
175 gram coklat gelap - dicincang
50 gram mentega tanpa garam
50 gram tepung serbaguna
1/4 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
2 biji telur
250 gram gula kastor
1 sudu teh esen vanila
115 gram coklat biasa - dicincang

Jom Cuba!
  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 darjah. Alaskan dua keping dulang pembakar dengan kertas minyak.
  2. Cairkan coklat gelap dan mentega. Biarkan sejuk sedikit, ketepikan.
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
  4. Di dalam berasingan, pukul telur, gula dan esen vanila sehingga pekat da putih.
  5. Masukkan coklat cair ke dlaam campuran telur, diikuti tepung dan ketulan coklat.
  6. Sudukan adunan mengunakan sudu ke atas dulang pembakar dan bakar 8 hingga 10 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dan letak atas rak. Sejukkan.
  8. Apabila sejuk sepenuhnya,masukkan ke dalam bekas kedap udara. Biskut ini tahan selama 2 hingga 3 hari.

Friday, September 7, 2012

Emmmm...Sedapnya...

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Hari ni ofis umi buat potluck (betul ke ejaan ni?) untuk pelajar praktikal yang akan tamat belajar...tempoh praktikal hanya 2 bulan sahaja... umi hanya bawa makaroni kari bakar...
 Antara menu yang ada ada ialah nasi lemak sotong, nasi lemak rendang daging, nasi lemak ayam disamping....
 Puding Roti
 Kek Coklat Lembab
 Biskut Raya
 Kek Batik dan Strawberry Cheese Tart
 Puding Buih
 dan tidak ketinggalan, keropok keping...
 Ni pun ada, best tau...
 Nanti umi kongsikan resepi yang entah apa2 utuk makaroni kari berkeju bakar ni

 Sebahagian opis mate umi..hehe

Monday, September 3, 2012

Biskut Badam Delight & Salam Ukhwah ELC

Assalamaualaikum dan selamat pagi

Apa khabar semua rakan serta sahabat2 umi...maaf sebab mengambil masa yang lama bila bercuti..lebih2 lagi cuti raya...hehe.. sebenarnya malas nak update..baca hari2 tapi nak ambil mood untuk menulis ada sedikit kekangan...kekangan apa tu?...biar la rahsia ya..hehe


Tentu ramai yang telah buat rumah terbuka...penuh sungguh jadual, itu belum masuk kenduri kendara yang diadakan sempena bulan syawal yang mulia...Kepada yang mendirikan ruamhtangga, Selamat Pengantin Baru diucapkan dan kepada yang menyambut ulangtahun, tak kira ulangtahun kelahiran atau perkahwinan.... Semoga sentiasa dirahmati Allah...

Yang paling seronok sekali, umi dapat menjalinkan ukhwah lebih dari alam maya ni dengan seorang blogger yang bukan sahaja pandai masak tapi seorang jurutera...umi dapat panggilan telefon dari beliau masa sebelum raya ari tu...dengan perasaan terkejut dan teruja bila dapat bercakap dalam talian...terima kasih kerana sudi menjalinkan ukhwah...beliau adalah pemilik blog Engineers love cooking yang dah masuk dalam petitchef.com.



Ok la untuk pemanas blog, umi nak kongsikan resepi biskut raya yang umi dah cuba tapi tak masuk dalam blog ini iaitu biskut badam delight oleh kak ct delima... biskut ini kegemaran nazirah dan sekali makan sampai 5 ketul...sedap sungguh...jom kita semak resepinya dari kak ct delima..terima kasih ya kak ct dan mohon share...

Jom Cuba : Biskut Badam Delight

Apa yang diperlukan?
  • 250 gram mentega
  • 85 gram gula aising
  • 100 gram tepung jagung
  • 250 gram tepung gandum
  • 30 gram tepung beras
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 50 gram badam cincang
  • cawan kertas secukupnya

Untuk hiasan : 
  • Coklat masakan secukupnya - umi guna coklat putih
  • Coklat urai secukupnya - umi guna yang warna warni

Jom Cuba!
  1. Putar mentega dan gula aising hingga kembang. 
  2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla, badam cincang serta tepung. Gaul adunan hingga rata. 
  3. Bulat2kan sebesar biji guli dan bakar pada suhu 170 darjah celcus selama 20 minit atau sehingga masak. 
  4. Sejukkan dan masukkan dalam cawan kertas. 
  5. Hiaskan dengan coklay masakan dan taburkan coklat urai diatasnya.

Tuesday, August 7, 2012

Green Peas Cookies

Assalamualaikum dan selamat pagi

Jangan betulkan warna screen blog anda... memang biskut ni tak hijau seperti yang sepatutnya...umi salah beli tepung kacang hijau...ampun pada yang empunya resepi iaitu kak yatie sinar kehidupan ku... umi dengan tak sengaja dah derhaka resepi akak....tapi rasa memang sedap...lain kali nak gandakan aduanan supaya dapat banyak
Resepi biskut ni simple dan mudah dibuat kerana tak perlu guna mixer bagai...hanya kacau sebati je...dek kerana excited sebab senang tu la hingga salah baca resepi... kira halal ya kak yatie...jom semak apa yang perlu?

Jom Cuba : Green Peas Cookies


Apa yang diperlukan?
  • 1 cwn Tepung Kcg Peas
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Gula Aising
  • 1/2 st Baking Powder
  • 1/2 st Garam
  • 1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
  • 1 biji Telur Kuning-Yatie tambah sedikit warna kuning
Jom Cuba!
  1. Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.

Monday, August 6, 2012

Cornflakes Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar semua pengunjung umi's cup cake...mohon ampun sebab lama tak update blog...di landa sifat tak elok iaitu malas disamping banyak kerja yang perlu di utamakan dahulu...bukan blog tak penting cuma kena susun jadual yang agak padat sedikit ni...

Alhamdulillah masuk minggu ke tiga ni ramai yang mula mengukis pelbagai jenis biskut... pelbagai rupa dan rasa.. semuanya cantik2 dan menarik..sampai umi pun rambang mata nak buat mana satu..semuanya nampak sedap... nazirah pun main tunjuk2... umi nak yang ni, nak yang tu... sama2 rambang mata..hehe... cuma yang umi baru buat yang senang je iaitu Confalkes Chocolate Chip yang dikongsikan oleh si cantik manis Evelyn Gemina pemilik blog My Baking Workshop... biskut ni memang sedap dan umi (serta nazirah) tak berenti mengunyah..seronok sangat...terima kasih Evelyn....jadi jangan lengah lagi, jom tengok bahan2nya...

Jom Cuba : Cornflakes chocolate chip cookies

Apa yang diperlukan?
A
250g butter
150g gula kaster
2 biji kuning telur
1/2 sk esen vanila

B
180g tepung gandum, diayak
200g tepung jagung, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
100g cornflakes, diramas kasar

C
Chocolate chip untuk hiasan

Jom Cuba!
1. Pukul bahan2 A hingga kembang.

2. Masukkan bahan2 B sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.

3. Bentukkan bulat & susun atas dulang pembakar, tekan sedikit atasnya guna garfu.

4. Hiaskan dengan sedikit chocolate chip.
5. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit.

6. Sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, July 12, 2012

Bubur Kacang Durian & Biskut Cheese

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Apa khabar? Semoga sihat dan dalam lindungan Allah...Dah sarapan? Umi baru je makan bubur kacang durian...al maklum la bila musim durian, ini salah satu menu yang umi suka buat...makan suam2 dengan biskut cheese yang lemak2 masin...sedap je masuk ke tekak ni...
Pastu bila ada lebih, umi buat jadi aiskrim malaysia versi kacang hijau...musim panas ni, sejuk tekak...tapi kena la buang biji duriannya dulu ya..tak muat masuk dalam plastik aiskrim tu nanti...sedap tau...ok la umi kesuntukan masa nak tulis panjang2...umi tepekkan resepi Blog Dapur Tanpa Sempadan yang umi selalu guna untuk baut bubur kacang durian ni...selamat mancuba...
Jom Cuba : Bubur Kcang Durian
 
Apa yang diperlukan?
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam 4 - 5 jam (kalau guna pressure cooker tak perlu rendam)
1/2 ketul gula melaka, potong kecil*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya
1/2 camca teh garam
Gula (jika kurang manis)
Air jika perlu
Jom Cuba!
  1. Rebus kacang hijau hingga empuk dan kembang. Masukkan air gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau rata. Tambah durian dan biar mendidih. Masukkan garam dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Dan jika suka bubur kacang cair, tambah air secukupnya. Masak sekejap.
  2. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau biskut tawar. Sedap juga dimakan sejuk. Kalau tak habis, boleh dijadikan aiskrim malaysia.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda gunakan pressure cooker atau periuk tekanan, masa yang diambil untuk merebus kacang hijau sekitar 6 - 7 minit dan tak perlu direndam dahulu.

Tuesday, July 10, 2012

Coklat Oreo Upin & Ipin

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Pagi2 dah tayang coklat kan...buat rosak gigi anak2 je...jadi pesan penaja, sila gosok gigi setelah selesai makan coklat...hehe
Dah lama nak buat coklat oreo ni tapi asyik tertangguh je sebab biskut oreo dah abis sebelum jadi coklat...bukan setakat anak2...ayah anak2 pun sama jugak...sila celup dalam susu ya bila makan biskut oreo...
 
 Tengok je ya..anak2 umi makan coklat oreo...nak bagi dah abis...konon2 aksi manja la makan coklat tu...
 Cuba tengok isi coklat oreo yang sedap tu...ditambah dengan gambar upin & ipin kegemaran...
Tengok tu..kak nazirah dah cop dulu..takut adik abis kan semua...ops lupa, resepinya umi ambil dari blog kak azlita aziz...kalau nak tengok step by step...tengok la kat link ni ya...tq kak ita...
Jom Cuba : COKLAT OREO
By : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat















Apa yang diperlukan?
  • 300 gm coklat susu kompaun
  • 1 bungkus biskut oreo
  • Edible Imej secukupnya.
Jom Cuba!
  1. Coklat susu kompoun di racik halus
  2. Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
  3. Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
  4. Masukkan coklat dalam piping bag
Cara
  1. Mula-mula sediakan acuan seperti di bawah.

2. Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering.

3. Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja

4. Kemudia ketuk-ketukkan acuan  atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar

5. Selepas itu, susunkan biskut oreo.

6. Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya dia masuk ke dasar  sedikit.

7. Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.

8. Hentak-hentak lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara.
Jika ada yang tak rata nanti ratakan ya.. tekan-tekan sikit.

9. Simpan dalam peti ais hingga mengeras.

10. Setelah keras keluarkan dari acuan.

11. Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya



12.Sediakan Edible Imej yang kita suka.

13. Sapukan sedikit coklat di belakangnya.

14. Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi. Kemaskan.



Wednesday, April 25, 2012

CHOCOLATE CHIPS BROWNIES

Assalamualaikum dan selamat pagi

pagi2 umi dah tunjuk brownies... macam mana la berat badan nak turun...makin di pam2 lagi ada la kan kalau breakfast pun brownies dan susu...sebenarnya nak cerita mixer umi patah (ganaz benor kan?)..jadi umi cari la resepi yang kacau2 manja la...maklum la, nak betulkan tak sempat2 nak singgah kedai baiki...(sedih tak?, tolong la sedih sebab umi rasa sunyi tak dengar bunyi mixer tu)...

umi plak ada kursus so nak bfast sesuatu dengan susu...selongkar la dapur izah, jumpa la brownies yang amat mudah dan sedap ni...suami umi pun puji melangit kat izah tau...terima kasih resepi dari kak hana dan terima kasih juga izah yang tunjukkan jalannya....suami umi suruh buat lagi ujung minggu ni, tak puas makan katanya....

kalau nak tau, izah ni menerima pelbagai temapahan muffin, apam polkadot, blueberry cheesetart, muffin coklat (fav order), puding roti dan mable cheese brownies...area KL dan ampang serta sekitarnya...bak kata izah,
Bagi siapa yang mahu order boleh email saya di baisku09@gmail.com
atau message saya di FB.(tekan link FB tu ya)

Jom Cuba : CHOCOLATE CHIPS BROWNIES

Apa yang diperlukan?
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula perang - kisar dahulu
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/3 cwn minyak masak@butter cair
  • 1/2 cawan chocolate chips

Jom Cuba!
  1. Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  3. Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
  4. Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.

Tuesday, February 21, 2012

Bubur Kacang Durian - Resepi Warisan

Assalamualaikum dan selamat pagi

Pagi2 lagi umi dah tunjukkan bubur kacang hijau..sebenarnya dah lama buat cuma tak masukkan dalam post je..umi buat banyak sikit sebab makan banyak versi, maklum la peminat durian...umi makan panas2 dengan roti...dan bila disejukkan, umi makan dengan biskut lemak tapi lebih sedap bila di'frozen' kan..macam makan aiskrim...lemak berkrim dan disukai ramai...

Macam biasa umi ambil resepi 'melayu' ni dari dapur mat gebu, resepi yang sama cuma banyak kali dan itu yang terliur sangat tu...senari post dari mat gebu ialah seperti kat bawah ni...

Banyak kan..dan senang cari....bila la agak nya dapat jumpa sifu si mat gebu ni kan...perasaan selalu mengebu cuma siapa la umi..hanya melukut di tepi gantang je la...hehehe..jom semak resepi best ni..


Jom Cuba : Bubur Kacang Durian

Apa yang diperlukan?

  • 2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
  • 1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 helai daun pandan*
  • 2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
  • Sedubit garam
  • Gula, jika kurang manis
  • 1 liter santan
  • Air jika perlu
Jom Cuba!

  1. Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
  2. Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Juga sedap dimakan bersama roti atau biskut krim kraker..

Wednesday, January 25, 2012

Oreo Cupcake

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar? Pasti ramai lagi yang masih bercuti, terutama yang ada anak2 yang bercuti selama seminggu kan? masa yang ada di manfaatkan bersama keluarga...bagi ibu2 pula, masa ini la pelbagai juadah disediakan bagi memastikan perut anak2 diisi dan memasak bersama keluarga adalah memori yang indah


Bagi yang tercari2 minum petang yang mudah dan cepat disediakan, boleh la mencuba oreo cupcake ini..anak2 memang suka makan biskut oreo...selain tidak dicelup dalam susudan dimakan begitu sahaja, ini adalah salah satu alternatif untuk ibu2 dalam pelbagaikan makanan kesukaan anak2...apatah lagi di hiasi dengan buttercream...amat memikat mata memandang...

Untuk yang tidak suka makan buttercream, kek ini juga sedap dimakan macam tu sahaja...resepi ini umi ambil dari koleksi kak Azlita Aziz, sudi2 kan la

LinkJom Cuba : Oreo Cupcake

Apa yang diperlukan?

  • 250 gm butter
  • 1 cwn gula
  • 2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 8-10 keping oreo - kisar halus

  1. Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
  2. Campurkan oreo dan kacau rata.
  3. Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray
  4. Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit atau sehingga masak.

BUTTERCREAM

  • 80 gm mentega
  • 200 gm krimwell
  • 350 gm golden syrup - umi guna 150 gram je
  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
  2. Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
  3. Bulehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive