Assalamualaikum dan selamat pagi
Ketang...ketung...ketang..ketung... dengar tak bunyi kuat lesung batu tu? pepagi lagi dah menumbuk bahan2 untuk masak nasi goreng kampung nostalgia kak Shahriah...nasib baik ruamh bawah, kalau atas, ada yang ke sound pepagi buta kan?..hehe...yang paling best ialah masa menumis bahan tumbuk tu...pergh, bau dia mengancam selera la...Bila makan pagi tadi dengan keropok dan telur mata kerbau...betul2 la nostalgia... teringat sama macam nas goreng yang nenek umi selalu buat untuk kami adik beradik masa kecik dulu...really miss that moment...ok la ye, nak berangan jap kenangan lalu, nak resepi boleh klik sini atau amik kat bawah... buat kak shahriah, terima kasih sebab mengembalikan kenangan lama, nostalgik sungguh...
Jom Cuba : Nasi Goreng Kampung Nostalgia
Apa yang diperlukan?
6 cawan nasi putih
2 biji telur *di kocok
gula dan garam
minyak
BAHAN TUMBUK RENYAH :
*tidak terlalu hancur*
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
12 tangkai cili padi kampung
2 cm belacan kampung
2 genggam ikan bilis
BAHAN LAIN :
gorengan telur mata lembu/kerbau
ulaman
Jom Cuba!
Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMBUK* sehingga naik bau.
Masukkan telur yang telah dikocok dan kacau sebati.
Masukkan garam dan gula, kacau sebati dan baru di masukkan nasi.
Kacau sehingga sebati dan nasi tidak berketul.
Setelah siap sedia di hidangkan!
2 comments:
As'kum Ummi cayangggg mucuk wangiii... Waahh terima kasih kerana mencuba resipi akak yaa.. nasi goreng semuanya sama dik.. kenangan tu yang berbeza-bezakan... kalau dapat sepinggan ni bestnya ada keropok pulak tu nakkk!!! hehhee.. selamat hari raya dari akak sekeluarga.. take care yaa.. cayang dia..:)
Waalaikumsalam kak Sha,
terima kasih kak sebab ingatkan kemabali kenangan indah tu...Selamat Hari Raya jugak...Take care too..
Post a Comment