Tuesday, September 18, 2012

Brownies Lapis Cheese Kukus

 Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua... ish umi ni bila cuti memang mood menulis blog agak kelaut la pulak....rasa nak buka laptop memang malas..lebih2 lagi kena berebut dengan nazirah... dia sibuk nak tengok karton di youtube... seronok tekan video karton kanak2...ahnaf pun apa lagi tumpang dua kaki la..hehe... ok la tanpa melenggahkan masa... umi nak cerita pasal Brownies Lapis Cheese Kukus yang telah menambat hati ramai orang....
Baru kali ni umi dapat buat..dulu simpan resepi je...hehe...resepi brownies kukus umi ambil dari kak fida tapi digabungkan dengan resepi mrs dayat...hasilnya memang mengancam...terima kasih akak berdua.. Semoga dilimpahkan ruah rezeki dari berkat berkongsi resepi di Myresepi.com...umi mohon izin kongsikan di sini pula.....

Brownies Lapis Cheese Kukus By Mrs Dayat

Bahan-Bahan:
  • *500g campuran brownies kukus (premix)- umi ikut resepi dari kak fida seperti di bawah...
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air

  • nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade....jadik jugee....=)

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. **untuk inti**
  3. campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  4. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  5. ##cara lapis##
  6. masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  7. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  8. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  9. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar
Resepi Brownies kukus Dari Kak Fida 

Bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )

  • 200 g mentega/majerin (3/4 cwn + 1 sb penuh)
  • 200g dark choc.(3/4 cwn choc yg disagat atau dihiris halus)
  • 170 g tepung gandum (1 1/2 cwn rata)
  • 30 g serbuk koko (1/4 cwn rata)
  • 4 biji telur
  • 170 g gula halus (1/2 cwn rata + 3 sb rata)

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
  2. Tepung dan koko diayak bersama.
  3. Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
  4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
  5. Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
  6. Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
  7. Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.Lebih mudah lagi jika menggunakan cutter(seperti dlm gmbr) utk mendapatkan potongan size bownies yg sama.
  8. Hias brownies ikut selera. Di sini saya bubuh topping dgn choc. cair(200g) dan juga badam hiris yg dipanggang.- umi tak buat

Related Posts:

  • Kek Pisang Kak Besah Assalamualaikum dan selamat pagi... Salah satu resepi yang amat umi suka cuba bila ada lebihan pisang yang masak ataupun memng beli pisang untuk buat kek... memandangkan suami umi memang peminat tegar kek pisang... kirany… Read More
  • Kek Coklat Moist Tempahan dan mini kek Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi..haha..pagi2 ni tunjuk kek yang dah lama tapi baru nak post... umi lupa sebelum ni..hari ni plak, penat baru balik dari penang masih bersisa.. jadi tunjuk ni je… Read More
  • Kek Sifon Coklat Assalamualaikum dan selamat pagi Atas permintaan anak2 umi yang inginkan bawa kek sifon coklat ke rumah pengasuh...kek sifon ini memang lembut sangat...bak kata nenek umi, yang tak ada gigi pun suka sangat makan kek sifon… Read More
  • Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah lagi....dan lagi... Assalamualaikum dan selamat petang Apa khabar semua sahabat dan pengunjung blog umi's cup cake... akhirnya umi berkesempatan meng'update' blog umi ni... Hari ni merupakan hari lahir allahyarham ayah umi, Hj Alias bin Jama… Read More
  • Super Moist Eggless Chocolate Cake Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua...Jangan jemu ya... umi masih lagi bercerita menu hari lahir keluarga kecil umi yang lepas...kali ini semasa birthday nazirah dan nafiz... umi cuma sempat sediakan kek SME… Read More

8 comments:

Mak Wardah said...

Salam...saya pasti cuba...terima kasih.

umi's cup cake said...

Salam Mak Wardah,
Terima kasih sebab nak cuba...nanti bagitau feedback ya...

zila norazila said...

nampak sedapnya..nie tgh diet..konon2 x nak makan cheese..h ehhee tp klu dah ada depan mata mmg x tolak:)

umi's cup cake said...

Alhamdulillah, umi pun tak tolak yang cheese2 niA

Liza said...

brownies ni mmg sedap kan umi, nak2 pulak ada cheese yg menggoda iman tu....hiihhii

umi's cup cake said...

Tu la kak liza, apa2 ada cheese memang sedap

Unknown said...

memang sedap brownies yg ada cheese macam ni terliur sudah ni akak nengok kan

umi's cup cake said...

tu la kak noor...sekali mkn, pasti nak lagi...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive