Monday, August 6, 2012

Cornflakes Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar semua pengunjung umi's cup cake...mohon ampun sebab lama tak update blog...di landa sifat tak elok iaitu malas disamping banyak kerja yang perlu di utamakan dahulu...bukan blog tak penting cuma kena susun jadual yang agak padat sedikit ni...

Alhamdulillah masuk minggu ke tiga ni ramai yang mula mengukis pelbagai jenis biskut... pelbagai rupa dan rasa.. semuanya cantik2 dan menarik..sampai umi pun rambang mata nak buat mana satu..semuanya nampak sedap... nazirah pun main tunjuk2... umi nak yang ni, nak yang tu... sama2 rambang mata..hehe... cuma yang umi baru buat yang senang je iaitu Confalkes Chocolate Chip yang dikongsikan oleh si cantik manis Evelyn Gemina pemilik blog My Baking Workshop... biskut ni memang sedap dan umi (serta nazirah) tak berenti mengunyah..seronok sangat...terima kasih Evelyn....jadi jangan lengah lagi, jom tengok bahan2nya...

Jom Cuba : Cornflakes chocolate chip cookies

Apa yang diperlukan?
A
250g butter
150g gula kaster
2 biji kuning telur
1/2 sk esen vanila

B
180g tepung gandum, diayak
200g tepung jagung, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
100g cornflakes, diramas kasar

C
Chocolate chip untuk hiasan

Jom Cuba!
1. Pukul bahan2 A hingga kembang.

2. Masukkan bahan2 B sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.

3. Bentukkan bulat & susun atas dulang pembakar, tekan sedikit atasnya guna garfu.

4. Hiaskan dengan sedikit chocolate chip.
5. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit.

6. Sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Related Posts:

  • Kek Lapis Kukus Cream Cheese Marble Assalamualaikum dan selamat pagi Ha... jangan terkejut... inilah namanya menderhaka dan tidak sabar... tu la semua benda nak buat dalam masa yang singkat...inilah hasilnya... walaupun macam tu, rasa kek ni amat sedap sepe… Read More
  • Kek Very Berry Mousse Assalamualaikum dan selamat tengahari Salam ceria buat semua sahabat umi di luar sana.. terima kasih kerana sudi membaca bebelan umi di sini...hehe, membebel ke? Membebel untuk kebaikan apa salahnya kan...hehe.. ok la, um… Read More
  • Kek Span Coklat & Tips Kek Span Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Harap2 yang mengalami masalah air dapat bersabar banyak2... memang menguji kesabaran, lebih2 lagi jika masih ada anak kecil... tak dapat umi bayangkan macam m… Read More
  • Chocolate Bottom Banana Square sooooooo yummy Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi yang jauh atau pun dekat... ramai yang telah bekerja hari ini setelah balik kampung menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia... Tahniah buat yang berja… Read More
  • Moist Chocolate Cake Zainuzam Zk Assalamualaikum dan selamat petang Seperti yang umi telah janjikan... umi akan panjangkan resepi kek coklat lembap yang sangat sedap dan sangat terasa coklatnya...cuma umi tak buat topping beria sangat...hanya tabur cokla… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive