Thursday, November 20, 2014

Puding Jagung Kastard Banjir

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Musim tengkujuh datang lagi..ada beberapa kawasan telah pun dinaiki air...minggu ini juga merupakan minggu terakhir cuti sekolah.. harap2 anak2 semua berhai-hati..jangan main air banjir..takut bahaya mengundang nanti..nauzubillah..mohon jauh semua tu...
Tapi kalau nak makan Puding Jagung Kastard Banjir ni tak pe...makan berulang kali pun boleh... kenapa banjir? hihi... Nampak tak gambar yang diatas tu..kan ke banjir dengan kuah koktail.. sesekali nak gempak la konon... nak promo blog pun iya jugak..hihi.. ok lah..bagi ibu2..resepi ini digalakkan di cuba memandangkan musim hujan ni..perut selalu menyanyi lagu keroncong... kalau nak makan puding jagung sahaja tanpa kuah pun boleh..penyediannnya mudah dan cepat...In sya Allah puas hati..terima kasih kak Ana Elianas dan Kak Madihaa.. sayang ketat2...
 
PUDING KASTARD JAGUNG

Resepi : Ana Elianas


Bahan-bahannya:-

1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad

Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
 
 
Untuk kuahnya umi cuma tambah sendiri...
 
Bahan2 Untuk Kuah: 

1 tin susu cair
1 tin buah koktail campur
1 tin air (guna sukatan dr tin buah koktail juga) 

Cara-cara: 
  1. Masak susu dan air dengan api yg perlahan sampai didih. 
  2. Masukkan buah koktail dengan air gulanya sekali. 
  3. Biarkan kuah mendidih. 
  4. Tutup api.
  5. Sejukkan dahulu dan kemudian masukkan dalam peti ais. 
Resepi Puding Jagung Kastard Banjir ;-
  1. Potongkan puding jagung dan isikan di dalam mangkuk. 
  2. Tuangkan pula kuah koktail sehingga 3/4 dari paras puding jagung. 
  3. Puding Jagung Banjir boleh dinikmati.

Related Posts:

  • KU MENYESAL MANGGO PANNA COTAAssalamualaikum dan salam sejahteraumi menyesal sangat2...sesalan yang tak terhingga...ini semua kerana manggo panna cota kegemaran ramai....menyesal....menyesal...tapi nak buat macam mana menyesal pun dah tak guna....hanya d… Read More
  • Mousse Mangga ke Calcium Mangga?Assalamualaikum dan selamat petangApa khabar? Harap semuanya sihat dan riang hendaknya..hari ini keputusan SPM di umumkan...semoga berjaya berolah keputusan yang cemerlang..bagi yang kurang cemerlang, jangan putus asa, SPM bu… Read More
  • Siakap Tiga Rasa Versi Umi & Air Susu CincauAssalamualaikum dan salam sejahteraIni lah pasangan menu untuk nasi pilaf tu...siakap tiga rasa versi umi...dan air susu cincau versi umi gak...versi campak2 dan orang malas...suami umi dan anak2 suka sangat makan ikan siakap… Read More
  • Nyamannya....Koktail PudingAssalamualaikum dan salam sejahteraAlhamdulillah...kita masih di dalam mood hari raya terutamanya hujung minggu macam hari ni...tapi ada juga yang tak lepaskan peluang untuk melangsungkan majlis perkahwinan.....semoga berbaha… Read More
  • Ais Blended CoklatAssalamualaikum dan selamat pagiAis blended coklat ni umi buat petang semalam...rasa panas pulak bila balik kerja...cara buatnya sangat mudah dan yang paling syok bila minum bersama anak2...tengok diaorang berebut minum dan u… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive