Friday, October 19, 2012

Bubur Nasi permintaan Nazirah

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar? Semoga semuanya sihat..kalau ada yang tak sihat, jangan lupa makan ubat...dan sebelum makan ubat tu, pastikan perut tak kosong..makan la sedikit sebagai alas perut...Bagi yang sihat, marilah kita bersyukur pada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik...Alhamdulillah
Hari ini dah tak ada entry coklat ya...jemu pulak orang tengok...kalau nak tengok jugak entry coklat, boleh tengok kek Hari Lahir Che Mat, Suami kak Siti Delima yang jatuh pada hari ini...kek yang amat menarik dengan hiasan yang ringkas tapi penuh kasih sayang...

Bubur yang umi buat ini adalah permintaan nazirah untuk di bawa ke ruamh pengasuh...dah lama tak makan katanya...apapun, layan gambar je la ya...bubur semua orang pandai masak, tapi bagi yang nak tau juga, umi kongsikan di sini....

Jom Cuba : Bubur Nasi












Apa yang diperlukan?
  • 1 1/2 cawan beras wangi/ beras biasa
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya (1500ml kurang lebih atau secukupnya)

  • Baby carrot secukupnya- dihiris
  • 2 Biji kentang - dihiris
  • serbuk lada hitam secukup rasa

Jom Cuba!
  1. Cuci beras, kemudian masukkan kedalam periuk, tuang air dan masukkan sedikit garam. Jerang atas api hingga mendidih, perlahan kan api dan biar merenah hingga beras kembang, jika pekat bolah tambah air lagi. Kacau sekali sekala bila beras kembang untuk mengelakkan dasarnya hangus.
  2. Masukkan karot dan kentang serta serbuk lada hitam. masak hingga sayur empuk.
  3. Atau boleh guna slow cooker untuk memasak bubur nasi dan di masukkan sayur sekali. Makan bersama lauk kegemaran.
Resepi ini untuk nazirah..kalau umi makan ada tambah cili padi mcm kat gambar...lebih sedap
jumpa minggu depan...da....

Related Posts:

  • Terima Kasih Ya Allah, Berkatilah Umurku ini Assalamualaikum dan selamat pagi .... بسم الله الرحمن الرحيم....Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha PenyayangTerima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk set… Read More
  • Selamat Hari Lahir Ayah & Muffin Coklat Kak YaniAssalamualaikum dan salam sejahteraBerjumpa lagi kita dengan penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat yang barakah... hari ini 11 November 2011 atau dengan cantiknya 11.11.11 adalah hari lahir ayah umi yang amat umi cintai..Sel… Read More
  • Happy Birthday Muhammad AhnafAssalamualaikum dan salam sejahtera Minggu ni umi asyik buat entry pasal hari lahir je kan? Nak buat macam mana birthday suami dan anak2 umi selang 1 hari je antara satu sama lain...suami umi diapit...so minggu ni minggu… Read More
  • Happy Birhday My Nazirah yang ke 4 Assalamualaikum dan selamat pagi Wahai anakku tercinta. Tetapkanlah Islam sebagai agamamu. Tetapkanlah Allah sebagai Tuhanmu, dan tiada yg lain selain Dia. Tetapkanlah Muhammad sebagai Nabi dan Rasulullah. Tetapkanlah Al … Read More
  • Selamat Hari Lahir Adikku Syahirah & Mee Hoon Goreng PutihAssalamualaikum dan salam sejahteraHari ini merupakan hari lahir adik umi yang berada di MRSM di Kelantan...Hari ni genap umur syahirah 16 tahun, ini bermakna tahun depan adik akan mengambil SPM...semoga berjaya dan sentiasa … Read More

4 comments:

zila norazila said...

salam umi..
kkdg zila pun rajin beli bubur..sbb malas nk mkn nasi..h ehee bubur tue dia punya lauk klu mcm2 mmg best kan..plg sedap kangkung belacan:)

umi's cup cake said...

Salam zila,
memang bubur ni anak2 tak pernah jemu...umi pun tak jemu kalau lauknya memang menarik macam kangkung belacan...

yanmaneee said...

mbt shoes
bape hoodie
off white
lebron 17
jordan shoes
supreme new york
nike sneakers
jordan 6
yeezy supply
nike air force 1

thebeath said...

replica bags china free shipping replica bags bangkok zeal replica bags reviews

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive