Tuesday, October 16, 2012

Biskut Kenyal Coklat

Assalamualaikum dan selamat pagi

 Coklat lagi? hehe..jangan jemu ya...minggu ni tengah terasa nak makan coklat je...yang coklat tu memang menarik dan hati umi serta anak2 sentiasa tertarik....macam lagu apa ya, yang bunyi macam ni...."Coklat kau memang menarik..ku tertarik....memang deboom"...hehe entah betul ke tak liriknya macam tu kan?
Hari ini umi nak kongsikan salah satu dari 500 resepi biskut dari buku 500 biskut hasil nukilan Philippa Vanstone yang telah diterjemahkan keluaran Marshall Cavendish Cuisine... rasa seronok dan teruja melihat gambar2 biskut di dalam buku tersebut...bila tengok biskut ni nama biskut kenyal coklat, dalam hati berbisik...kena cuba ni...balik kerja, umi pun mulakan operasi...tak sabar nak tunggu biskut tu sejuk...bila biskut dah sejuk, dengan lafaz bismillah...Subhanallah, sedapnya..kenyal dan yang utama rasa coklatnya...nikmat Allah beri...
ok la umi tak nak rasa sorang2...meh la tengok resepi biskut kenyal yang mudah ni...

Jom Cuba : Biskut Kenyal Coklat

Apa yang diperlukan?
175 gram coklat gelap - dicincang
50 gram mentega tanpa garam
50 gram tepung serbaguna
1/4 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
2 biji telur
250 gram gula kastor
1 sudu teh esen vanila
115 gram coklat biasa - dicincang

Jom Cuba!
  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 darjah. Alaskan dua keping dulang pembakar dengan kertas minyak.
  2. Cairkan coklat gelap dan mentega. Biarkan sejuk sedikit, ketepikan.
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
  4. Di dalam berasingan, pukul telur, gula dan esen vanila sehingga pekat da putih.
  5. Masukkan coklat cair ke dlaam campuran telur, diikuti tepung dan ketulan coklat.
  6. Sudukan adunan mengunakan sudu ke atas dulang pembakar dan bakar 8 hingga 10 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dan letak atas rak. Sejukkan.
  8. Apabila sejuk sepenuhnya,masukkan ke dalam bekas kedap udara. Biskut ini tahan selama 2 hingga 3 hari.

Related Posts:

  • CHOCOLATE CHIPS BROWNIESAssalamualaikum dan selamat pagipagi2 umi dah tunjuk brownies... macam mana la berat badan nak turun...makin di pam2 lagi ada la kan kalau breakfast pun brownies dan susu...sebenarnya nak cerita mixer umi patah (ganaz benor k… Read More
  • Bubur Kacang Durian - Resepi WarisanAssalamualaikum dan selamat pagiPagi2 lagi umi dah tunjukkan bubur kacang hijau..sebenarnya dah lama buat cuma tak masukkan dalam post je..umi buat banyak sikit sebab makan banyak versi, maklum la peminat durian...umi makan p… Read More
  • Biskut ArabAssalamualaikum dan salam sejahteraTentu dah ramai yang dah mencuba buat biskut yang menjadi kegemaran ramai ni...bahan yang diperlukan cuma 4 bahan asas je...kali pertama umi buat sendiri biskut arab ni..selalu nya umi makan… Read More
  • Chocolate chip cookies Nadia Myresepi.comAssalamualaikum dan salam sejahteraBanyak tak chocolate cookies yang umi buat kan? hehe..jangan tertipu ye..yang umi buat cuma gambar cookies yang ditengah tu je..yang lain dari yahoo image...saje supaya tak la orang jemu ten… Read More
  • Oreo CupcakeAssalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar? Pasti ramai lagi yang masih bercuti, terutama yang ada anak2 yang bercuti selama seminggu kan? masa yang ada di manfaatkan bersama keluarga...bagi ibu2 pula, masa ini la pelbagai… Read More

2 comments:

ady said...

as-salam SITI
I like the savory ones!!!! Yum yummm..

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam abg ady,
siti pun suka..siti bagi opis mate...dia kata macam makan cookies di subway...dia suka, siti lagi suka

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive