Wednesday, August 8, 2012

Ketam Goreng Tepung

 Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah... hari ni nak kongsi satu menu yang umi amat suka dan umi ambil resepi dari Citrasa Dari Dapur Kakpah Sherry.. hasilnya memang terangkat macam kak pah cakap...umi goreng garing hingga kaki ketam tu boleh dimakan krup krap...krup krap...dan krup krap lagi...bunyi kunyah ketam tu...umi rasa kalau perap lebih lama lebih terasa rempahnya...lazat...
Terima kasih umi ucapkan pada kak pah yang sudi kongsi resepi yang lazat ni...lepas ni boleh guna resepi yang sama untuk udang atau sotong...dan ikan...syok abis, lebih2 lagi yang fresh from laut..huhu, nikmatnya...eh, puasa la...moh la tengok bahan2 yang senang je....

Jom Cuba : Ketam Goreng Tepung

Apa yang diperlukan?
  • 1kg ketam
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam & Serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak untuk mengoreng (deep fry lagi baik)

Jom Cuba!
  1. Bersihkan ketam dan potong kepada 2 bahagian. Toskan.
  2. Kisar bawang merah & bawang putih. Kemudian gaul bahan kisar dengan serbuk kunyit, serbuk kari, garam & serbuk perasa. Perapkan sekejap.
  3. Sebelum goreng, gaulkan dulu dengan tepung gandum. Goreng hingga kekuningan dan masak.
  4. Angkat dan boleh dihidangkan.

Related Posts:

  • Tomyam Sempoi FaizalAssalamualaikum dan selamat pagiPerasaan umi pagi ni seronok sangat...satu perasaan indah yang tak dapat diungkap dengan kata2 sebab umi tak pandai nak bermadah...rasa tenang kerana diberikan peluang di muka bumi Allah ini un… Read More
  • Nasi Impit Goreng Marbeles Kak Anymz  Assalamualaikum dan selamat pagi   Alhamdulillah, sedar tak sedar dah hari khamis...kalau staf kerajaan hari ni ramai yang pakai baju corak batik...berwarna warni dan ceria...bagi yang bercuti atau suri rumah ya… Read More
  • Mee Hailam After 6 am & Selamat Hari Guru Assalamualaikum dan selamat pagi Hari ni 16hb Mei merupakan hari guru..umi nak ucapkan terima kasih kepada semua guru di bumi Malaysia...terutamanya adik umi, Norliana Ghani...jasamu guru amat bererti dan tiada ya… Read More
  • Popiah Goreng KejuAssalamualaikum dan selamat pagiDah sarapan? Sarapan apa ya pagi ni? Umi sarapan popiah goreng keju...mungkin ramai yang dah buat...umi puas hati sangat dengan rasa popiah ni cuma tak puas hati dengan rupanya...tak seindah ra… Read More
  • Ikan Kukus dan Sayur Campur Goreng Assalamualaikum dan selamat pagi Alhamdulillah, bertemu di pagi Jumaat yang penuh barakah...dalam 2-3 hari ni ada keluar pelbagai cerita berkenaan penderaan ibu terhadap bayinya...ia memang… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive