Wednesday, October 24, 2012

Lempeng Udang Kering

Assalamualaikum dan selamat pagi
 Pejam celik...pejam celik...dah hari rabu...cepat betul masa berlalu kan...hari ini umi nak kongsikan satu sarapan kegemaran arwah ayah umi..ayah jenis kurang makan atau makan sedikit je tapi bila buat lempeng ini, ayah boleh habis kan sampai 3 keping lebih2 lagi kalau ada sambal udang atau lebihan asam pedas ikan...memang layan la, lai best air kopi o secawan buat ayah...
Sekarang ini menjadi sarapan kegemaran anak2 umi pulak, cucu2 ayah menyambung warisan tapi makan dengan sos tomato...seorang sekeping setengah pu boleh...seronok tengok anak2 makan dengan selera...ni la dia nilai sebuah kenangan kan?

Apa yang diperlukan?
2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
2 cawan air (atau secukupnya)
2 gengam udang kering - rendam & tumbuk halus
3 biji bwanag merah - hiris halus
Daun bawang secukupnya- potong halus
Garam secukup rasa
Sos pencicah kegemaran.

Jom Cuba!
  1. Satukan tepung dan baking powder dalam bekas, kacau rata dengan whisk, tuang air secukupnya hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa dan kacau lagi hingga rata. Masukkan pula udang kering, bawang merah dan daun bawang. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan (mat guna yang saiz 10 inci) dengan sedikit minyak, kemudian letak sesenduk penuh bancuhan tadi (anggara 1/2 cawan), ratakan dan masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  3. Kalau nak nampak garing, anda sapukan sedikit minyak atas lempeng tadi sebelum diterbalikkan. Masak hingga perang, angkat. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Hidangkan bersama sos kegemaran atau kuah gulai yang anda suka untuk sarapan atau pun minum petang....

Related Posts:

  • Budu & Ikan Singgang Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Pernah makan budu? macam mana rasanya? kalau orang pantai timur, jangan la ditanya sebab sampai melelh air liur bila dengar je sebut budu..tu belum lagi kala… Read More
  • RESEPI IKAN GORENG SOS Assalamualaikum dan selamat tengahari  Apa khabar semua? Masak apa untuk tengahari ini? Special ke simple? Umi masak yang simple je... atas permintaan anak2...nazirah nak makan ikan goreng tapi kuah 'sup' tak nak p… Read More
  • Homemade Fish & Chip Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi... semoga semua sihat hendaknya... sekarang ni musim ramai yang batuk, selsema dan demam... jadi minum lah air masak secukupnya.. tapi jika telah sakit, jangan… Read More
  • Spaghetti Carbonara Senang! Assalamualaikum dan Selamat Petang Apa khabar semua sahabat umi? Hari semalam umi dah dapat Menteri yang baru untuk Menteri Kerja Raya iaitu  Fadillah Yusof dan timbalannya Rosnah binti Abdul Rashid. Semoga dengan ada… Read More
  • Cucur Udang Adabi & Kopi O Assalamualaikum dan selamat pagi Pernah tak baca novel cucur bawang & Kopi O? Hasil tulisan penulis novel Lelaki... yap LELAKI tau..ha, jangan tak percaya..penulisnya ialah Encik Hasrudi Jawawi... Novel keluaran Karan… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive