Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Showing posts with label Muffin/Cup Cake. Show all posts
Showing posts with label Muffin/Cup Cake. Show all posts

Monday, November 16, 2015

Kek Pisang Lembap dan Lembut sangat

Assalamualaikum...

Lama benor tak tulis apa-apa tapi masih aktif di instagram..malas menjadi-jadi ye... macam musim tengkujuh je...
Minggu depan..anak-anak dah mula cuti sekolah...maka sebagai ibu.. lagi la kena ligat pikirkan menu untuk anak-anak yang bercuti..duduk di rumah..mengunyah memang sentiasa..alasan palin best.. umi lapar la.. tak banyak makan..padahal.. baru je makan nasi kan...
Bila tengok anak-anak seronok makan.. lagi la berkobar-kobar nak masak segala macam jenis makanan yang diaorang suka nak makan...tak kira la berat ke ringan..akan diusahakan.. hilang penat lelah bila makanan tu habis dan bertambah keluarga makan kan...
Kek pisang ni salah satu minum petang yang umi buat untuk anak-anak di rumah.. umi buat dua adunan.. satu lagi suami bawa..dan lagi satu adunan untuk makan di rumah..mudah..sedap dan memang lembut..tak rugi cuba... umi salinkan semula ya... cuba...makan masa suam-suam dalam keadaan luar rumah hujan.. nikmat yang tidak didustkan... Alhamdulillah...

KEK PISANG LEMBAB DAN LEMBUT
Resepi Oleh : Auntie Yatie
Rujukkan: Yatie ,
dan  Kak Azlita 
350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung - umi guna tepung kek
1 sudu teh baking powder - umi tak letak
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
Untuk kek yang ita sedikan , ita menggunakan butter yang di cairkan.
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak
Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair ~ ita guna susu segar
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. ( jika ikut resepi yatie dia bakar menggunakan api bawah sahaja. Tapi ita menggunakan api atas dan bawah tapi yang api atas ita kurangkan suhunya)
*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam
Taburkan badam cincang di atasnya jika suka

Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
Bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk pastikan kek dah masak, cucuk dengan lidi, di bahagian tengah menyerong. Jika lidi keluar kering, menandakan kek dah pun masak. Jika lidi masih basah, bakar semula dan tambahkakan masa lagi 5 ~ 10 minit.

Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai
Kek ni kalau di biarkan semalaman, permukaan atas kek akan lembab dan macam basah-basah gitu.
Sedap sangat...!

Monday, March 24, 2014

Cheese Cake Meleleh Kak Rahel

Assalamualaikum dan Selamat pagi

Apa khabar semua sahabat umi? Harap semuanya ceria dan jangan sedih2 tau... bagi yang dah dapat result SPM dan STPM dengan cemerlang..teruskan perjuangan dan bagi yang kurang berjaya..usaha lagi, ini hanya satu permulaan... masih banyak jalan untuk berjaya... Seronok jugak adik2 yang bercuti sekolah ya..mesti penuh perancangan untuk meluangkan masa untuk keluarga...jangan leka sudah la... pastikan kerja sekolah disiapkan lebih awal....
al kisah cheese cake melelh ni umi buat atas permintaan seorang jiran umi yang nak kan resepinya.. jadi sebelum kita nak bagi resepinya..umi pun buat la dulu..testing kata kan... umi guna resepi yang dikongsikan oleh kak Rahel yang kreatif tu... hasilnya alhamdulillah... tekstur keknya lembut..dan rasa kek ini tidak memuakkan... terima kasih kak rahel yang sudi kongsi resepi begitu juga pemilik asal resepi ini..umi panjangkan pula resepinya...

Cheese Cake Meleleh
Oleh : Kak Rahel
 
Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
 
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
 
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
 
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
 
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.

Tuesday, January 28, 2014

Cow Spots Oreo Cheesecake

Assalamualaikum dan selamat petang semua
Alhamdulillah..rezeki bulan ini adalah tempahan Cheesecake dari Jiran umi sempena hari lahirnya... pada mulanya umi buntu sebab selalunya hanya buat untuk keluarga tapi kali ini menerima tempahan.. semua perasaan ada..risau dan takut tak menjadi... ye la... kali pertama menerima tempahan cheesecake...dalam umi dok belek membeluk... google meng'google'....
umi tertarik dengan cheesecake kak ita...seperti biasa hasil tangan kak azlita aziz..tak pernah mengecewakan... dengan lafaz bismillah..misi umi bermula... hasilnya adalah seperti di gambar atas... Cow Spots Oreo Cheesecake... yang dalam saiz cawan tu umi buat untuk kek tester umi iaitu kak Suryati sebab kak su memang sukakan cheesecake... kalau kak su kata lulus, baru umi berani...dan alhamdulillah kak su kata " sedap macam kat SR la"... senyum, tak perlu kata apa2...

Happy Belated Birthday Rohani Talib..semoga dilimpah ruahkan rezeki... Terima kasih kerana sudi menempah dengan umi...

Umi salinkan semula resepinya untuk jadi rujukan..bagi yang ingi melihat hasil tangan kak ita, Klik sini ya...

COW SPOTS OREO CHEESECAKE
Adaptasi dari resepi OREO CHEESE CAKE
By : Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home & Azlita Aziz


30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus (akak ayak jugak)
1/4 cawan butter - cairkan.

Bahan Filling

16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - ita ganti plain yogurt
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan
Base 
Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
Masukkan sour cream dan pukul sebati.
Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Cara ita
Ita guna loyang 6 inc. Loyang kecik aje dan ita rasa ngam2 aje kat adunan ni.
Ita guna loyang yg tapak dia boleh buka atau pon berlubang
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak
Gris sekeliling loyang dengan butter.
Panaskan oven pada suhu 170 C ita guna api bawah sahaja
Bila adunan tu ita dah adun, kecuali oreo ita tak letak dalam adunan ni, ok ita ambil dalam 1 senduk kecil dan ita tambahkan 1 sudu serbuk koko yg ita dah jadikan paste dengan mencampurkan sedikit air panas.
Gaul rata adunan tu.
Tuang adunan yg plain dalam loyang
Pas tu dot dotkan dengan warna coklat jarak2 kan lah dalam 3 spots aje
Pas tu tuang balik adunan putih dan spotkan lagi dgn coklat tompok2kan 3 atau 4 tompok lagi
Pas tu tuang balik warna putih dan akhir tompok dan corakkan macam corak kulit lembu.
Kerana ita guna loyang yg bawah dia berlubang jadi ita bungkus bawah atau dasar loyang dengan kertas aluminium foil dan ikat dgn tali. Ini untuk mengelakkan air masuk dalam loyang bila kita bakar secara steam bath.
Ambil satu loyang yg lebih besar letakkan air panas, pas tu letakkan loyang kek tadi dalamnya.
Masuk dalam oven letak pada rak bawah sekali dan bakar 170C selama 1 jam.
Bila dah 45 minit ita tutup atas kek dgn kertas aluminium
Pas tu bila dah satu jam ita buka api atas bawah dan bakar sekejap dalam 10 minit dengan loyang yg masih tertutup tadi.
ok senangkan kan
Bila dah masak nanti kek akan renggang dari loyang bila dia sejuk.
Keluarkan dan simpan dalam peti ais semalaman

Thursday, January 16, 2014

Tempahan Kek Cawan Coklat Moist Ana Muslim untuk Tabika I Kids

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Alhamdulillah...selesai sudah menyiapkan 80 biji kek cawan coklat moist untuk sambutan Maulidur Rasul kanak2 di Tabika I Kids di Taman Seri Gombak... umi cuma menggunakan edible image gambar ana muslim... nazirah yang mencadangkan...minat sungguh sekarang dengan ikon muslimah ana muslim tu... semua barang nak brand ana muslim... anak2 kan...untuk topping umi gunakan ganache coklat putih berbanding coklat warna koko... nak bagi kelainan sedikit...resepi ganache ini umi ambil dari kak Chahaya Shiela..mohon share ye kak...
Resepi : Ganache topping

Bahannya :-
  • 150 ml whipping cream
  • 350 gram coklat masakan
  • 1 sudu besar butter

Caranya:-
  1. Masak kan whipping cream secara double boil sehingga berbuih ditepi. 
  2. Masukkan coklat masakan dan butter. kacau sehingga cair.
  3. Tutup api. Tuangkan atas kek yang telah sejuk.

Bagi sesiapa yang nak resepi kek coklat moist ini, sila Klik Sini umi tak jemu2 menggunakan resepi ini sebab ternyata sedap dan amat berpuas hati...resepi tersebut boleh dikukus atau dibakar... in sya Allah sedap... umi juga ada menerima tempahan kek buah bakar lembap sebanyak 3 biji dari jiran umi..alhamdulillah, mereka amat puas hati... terima kasih penyumbang resepi yang menjemput resepi untuk keluarga kecil umi...bagi yang ingin mencuba, boleh klik sini untuk resepi kek buah bakar lembap...

Thursday, November 28, 2013

My Cutety Kismis Cake

Assalamualaikum dan selamat pagi
Maaf ye kepada empunya resepi sebab kek cawan umi tak cute macam yang empunya resepi iaitu Nina Mirza...umi punya dalam cup yang gedabak besar..tak sesuai nama cutety tu sebenarnya..hihi.. umi sebenarnya nak pecah dara deep muffin tray, hadiah dari sahabat umi di New Zealand...iaitu Halina Majmin... this is so meaning full gift...
Oleh kerana ia deep muffin tray..jadi kek cawan umi pun besar la ya..hihi... apa pun resepi ni memang sedap dan lembut serta gebu...yummy... terima kasih nina mirza atas perkongsian resepi ini...
umi salin semula sebagai rujukan..bagi nak tengok yang cutety boleh klik kat nama nina tu ya...

Resepi : My Cutety Kismis Cake
By ; Nina Mirza (Corat coret Nina)

Bahannya:-
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum- diayak
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat - diayak
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 buttercup
  • 1/2 cawan kismis - umi ganti dengan buah2an kering
Caranya :-
  1. Sediakan periuk. Masukkan gula perang, air, buttercup dan kismis.Masak diatas api yang perlahan sehingga sebati. Tutup api.
  2. Biarkan sejuk seketika.
  3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, tepung dan soda bikarbonat.Gaul sebati.
  4. Masukkan ke dalam adunan yang telah disejukkan tadi. Gaul sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kek.
  6. Bakar kek pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  7. Sedia dihidangkan.

Thursday, May 9, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese Marble

Assalamualaikum dan selamat pagi
Ha... jangan terkejut... inilah namanya menderhaka dan tidak sabar... tu la semua benda nak buat dalam masa yang singkat...inilah hasilnya... walaupun macam tu, rasa kek ni amat sedap seperti selalu... asalnya umi nak buat kek lapis kukus cream cheese yang biasa tu..akibat nak cepat sebab tetamu dah nak sampai (adik umi je)... jadi umi pun lebur je la aduanan cream cheese tu masa bahagain coklat yang bawah tu belum masak dan marble kan je la...
Ampun tuan punya resepi ya... tapi rasa masih maintain dan sedap seperti selalu... anak jiran umi pun tak puas makan... tapi malu nak makan banyak... umi buat sekali lagi dan hantar sebuku kek untuk di makan di rumah.. kesian budak2 kan.. lagi pun ibunya sedang sarat... boleh bagi baby makan sekali..hehe.. ok la resepi umi ambil dari Mas Duniaku... cuma mas buat topping, umi tak buat... kalau kurang rajin nak buat tapi nak makan, boleh terus order dari Mas di Emel : mashitah80@gmail.com & untuk tempahan, boleh email Mas atau cont no 013 4242505...
Terima kasih mas... jasamu dikenang..

Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Sumber : IzahdautKak Anymzz
Bahan A :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.
Mas satukan semuanya dan blend hingga sebati.

Bahan B  -  Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @cmasak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder


Cara :
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.


Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Nota :
Untuk kek coklat, Mas menggunakan resepi Kek Coklat Kukus Munira.

Nota kak Yatie: 
Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian.
Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...
*masa kak Yatie di USA dulu.;-) 


Tuesday, May 7, 2013

Chocolate Bottom Banana Square sooooooo yummy

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi yang jauh atau pun dekat... ramai yang telah bekerja hari ini setelah balik kampung menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia... Tahniah buat yang berjaya dan jangan lupa jalankan tanggung jawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin...
Ok la kita tinggalkan isu hangat tu dulu...ini umi nak cerita pasal kek pisang yang amat lazat, enak dan sedap di tekak umi... tak puas makan... kek ni lembut, lemak dan penuh rasa coklat... tak sedar makan punya makan sampai setengah loyang... terima kasih kak Siti Delima atas pengkongsian ini... dah lama nak buat tapi tak berkesempatan... baru2 ni ada pulak pisang dah masak sangat...apa lagi, pucuk di cita, ulam mendatang la... selama ni suami umi suruh buat cekodok pisang tapi umi minta izin nak buat kek Chocolate Bottom Banana Square ni... suami dan anak2 pun suka sangat... dan request nak lagi... balik nanti nak singgah beli pisang...
Tak rugi buat kek ni sebab kelazatannya tak terkata... menyesal sebab lambat buat... walaupun mudah tapi berbaloi2....apa tunggu lagi? Jom beli pisang.... 

Chocolate Bottom Banana Squares
Resipi Olahan : Che CT

Bahan-bahan:
113 gm mentega - dilembutkan
3/4 cawan gula kaster
1 biji telur A - dipukul ringan
1 camca teh esen pisang
1 1/2 cawan pisang masak - dilecek halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan cip coklat
50 gm coklat masakan

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga berkrim. Tambah telur, esen vanila, pisang lecek dan pukul sebati.
2. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder, dan garam yang tekah diayak kedalam adunan pisang tadi. Dan gaul rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata dan 1 adunan ditambah serbuk koko dan gaul rata. Tuang adunan koko kedalam loyang  9 x 13 inci persegi. Ratakan adunan dengan sudu atau spatula getah. Parutkan coklat masakan diatasnya.
4. Tuang baki adunan plain di atas dan dengan perlahan-lahan ratakan adunan dan taburkan dengan cip coklat atasnya.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga lidi sate keluar bersih kek dah masak. Sejukkan sepenuhnya atas rak dawai dan dipotong 4 persegi.

Friday, January 18, 2013

Kek Coklat Simple Tanpa Telur

Assalamualaikum dan selamat petang
Pejam celik..pejam celik...dah sampai hari Jumaat...bila hari Jumaat je, mesti mood happy sebab esok cuti..hehe..macam budak2 kan...cakap pasal budak2... resepi hari ini mesti budak2 suka..(sebenarnya mak budak pun suka sama)...
 Ok la hari ini umi tak dapat nak berceloteh panjang...kek cawan ni umi buat malam tadi...asalnya untuk sebuku kek tapi umi malas dan hanya buat dalam bentuk kek cawan...untuk topping, umi cuma cairkan coklat dan tambah sedikit butter...kemudian hiaskan dengan coklat urai warna warni...yang best lagi..tiada telur digunakan...DAN paling penting, tak payah guna mixer, hanya kacau je...apa lagi? tengok la resepinya...
Resepi : Kek Coklat Simple Tanpa Telur
Oleh : Umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 1 biji sederhana untuk 8-10 orang )

  • 3 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula (castor sugar)
  • 2 sudu teh baking powder
  • (Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
  • 2 cawan air
  • 2/3 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • (Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
  • Cokelat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)

Cara-cara

  1. Kekcokelattt1
    Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
  2. Kekcokelattt2
    Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
  3. Kekcokelattt3
    Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih) 
  4. Bakar pada suhu 160 darjah selama 20-25 minit ikut oven masing2.
  5. Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)

Monday, October 15, 2012

Muffin Coklat Bakar Che Siti

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi di alam maya ini? Marilah kita bunga2 hati kita pada pagi ini agar lebih ceria walaupun cuaca mendung... umi rasa gembira sebab suami umi sihat dan seronok sangat di Mekah... lagi gembira bila jiran umi, Sabariah telah selamat melahirkan puteri sulungnya... kiranya cucu yang ke 12, makin berkembang generasi....Tahniah ya Sabariah & Azam serta keluarga...
pagi ini umi nak tunjuk satu resepi Muffin coklat bakar dari Che Siti Delima dan telah dipanjangkan oleh kak Reen Khan di FB... muffin ini mudah sangat dan yang penting cepat siap... rasa coklatnya, memang sangat terasa...lebih lagi makan masa muffin tu suam sambil minum secawan teh o limau panas... memang terangkat....nazirah dan ahnaf kata yummy umi...mmmmmmmmm jom tengok resepinya....lupa pulak, tq Kak Siti Delima dan Kak Reen Khan

Jom cuba : Muffin Coklat Bakar

Apa yang diperlukan?

Bahan A
2 Cawan susu segar (boleh ganti susu cair)
1 cawan minyak jagung atau 250 gram butter cair
1 3/4 cawan gula kastor
1 biji telur gred A

Bahan B (diayak)
250 gram tepung superfine
50 gram serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emulco

Jom Cuba!
  1. Satukan bahan A dan kacau sebati menggunakan whisk sahaja.
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata. Tuang ke dalam cawan muffin.
  3. Bakar pada suhu 175 darjah selama 30 minit atau sehingga masak mengikut oven masing2.
Mudah kan? Selamat Mencuba...


Wednesday, July 11, 2012

Pop Cake ....sedapnya

 Assalamualaikum dan selamat pagi

Coklat lagi...jangan jemu pulak ya...hari ni umi nak kongsi resepi pop cake...first time umi buat...dah lama 'mengidam' nak buat pop cake ni...hasilnya sedap cuma rupanya je kurang sikit...tangan umi ni keras la..tak berseni...
Umi guna kek coklat kak shahriah yang memang umi sengaja tinggalkan sedikit untuk buat pop cake ni...ada 4 ketul kek cawan dan umi adjustkan resepi mengikut kuantiti yang umi ada la...seronok bila dapat 'main pondok2' dengan anak2 terutamanya nazirah yang sibuk sangat nak jadi chef junior...ahnaf pulak, sprinkle warna warni tu lebih masuk ke mulut berbanding hias kat pop cake tu...habis comot anak2 umi tu..tapi yang lebih penting masa masak sama2...ops lupa resepi ni umi ambil dari myresepi.com oleh sevenoktober...terima kasih yang empunya resepi...moh la tengok bahan2nya....

 Jom Cuba : Pop Cake

 Apa yang diperlukan? ( 20 biji ++ )

  • Lebihan Kek (apa2 perisa pun boleh)- umi guna kek coklat kak sha
  • 50g butter (unsalted)
  • Sprinkle warna warni
  • Batang Lolipop / Lidi Sate dalam ukuran 15cm
  • Chocolate (dairy choc / dark choc / white choc)
  • Kotak polistrene
  • 1.5 tbsp Shortening / butter
  • Bahan-bahan hiasan yang digemari ikut kreativiti masing-masing. (contohnya)
  • 1- Badam Hancur (mesti dibakar dulu badamnya)
  • 2- Sprinkle warna-warni
  • 3- Chocolate rice
  • 4- Eadible Beads
  • 5- Smarties / M&M

Jom Cuba!

  1. Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.
  2. Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. Maka base Cake Pop Anda dah pun siap.
  3. Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2 jam. (gunakan ruang simpanan biasa, tak perlu dimasukkan dalam freezer). Tujuannya adalah supaya adunan kek yang dah dibentukkan tadi jadi betul2 pejal.
  4. Setelah 2 jam, sekarang dah bolehlah memulakan proses menghias Cake Pop anda.
  5. Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiling. Setelah chocolate 75% mencair, tutup api dan masukkan shortening ataupun butter dan kacau menggunakan sudu sampai semua bahan cair.
  6. Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil Satay Stick ataupun batang lolipop dan cucukkan pada cake pop. Cake Pop anda akan kelihatan seperti lolipop.
  7. Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair ke bahagian cake pop sehingga chocolate menyaluti Cake Pop tersebut. Sebelum chocolate mulai mengeras, taburkan sprinkle dan kacang ikut kreativiti anda.
  8. Cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polisterine supaya chocolate boleh mengeras sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
  9. Cake Pop anda dah siap dihias! Boleh juga dibungkus dengan plastik dan dinikmati bersama yang tersayang waktu menonton TV.

 Seronoknya anak umi ni kan...umi lagi seronok....

Monday, July 9, 2012

Chocolate Cup Cake Kak Shahriah

 Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua pengunjung umi's cup cake..harap semuanya sihat alhamdulillah... semoga ceria dan tidak monday blues...hari ni kita monday red..hehe
Semerah buah strawberi yang menghias kek cawan coklat mudah yang umi cuba dari blog yang femes iaitu blog kak shahriah...kak sha memang suka merah...umi pun suka jugak..hehe
kek yang amat mudah dan umi buat khas untuk kawan2 di opis umi...terutama sekali ainilhusna namanya..masih single...ada yang berkenan? boleh la umi risikkan....pasal rasa kek cawan ni.. alhamdulillah, mereka puas hati...
jadi umi tepek plak kat sini untuk rujukan semua....

Jom Cuba : Chocolate Cup Cake Kak Shahriah

Apa yang diperlukan? 

1 cawan minyak canola oil
1 cawan brown sugar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu teh vanilla
1 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat manis
3 biji telur

*BAHAN AYAK*

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 cubit soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko *van hauten*

Jom Cuba!

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan putarkan dengan mixer dengan kelajuan maxsimum selama 10 minit. 
  2. Atau sehingga adunan gebu dan sebati, gula hancur. 
  3. Masukkan ke dalam acuan cup cakes. 
  4. Panaskan ketuhar dengan suhu 170'C selama 15 minit. 
  5. Masukkan cup cakes dan bakar selama 20 minit. 
  6. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu!!


Monday, July 2, 2012

Selamat Hari Lahir Ahnaf ke 2 Tahun & Rainbow Cupcake Angry Bird

 Assalamualaikum dan selamat pagi

Bertemu kembali kita minggu baru...alhamdullillah..selesai sudah tugasan umi setiap tahun untuk buat kek untuk meraikan hari lahir keluarga kecil umi ni...semalam hari lahir ahnaf yang ke 2 tahun...

 
Umi buatkan kek pelangi tema angry bird...sesuai untuk besday boy...
 
Ok, sekarang semua angry bird ambil tempat duduk masing2
 Semua angry bird sila jaga telur supaya tak kena ambil
 
 Kek pelangi angry bird dah siap...untuk besday boy
 Senyuman besday boy umi... Muhammad Ahnaf
RAINBOW CAKE
Rujukan : Azlita Masam Manis

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Jom makan2 kat rumah mama yang





Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive