Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label Cuti2. Show all posts
Showing posts with label Cuti2. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Ucapan Pengganti Keluarga kecilku

Assalamualaikum dan selamat pagi

Esok, umi sekeluarga akan mula bercuti untuk berhari raya di kampung...sekolah juga telah diumumkan cuti oleh PM kita yang baik hati...Alhamdulillah, kita masih lagi boleh meningkat kan lagi amal ibadah kita sebelum ramadhan meninggalkan kita...kita juga harus berdoa agar di pertemukan kembali dengan ramadhan akan datang..amin....

Terlalu pantas dan kenikmatan ramadhan masih belum puas dinikmati...Semoga kita semua mendapat barakah bulan yang seumpama seribu bulan ini...Dikesempatan ini juga umi sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdpat kesalahan yang disengajakan atau tidak kepada semua keluarga, sahabat dan kenalan umi di blog yang tidak seberapa ini..Harap dapat bertemu kembali kerana umi dan keluarga akan bercuti panjang sehingga selepas raya...semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan dengan niat keran Allah..amin.. bagi yang akan kembali ke kampung yang jauh, berhati2 dan sentiasa berzikir agar sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Ramadhan membasuh hati yang berjelaga
Saatnya meraih rahmat dan ampunan-Nya
Untuk lisan dan sikap yang tak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1433 Hijrah
Minal Aidin Wal Faidzin 



Friday, May 4, 2012

Air Terjun Serendah- Best Place & Award dari Kak Sha (1st time)

Assalamualaikum dan selamat tengahari
 
Cerita ni dah basi tapi nak cerita juga betapa seronok dan best air terjun serendah ni...sangat sesuai untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga...ramai juga yang datang bekeluarga...yang bujang pun ramai datang berkumpulan
Muka budak puas hati dapat datang ke air terjun..mula2 takut, pastu...dia yang tak nak balik

 bagi yang duduk di kawasan rawang memang dekat sangat dengan serendah ni...umi yang dari gombak pun rasa dekat sangat...suami umi cakap boleh la datang selalu, bawa anak2...
 Bekalan simple je..sandwich telur dan mee hoon goreng, tak dilupakan...keropok, sosej dan nugget..tapi kat sini pun ada menjual makanan dari penduduk setempat..parkingnya free je..

 tengok la..walau kesejukan, masih main air...tak puas...
 ni kira aktiviti jalan2 menyusur air, makin lama makin dekat dengan air terjun...
 muka ahanf kesejukan...sampai kuyu mata....tapi still nak mandi lagi
 mula2 takut, makin lama2 makin seronok...hehe
 peace...
Ramaikan orang mandi manda..kawasan ni memang dicadangkan untuk aktiviti keluarga

cetek dan jernih...harap sangat dapat datang lagi...jumpa lagi...hehe

ops lupa...umi ambik award dari kak sha...amik je walau kak sha tak bagi pun...sebab umi bukan jiran kak sha cuma silent reader dan suka cuba resepi kak sha...hehe..nak beli buku baru kak sha? umi pernah cerita di sini


Terima kasih kak sha





Monday, February 27, 2012

Robot Cantik di Pusat Sains Negara

Welcome to National Science Centre...Hello, I am Actroid.

Teruja betuk umi, suami dan anak2 serta mama angkat nazirah, kak yang bila pergi ke Pusat Sains Negara pada Sabtu lepas.. sebenarnya umi dapat tiket percuma dari Pengarah Pusat Sains iaitu Y. Brs. Prof. Madya Dr. Irmawati binti Ramli. Pameran mengenai robot cantik bernama Actroid yang boleh berbahasa melayu, inggeris dan sudah pasti bahasa jepun. robot ini direka di Jepun adalah dari generasi ke -3. Tiket untuk dewasa hanya RM6, untuk remaja : RM 4 dan kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma. Mari umi cerita sedikit mengenai beberapa gambar mengenai Actroid,


Actroid adalah direka dari elemen2 yang dicantum sehingga menjadi satu robot cantik seperti

Kulit, tangan dan kaki


Wajah dan struktur tangan
dan terdapat robot2 bergerak yang lain seperti di bawah

tapi bagi anak2 umi yang paling menarik di PSN ni ialah

seronok dan terlalu banyak sehingga tak tau nak mula dari mana...semua nak cuba...tengok la aksi anak2 umi dan 'oden' kawan satu pengasuh iaitu kak yang...


Ini la kak yang bersama umi yang tembam...
.
.
.
.
ops umi lupa la, di pintu masuk..lagi best sebab banyak hidupan laut yang menyambut

dan banyak inovasi sains untuk dicuba dan diterokai

Seronok sangat dan umi dan keluarga pasti akan pergi lagi untuk pameran yang lain pula..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive