Tuesday, September 4, 2012

Rojak Tauhu Che Mat Gebu

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Lambat pulak umi masukkan entry hari ni...tak ada menu yang istimewa sangat cuma nak kongsi resepi rojak yang mudah dan kegemaran suami umi semenjak menjejakkan kaki ke bandung...terus jatuh cinta cuma ini rojak Malaysia...ikut tekak orang johor...
Dulu memang susah nak minta suami umi makan tauhu dan tempe...sekarang mudah sikit...buat je kuah rojak, mesti abis licin...nazirah pun suka ratah je kuah rojak tu macam makan sos tomato...tak pe la..janji makan kan? yang penting, abis licin...puas hati buat...macam biasa umi ambil dari rumah CMG..moh la tengok bahan2 nya...

Jom Cuba : Rojak Tauhu CMG


Apa yang diperlukan?
BAHAN KUAH KACANG :-)
200 gram kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar sederhana halus
2 camca besar penuh cili kisar
1 cawan jus asam jawa
2 camca besar penuh petis @ otak udang
2 - 3 camca besar gula pasir (atau ikut manis)
Garam secukup rasa
Air masak secukupnya
6 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*dikisar halus)

BAHAN LAIN :-)
Kangkung secukupnya, siang, cuci bersih, toskan dan celur sekejap toskan - umi tak letak
Sengkuang, kupas, hiris halus memanjang - umi tak letak
4 keping tauhu, goreng dan didadu besar2
Hirisan cili padi, jika suka
Salad secukupnya - umi tambah
Timun  secukupnya, hiris - umi tambah

Jom Cuba!
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Satukan kacang tanah kisar dengan cili kisar, bahan kisar halus, jus asam jawa, gula, petis dan kacau rata. Tuang air masak secukupnya sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Ketepikan.
  2. UNTUK ROJAK :- Susun tauhu, sengkuang dan kangkung celur dalam kuantiti yang anda ingin kan. Letak dalam bekas sesuai, tuang kuah kacang, gaul rata dan jika suka tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan segera.

Related Posts:

  • Nasi Ayam Ipoh lagi....Assalamualaikum dan selamat tengahariDah makan tengahari? umi makan nasi ayam ipoh lagi..dulu umi pernah post di sini ..tak puas rasa makan...kelainan nasi ayam ini kerana menggunakan batang daun bawang sebagai ramuan dan sup… Read More
  • Sup Tulang AdabiAssalamualaikum dan selamat pagiLama betul umi 'cuti' berblog..hehe, tengah ambil mood baru sempena tahun baru islam...tapi bila lama cuti ni, mula penyakit M makin menjadi-jadi..bila pikir2, ish tak boleh jadi ni...tak baik … Read More
  • Sup Tulang Untuk Kuah Bihun dan SebagainyaAssalamualaikum dan selamat pagiPanjang tajuk entry umi pagi Jumaat yang barakah ni kan? umi cuma ikut tajuknya dalam buku warisan dari ibu umi iaitu Medan Selera oleh Hj Ahmad bin Yaakub Al-Johori. Buku ini ditulis semula ke… Read More
  • Stew Ayam Chef HanielizaAssalamualaikum dan selamat malamSalah satu resepi dari buku chef hanieliza iaitu 1 hari 1 resepi..umi masak sebab semua orang dalam rumah kecil ni tak sihat (batuk, demam, selsema dan sakit kepala) jadi menu yang ringkas dan… Read More
  • Ikan Tenggiri Masak AsamAssalamualaikum dan selamat malamApa khabar? Alhamdulillah, umi sekeluarga dah beransur sihat setelah demam, batuk dan selsema melanda minggu lepas...sesekali kita diuji dengan kesakitan agar kita lebih dekat pada-Nya...seper… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive