Thursday, November 20, 2014

Puding Jagung Kastard Banjir

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Musim tengkujuh datang lagi..ada beberapa kawasan telah pun dinaiki air...minggu ini juga merupakan minggu terakhir cuti sekolah.. harap2 anak2 semua berhai-hati..jangan main air banjir..takut bahaya mengundang nanti..nauzubillah..mohon jauh semua tu...
Tapi kalau nak makan Puding Jagung Kastard Banjir ni tak pe...makan berulang kali pun boleh... kenapa banjir? hihi... Nampak tak gambar yang diatas tu..kan ke banjir dengan kuah koktail.. sesekali nak gempak la konon... nak promo blog pun iya jugak..hihi.. ok lah..bagi ibu2..resepi ini digalakkan di cuba memandangkan musim hujan ni..perut selalu menyanyi lagu keroncong... kalau nak makan puding jagung sahaja tanpa kuah pun boleh..penyediannnya mudah dan cepat...In sya Allah puas hati..terima kasih kak Ana Elianas dan Kak Madihaa.. sayang ketat2...
 
PUDING KASTARD JAGUNG

Resepi : Ana Elianas


Bahan-bahannya:-

1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad

Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
 
 
Untuk kuahnya umi cuma tambah sendiri...
 
Bahan2 Untuk Kuah: 

1 tin susu cair
1 tin buah koktail campur
1 tin air (guna sukatan dr tin buah koktail juga) 

Cara-cara: 
  1. Masak susu dan air dengan api yg perlahan sampai didih. 
  2. Masukkan buah koktail dengan air gulanya sekali. 
  3. Biarkan kuah mendidih. 
  4. Tutup api.
  5. Sejukkan dahulu dan kemudian masukkan dalam peti ais. 
Resepi Puding Jagung Kastard Banjir ;-
  1. Potongkan puding jagung dan isikan di dalam mangkuk. 
  2. Tuangkan pula kuah koktail sehingga 3/4 dari paras puding jagung. 
  3. Puding Jagung Banjir boleh dinikmati.

Related Posts:

  • Siakap Tiga Rasa Versi Umi & Air Susu CincauAssalamualaikum dan salam sejahteraIni lah pasangan menu untuk nasi pilaf tu...siakap tiga rasa versi umi...dan air susu cincau versi umi gak...versi campak2 dan orang malas...suami umi dan anak2 suka sangat makan ikan siakap… Read More
  • Nasi Ayam Umi dan Ais RibenaAssalamualaikum dan salam sejahtera...Hari ini umi bawa bekal nasi ayam yang simple versi umi je...masak orang tak ada mood...sebab tak berapa sihat...(orang malas la katakan)...semalam umi cuba mesin ais manual yang baru umi… Read More
  • KU MENYESAL MANGGO PANNA COTAAssalamualaikum dan salam sejahteraumi menyesal sangat2...sesalan yang tak terhingga...ini semua kerana manggo panna cota kegemaran ramai....menyesal....menyesal...tapi nak buat macam mana menyesal pun dah tak guna....hanya d… Read More
  • Ais Blend Laici CoklatSebenarnya air ini umi main campur je asalkan hasilnya sedap untuk suami umi berbuka puasa...so, bila suami umi minum...alhamdulillah...dia kata sedap...Yang warna pink tu aiskrim vanila strawberi..hehe… Read More
  • Strawberi Smoothie CMGSmoothie ni umi buat petang semalam sejurus balik kerja...rasa kering tekak, jadi smoothie ni la terbaik..resepi dari CMG..lagi pun umi nak abiskan strawberi dalam esbok tu..nnt lama2 tak boleh makan pulak..cuma umi tak letak… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive