Monday, March 24, 2014

Cheese Cake Meleleh Kak Rahel

Assalamualaikum dan Selamat pagi

Apa khabar semua sahabat umi? Harap semuanya ceria dan jangan sedih2 tau... bagi yang dah dapat result SPM dan STPM dengan cemerlang..teruskan perjuangan dan bagi yang kurang berjaya..usaha lagi, ini hanya satu permulaan... masih banyak jalan untuk berjaya... Seronok jugak adik2 yang bercuti sekolah ya..mesti penuh perancangan untuk meluangkan masa untuk keluarga...jangan leka sudah la... pastikan kerja sekolah disiapkan lebih awal....
al kisah cheese cake melelh ni umi buat atas permintaan seorang jiran umi yang nak kan resepinya.. jadi sebelum kita nak bagi resepinya..umi pun buat la dulu..testing kata kan... umi guna resepi yang dikongsikan oleh kak Rahel yang kreatif tu... hasilnya alhamdulillah... tekstur keknya lembut..dan rasa kek ini tidak memuakkan... terima kasih kak rahel yang sudi kongsi resepi begitu juga pemilik asal resepi ini..umi panjangkan pula resepinya...

Cheese Cake Meleleh
Oleh : Kak Rahel
 
Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
 
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
 
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
 
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
 
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.

Related Posts:

  • Unbaked Bluberry Cheese CakeAssalamualaikum dan salam sejahteraDah lama umi tak jenguk blog ni..umi mc 3 hari sebab kurang darah dan stress doktor kata..alhamdulillah..hari ni umi dha boleh bekerja...ni umi nak tayang unbaked blueberry cheese cake yang … Read More
  • Kek Lapis Asam ManisAssalamualaikum dan salam sejahteraSebenarnya kami sekeluarga dah pun sambut hari lahir suami sekali dengan nazirah masa balik kampung minggu lepas..untuk nazirah, kek pelangi...resepi di sini...manakala untuk suami umi, ibu … Read More
  • Marble Choc Cheese Cake & Happy Birthday NajwaAssalamualaikum & salam sejahteraAsyik buat kek je kan umi ni...kali ni umi buat kek untuk anak babysitter anak2 umi iaitu Kak Najwa yang ke 23 tahun...Happy Birthday Najwa...untuk hari lahir najwa ni umi buatkan Marble C… Read More
  • Rainbow CakeAssalamualaikum dan salam sejahteraUntuk kek hari lahir nazirah ni umi ambil dari blog kak ita...umi dan nenek nazirah teruja bukak dan salin resepi hanya untuk nazirah...sekali pandang, ayah umi cakap macam kek sarawak...heh… Read More
  • Kek Coklat Simple Tanpa TelurAssalamualaikumLama betul rasanya umi tak post apa2...kek ni umi buat untuk dimasukkan entry ari jumaat tapi tak boleh nak buat sebab umi cuti ari jumaat...ahnaf, demam nak tumbuh gigi lagi kot..merengek dan tak boleh letak l… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive