Showing posts with label rojak. Show all posts
Showing posts with label rojak. Show all posts
Thursday, March 12, 2015
Friday, February 6, 2015
Sengkuang Calit...So simple but yummy
Assalamualaikum dan salam jumaat
Makan apa tengahari ni? umi bawak bekal..bekal apa? sengkuang calit tau..haha.. kelako kan... menu simple tapi sedap ini..boleh di makan tapi jangan kerap sangat..sebab sengkuang ni diketegorikan makanan 'sejuk'... kang ada yang sakit sana..sakait sini.. maklum la..metabolisme dah kurang..eh..apa kaitan ye?..hihi
Sebenarnya banyak dah gerai buah jual sengkuang calit macam ni... umi punya special sedikit sebab kuah rojak Mak Bee ini dibawa khas oleh ayah mertua umi... memang terbaik la kan... sesuai untuk minum petang dan bagi orang yang diet..diet la sangat kan...
bagi yang belum pernah mencuba..boleh la mencuba.. Malaysia kan kaya dengan pelbagai jenis makanan yang kreatif dan sedap2... nak resepi? jangan malukan umi la...tapi kalau rasa nak buat kuah rojak sendiri, boleh tengok kat blog Hasue..mudah je...
Wednesday, January 23, 2013
Rojak India
Assalamualaikum dan selamat pagi
Rojak india ini umi buat untuk makan malam atas permintaan suami yang nak makan agak 'ringan' dan bukan nasi...ringan sangat la tu..hehe..yang penting agak berkhasiat sebab ada sayuran hijau dan kenyang betul...selalunya tak puas makan yang dibeli kerana kurang kena dengan selera kerana kuahnya manis sangat dan resepi ini agak mantop untuk selera kami....
umi ambil resepi dari bloh kak norlie (ilham masakanku)..berselera kami anak sekelurga makan..ahnaf dan nazirah paling suka cucur kerepek yang crunchy sangat...kak norlie kata resepi ini diambil dari rakan yang meniaga dan hasilnya memang tidak mengecewakan... kekenyangan kami...terima kasih kak norlie kerana sudi kongsi resepi yang sedap ini...
Resepi : Rojak India
Oleh : Norlie Harumaini
Bahan Cucur :-
1 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder
1/4 st soda
30sen taugeh basuh bersih
1/2 st serbuk kunyit / pewarna
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
1 biji telur
Untuk bahan cucur :
Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.
Masukkan telur dan taugeh serta garam kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.
Siap bolehlah dihiris.
HIASAN BAHAN YANG DIGORENG
* gunakan lebihan adunan ini campurkan sedikit serbuk penaik untuk gorng udang kembung (masak last)
**adunan tepung :- (untuk tauhu/telur/kentang)
tepung gandum
serbuk kunyit
garam
4 keping tauhu (goreng dengan sedikit adunan tepung) - potong kecil
6 biji telur (Di rebus dan di buang kulit nya, celup dalam adunan tepung semasa menggoreng)
minyak untuk menggoreng - belah 2
1-2 biji kentang potong (kemudian rebus dan di goreng dengan tepung) * akak x rebus sbb guna kentang jenis lembut
20 ekor udang (Gunting janggut nya saja,buang kulit dan tinggalkan
ekornya sahaja. goreng dengan lebihan adunan tepung tadi tapi cairkan
sedikit) * untuk jadi kembung, adunan tepung campurkan penaik dan di
perap 1/2jam. kemudian pegang ekor udang lalu di celup udang dan
digoreng dengan minyak yang panas
* ikut resepi asal ada cucur kerepeknya tapi akak x buat sebab x sempat.
1 mangkuk tepung gandum
1 cawan kelapa
1 cawan tauge
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Kesemua bahan ini di kacau rata dengan sedikit air dan apabila hendak menggoreng celupkan dulu sudip ke dalam minyak panas agar tidak melekat.
kemudian ambil sesenduk tepung bubuh atas sudip lalu di goreng (boleh letak udang dan bawang goreng untuk hiasan jika suka)
* ikut resepi asal ada cucur kerepeknya tapi akak x buat sebab x sempat.
1 mangkuk tepung gandum
1 cawan kelapa
1 cawan tauge
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Kesemua bahan ini di kacau rata dengan sedikit air dan apabila hendak menggoreng celupkan dulu sudip ke dalam minyak panas agar tidak melekat.
kemudian ambil sesenduk tepung bubuh atas sudip lalu di goreng (boleh letak udang dan bawang goreng untuk hiasan jika suka)
HIASAN LAIN LAIN
sengkuang - potong memanjang
timun - potong memanjang
taugeh - panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan sekejab sahaja terus angkat.
RESIPI KUAH ROJAK
- Bahan kuah -
300g keledek
1 liter air (anggaran)
1 mangkuk kecil asam jawa
1 L air (anggaran)
3 bj bawang besar - dikisar
12-15 tangkai lada kering - dikisar (ikut suka pedas)
garam secukupnya
1 cawan kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/3 cawan minyak masak
Beberapa keping biskut marie kisar - umi tambah
Untuk bahan kuah :
Rebus keledek empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan air, tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang dan lada kering yg telah dikisar. Tuang keledek & kacau.
Masuk kacang tanah, gula merah. Masak sampai terbit minyak.
masukkan garam, dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan supaya tidak berkerak
Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera.
* jika dah tumis tapi masih kurang pedas bancuhkan sedikit serbuk cili dan masukkan dalam kuah masak hingga mendidih
* kuah ni boleh juga dimasak secara leburkan semua ( x perlu di tumis ) ia x menggunakan minyak dan bawang besar tapi tukarkan dengan bawang goreng hancurkan dan air tukarkan kepada air asam jawa
* jika dah tumis tapi masih kurang pedas bancuhkan sedikit serbuk cili dan masukkan dalam kuah masak hingga mendidih
* kuah ni boleh juga dimasak secara leburkan semua ( x perlu di tumis ) ia x menggunakan minyak dan bawang besar tapi tukarkan dengan bawang goreng hancurkan dan air tukarkan kepada air asam jawa
Tuesday, September 4, 2012
Rojak Tauhu Che Mat Gebu
Assalamualaikum dan selamat tengahari
Lambat pulak umi masukkan entry hari ni...tak ada menu yang istimewa sangat cuma nak kongsi resepi rojak yang mudah dan kegemaran suami umi semenjak menjejakkan kaki ke bandung...terus jatuh cinta cuma ini rojak Malaysia...ikut tekak orang johor...
Dulu memang susah nak minta suami umi makan tauhu dan tempe...sekarang mudah sikit...buat je kuah rojak, mesti abis licin...nazirah pun suka ratah je kuah rojak tu macam makan sos tomato...tak pe la..janji makan kan? yang penting, abis licin...puas hati buat...macam biasa umi ambil dari rumah CMG..moh la tengok bahan2 nya...
Jom Cuba : Rojak Tauhu CMG
Apa yang diperlukan?
BAHAN KUAH KACANG :-)
200 gram kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar sederhana halus
2 camca besar penuh cili kisar
1 cawan jus asam jawa
2 camca besar penuh petis @ otak udang
2 - 3 camca besar gula pasir (atau ikut manis)
Garam secukup rasa
Air masak secukupnya
6 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*dikisar halus)
BAHAN LAIN :-)
Kangkung secukupnya, siang, cuci bersih, toskan dan celur sekejap toskan - umi tak letak
Sengkuang, kupas, hiris halus memanjang - umi tak letak
4 keping tauhu, goreng dan didadu besar2
Hirisan cili padi, jika suka
Salad secukupnya - umi tambah
Timun secukupnya, hiris - umi tambah
Jom Cuba!
- UNTUK KUAH KACANG :- Satukan kacang tanah kisar dengan cili kisar, bahan kisar halus, jus asam jawa, gula, petis dan kacau rata. Tuang air masak secukupnya sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Ketepikan.
- UNTUK ROJAK :- Susun tauhu, sengkuang dan kangkung celur dalam kuantiti yang anda ingin kan. Letak dalam bekas sesuai, tuang kuah kacang, gaul rata dan jika suka tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan segera.
Friday, April 8, 2011
Rojak Tauhu Ayam
Resepi yang tertangguh nak buat, alhamdulillah tercapai jugak hajat nak buat...salah satu fav. suami umi..dan mintak untuk buat mee rojak plak..insyaAllah nnt umi buat..tp nazirah tak makan sangat sebab pedas skit..ok jom tengok resepi tauhu ayam ni
Jom Cuba : Rojak Tauhu Ayam
Apa yang diperlukan? ( 2 org )Jom Cuba!
Jom Cuba : Rojak Tauhu Ayam
Apa yang diperlukan? ( 2 org )
- 4 kpg tahu
- 100 gm taugeh
- 1/2 btg timun
- 3 batang baby carrot
- * 3 sb lada boh / lada giling
- * 1 ulas bawang putih dititik
- * 2 sb gula merah
- * 3 sb gula pasir
- * 3 sb air asam jawa
- * 2 cwn air
- sedikit garam
- 1 keping dada ayam goreng (disiat isinya)
- kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu
Jom Cuba!
- Tauhu dibakar atau digoreng hingga masak dan ketepikan.
- Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
- Potong kecil2 atau baji timun dan baby carrot dipotong panjang dan halus.
- Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Kepekatannya bergantung pd citarasa masing2. tp umi buat pekat sikit sebab tauhu akan keluar air nanti.
- Potong tahu kecil2, letak taugeh, baby carrot, ayam goreng yang telah disiat dan timun, bolehlah tuang kuah sos ke atasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap untuk dihidang....