Assalamualaikum dan selamat pagi
Esok semua rakyat berbangsa cina akan menyambut tahun baru Cina... Selamat Tahun Baru Cina diucapkan... semoga tahun ini menambah kebahagiaan kekeluargaan.. tiada masakan istimewa... umi hanya ingin kongsikan resepi yang telah lama glamour oleh orang yang glamour iaitu En. Adanan Ibrahim..empunya blog Tiffinbiru..blog yang klasik dan ada kelas tersendiri... kiranya resepi klasik ini juga amat mudah dicari di blog En. Mat Gebu...Terima kasih atas pengkongsian ini...semoga ilmu ini semakin diberkati... dah jangan terliur lagi..moh la semak resepinya...ops lupa ak bagi tau..umi padankan dengan nasi impit...tapi nak makan dengan pulut kuning, lemang dan nasi panas2 pun sodap tau...
Resepi : Rendang Daging Klasik
Oleh : Che Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYANY :-)
2 kg daging lembu pejal, dipotong kiub, cuci dan toskan
2 kuntum bunga kunyit, hiris halus' - umi tak letak
2 helai daun kunyit, hiris halus
5 helai daun limau purut
2 liter santan (dari 3 biji kelapa)
Air panas secukupnya
5 camca besar penuh kerisik
4 camca besar rempah kari daging Baba's
1 senduk nasi cili kisar
3 keping asam gelugor
2 camca besar hirisan gula melaka
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar, saiz sederhana
18 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi
12 batang serai, hiris halus
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga sebati. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukan rempah kari + bahan kisar halus tadi dan masak hingga terbit minyak dan rempah garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
- Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan biar mendidih hingga pekat. Masukkan garam (sedikit dahulu), kerisik, asam gelugor dan daun limau purut. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering. Kalau masa ini daging masih agak keras, tuang sedikit air panas dan sambung masak, guna api kecil.
- Masukkan gula melaka dan sedikit lagi garam. Kacau rata dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap. Masuk hirisan bunga dan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat, lemang, nasi dan sebagainya..
CATATAN MAT GEBU :-
Jangan letak garam banyak2, dikhuatiri daging akan lambat empuk dan
rendang anda akan jadi masin bila ia kering nanti. Satu lagi tips yang
mat selalu buat, untuk memastikan rendang anda tahan lama, bekas yang
anda guna untuk menyimpan rendang harus kering, bersih dan jika
menggunakan periuk, panaskan sekejap periuk tadi, kemudian masukkan
rendang. JANGAN tutup rapat periuk berisi rendang panas, biarkan ia
renggang sedikit, ini untuk mengelakkan wap air yang terkumpul akan
masuk kembali dalam rendang anda dan menyebabkan ia cepat basi. Senduk
yang anda guna pun harus kering dan bersih...ok tu saja, sekian terima
kasih..
6 comments:
Salam Umi...klu nak mencuba resepi2 yg klasik mmg kat blog MG byk pilihan..sedapnya rendang :)
Salam kak azatie..
betul tu kak..seiring dengan namanya..
Sedapnya rendang...nak ckit...!!
boleh kak gee..meh la datang rumah
zzzzz2018.8.14
coach outlet
louboutin outlet
bottega veneta
oakley sunglasses
longchamp bags
canada goose uk
christian louboutin shoes
ralph lauren outlet
christian louboutin shoes
coach outlet online
semoga ilmu ini semakin diberkati... dah jangan terliur lagi..moh la semak resepinya...ops lupa ak bagi tau..umi padankan dengan nasi impit...tapi nak makan dengan pulut kuning, lemang dan nasi panas2 pun sodap tau...
duvet bigger than king
king size duvet insert with ties
Post a Comment