Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

Resepi Roti Jala & Happy Birthday Ahnaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah sekejap je dah 2 minggu kita berpuasa... hari ini 1hb Julai 2015 merupakan hari ulangtahun ke 5 tahun anak umi iaitu Ahnaf.. semoga abg menjadi anak yang soleh, penjaga akak dan adik serta keluarga kita..dan pembimbing keluarga jika umi dan abi dah tiada lagi nanti...
Sebenarnya umi amat bertuah kerana Hari kelahiran anak2 umi dna suami cuma selang sehari sebelum dan selepas... Nazirah 27hb Jun, suami 29hb Jun dan Ahnaf 1hb Julai... jadi memandangkan bulan Ramadhan, umi dan adik2 buat sekali untuk di makan setelah berbuka puasa...
Kek ini adik umi, khadijah yang buat.. umi dan keluarga balik ke kampung masa ni..sedap kek rainbow tu..sekejap je dah separuh licin.. Thank you so much Mama Jah...
 Nampak tak kek yang sedap tu bila dah dipotong? yummy...

 Birthday boys and girl posing dengan kek...
 Ya Allah.. Kau berkatilah keluarga kami sentiasa..amin...
Berbalik pad resepi roti jala ni..memang kena dengan selera umi... umi ambil dari blog Kak Ummi Kuantan...semoga manfaat kepada semua juga...memang akan guna resepi yang marbeles ni...lagi2 cicah kari ayam..masyuk sangat....
Resepi : Roti Jala 
Sumber : Kak Ummi Kuantan

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar) - umi gantikan susu segar dengan santan
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Monday, May 11, 2015

Tahniah adikku Khairul dan Yati

Assalamualaikum
Alhamdulillah..selesai segalanya.. Majlis terakhir dalam adik beradik umi... Cantikkan adik2 umi..

 Majlis pernikahan adik umi, khairul dan pasangannya yati diadakan di Pontian, Johor
 Ahli keluarga kecil umi
Bersama pasangan pengantin
 Kami adik beradik comel dan ceria...umi dan adik2
Psangan pengantin bersama ibu umi
 
 Hantaran: The Kooky Kate
Untuk Pihak Rerempuan
Untuk Pihak Lelaki

Majlis kenduri pula... kami buat sekali dengan pihak perempuan di Dewan Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi, Johor.. dekat sangat dengan rumah..semuanya dipermudahkan..


Terima kasih buat semua yang hadir..keluarga..kawan.. terima kasih jua atas ingatan...

Antara kawan2 yang sempat hadir
peace..dari cilik kami...


Bridal&MUA: Klasik Andaman Kota tinggi
Hantaran: The Kooky Kate

Tuesday, April 3, 2012

Kau Pergi - Aizat

Assalamualaikum dan selamat petang

Sekarang ni...bumi kuala lumpur di simbah dengan hujan lebat yang mencurah2...dalam suasana ini...sambil mensisip secawan air teh o panas dan menikmati sepotong roti, hati dibuai kenangan bersama arwahyarham ayahanda tercinta, Alias bin Jamal....saat minum petang bersama dan seribu kenangan bersama....apatah lagi, radio sedang berkumandang lagu aizat : pergi....

Ayah, rinduku tiada berpenghujung...al-fatihah

Aizat ; Kau Pergi

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

Friday, February 3, 2012

Gambar Kenangan Ayahanda 1

Assalamualaikum dan selamat pagi

Umi nak mohon ampun dan maaf sebab kurang mood untuk update blog...tunggu semangat datang...apa pun, meh layan gambar2 kenangan dengan allahyarham ayah umi, Hj Alias bin Jamal sebagai memori bila anak2 umi, nazirah dan ahnaf besar nanti...


Ayah dan ibu di ICT Shah Alam




Makan2 di Restoran Arab di Ampang



Bersama satu2nya anak lelaki di UK


Bergambar di KLCC


Masa sambut Hari Bapa 2011

Monday, January 30, 2012

Innalillahirajiun..Al Fatihah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bismillahirahmannirahim..Al-Fatihah
Ingin umi maklumkan bahawa ayahanda umi yang amat dicintai, Hj. Alias bin Jamal telah kembali ke rahmatullah pada 2 Rabiul Awal, bersamaan 26hb Januari 2012 (khamis) pada pukul 5.50 pagi. Pemergian ayahanda pada umur 64 tahun disahkan lanjutan dari penyakit kanser paru-paru...

Umi pernah menceritakan serba sedikit berkenaan ayahanda umi di doakan ayah, alhamdulillah, roti scone dan juga di ayam versi ayah...

Jadi, umi sekeluarga terutama ibu umi ingin memohon salah silap sekiranya ayah umi dan kami sekeluarga ada melakukan salah silap sama ada sengaja ataupun tidak...mohon juga sedekahkan sepotong al-fatihah untuk beliau...terima kasih juga ingin kami ucapkan kepada yang telah mendoakan...

bagi yang ingin menitipkan ucapan, boleh juga berbuat demikian di Facebook ayahanda umi di facebook ayah sebagai tanda kenangan dan ingatan bagi kami...


Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive